7

874 66 24
                                    

Rahsia

Dia melihat kiri dan kanan sambil cuba mengelak orang ramai yang berjalan. Pasar pada pagi itu seperti biasa memang penuh dengan manusia pelbagai ragam. Kedai alat muzik yang berada tidak jauh dari hujung jalan menjadi destinasinya kali ini.

Seruling yang dia tempah sudah pun siap dan pemilik kedai tersebut menyatakan bahawa dia sudah boleh datang untuk mengambilnya. Bayaran pula dia sudah beri separuh semasa dia membuat tempahan. Kini dia cuma perlu bayar lagi separuh.

Sebagai pemain muzik di rumah hiburan, alat muzik merupakan sesuatu yang sangat penting buat dirinya. Lagipun dia dibesarkan di tempat tersebut. Keluarganya yang miskin tidak mampu untuk menjaganya lalu mengambil keputusan untuk menjual Zhong Yi.

Pemilik Flower House tempat dia bekerja kini adalah orang yang telah membesarkan Zhong Yi. Jujur, dia terhutang budi kerana sekurang-kurangnya dia dilayan dengan baik. Pakaian dan makan minumnya semua cukup. Dia juga ada tempat tinggal.

Bangunan dengan atap berwarna merah gelap menjadi tarikan mata. Zhong Yi berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut melalui pintu utama. Langkahnya perlahan namun padu, penuh dengan gaya yang elegan. Sesiapa saja yang melihat ke arahnya, Zhong Yi pasti akan menjadi tarikan.

Topi jerami yang dipakai olehnya dibuka setelah dia masuk ke dalam kedai alat muzik tersebut. Wajah yang sangat elok rupa parasnya membuatkan beberapa orang pelanggan di kedai tersebut terpaku. Perempuan... Lelaki??

Ya, lelaki.

"Ah, Xie Shaoye. Awak dah datang." saat semua orang masih lagi kaku melihat Zhong Yi, satu suara gembira menegur. Dia ketawa kecil, seronok.

"Tuan Liao. Seruling saya dah siap?" soal Zhong Yi.

"Xie Shaoye, sudah siap. Mari, mari.." Tuan Liao, pemilik kedai tersebut memanggil Zhong Yi sambil berjalan ke arah bilik di belakang.

Selepas kelibat dua orang tersebut hilang dari pandangan, baru la pelanggan di kedai tersebut menghela nafas lega. Terlupa sudah mereka yang sejak awal Zhong Yi melangkah masuk, mereka menahan nafas. Xie Shaoye, panggilan yang amat tidak asing lagi.

Siapa yang tidak kenal dengan anak angkat pemilik Flower House itu? Tuan muda Flower House. Walaupun dia bekerja di situ, sekalipun dia tidak pernah melayan pelanggan. Jika diminta, pasti akan ada saja alasan yang diberi olehnya. Walaupun dia lelaki, dia masih diingini oleh semua orang. Tidak kira sama ada perempuan atau lelaki.

"Ahh.. Malangnya dia tak ambil pelanggan." bisik seorang pelanggan di kedai muzik tersebut.

Saat itu kawan di sebelahnya mencuit lengan pelanggan lelaki tersebut.

"Dia lelaki." tegur kawannya itu.

"Apa kisah? Lelaki pun, tapi kalau dah rupa macam tu.. Aku pun tak kisah. Hmm.."

Setelah itu mereka terus berbual.

"Sangat elok rupa parasnya.." puji seorang pelanggan wanita yang tidak jauh dari pintu kedai. Tangannya memintal sapu tangan.

"Ish.. Tapi Xie Shaoye tak pernah layan sesiapa. Walaupun kita pergi ke Flower House, dia hanya bermain muzik untuk seketika sebelum beredar. Ahh..ruginya.." seorang lagi wanita memasamkan wajah.

Setelah Zhong Yi selesai mengambil seruling yang ditempah olehnya, dia membayar separuh lagi wang yang dia berhutang. Seruling yang diukir daripada gading tersebut nampak sangat cantik pada pandangannya.

Dia telah menggunakan gajinya yang dikumpul selama setahun untuk membeli gading yang sangat berkualiti bagi membuat seruling tersebut. Pada asalnya dia mahu membeli batu jed bagi membuat seruling, namun harganya terlalu mahal.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)On viuen les histories. Descobreix ara