10

724 57 26
                                    

XiHua mencuri keluar dari istana seperti biasa bagi melepaskan rasa geram dan sakit hatinya. Bukan selalu tapi setiap kali dia keluar, pasti tanpa pengetahuan sesiapa. Dia lebih suka menyendiri macam ni.

Wen Chong pula telah diberikan arahan untuk melindungi XiYue. Jadi XiHua ada banyak peluang untuk mencuri keluar tanpa perlu memikirkan alasan mengapa dia hilang tiba-tiba kepada Wen Chong.

Kawasan bandar nampak meriah dengan pesta. XiHua tersengih. Bukan selalu, sekali lagi dia mengingatkan. Bajunya telah ditukar kepada baju biasa yang dipakai orang awam. XiHua yakin tak akan ada sesiapa yang akan kenal dia.

Topeng wajahnya pula masih dipakai. Entah kenapa dia sudah biasa begitu. Rutin harian. Kalau dia keluar tanpa memakai topeng, XiHua rasa pelik macam ada sesuatu yang tak lengkap.

Gerai-gerai di sepanjang jalan dilawati olehnya. Makanan dan minuman yang menarik hati akan dibeli. Memandangkan dia bawa banyak duit, XiHua rasa puas hati. Sebelum ni dia tak ada peluang berbelanja sakan macam ni.

Sedang dia sibuk menikmati kuih yang dibeli olehnya, satu tangan yang melintas laju menyambar beg kain yang tersangkut pada pinggang XiHua. Beg yang berisi duit. XiHua yang menyedari tindakan pencuri tersebut lantas mengejar.

"Oi, pencuri!!" dia menjerit sambil kakinya laju berlari mengejar seorang lelaki.

Ke semua orang di sekeliling jalan mula melihat ke arah mereka. Ada yang ke tepi untuk memberikan jalan kepada XiHua. Lelaki yang mencuri dompet XiHua itu memakai pakaian yang comot dan kotor. Rambutnya juga kusut masai.

Barangkali orang miskin di jalanan. Satu perkara yang sangat XiHua tidak suka. Ini kerana mereka yang kaya selalu mengambil kesempatan terhadap rakyat biasa untuk mengumpul duit. Kalau mereka agihkan semua sama rata perkara macam ni tak akan berlaku.

Manusia yang mencuri adalah manusia terdesak.

Si pencuri masih tidak berputus asa dan dia masuk ke dalam sebuah bangunan untuk bersembunyi. XiHua yang dari jauh sempat melihat kelibat itu masuk ke selekoh lalu mengekorinya. Bunyi jeritan wanita-wanita yang terkejut membuatkan suasana semakin bercelaru.

XiHua masuk ke dalam sebuah bangunan yang agak besar dengan atap berwarna hitam dan dinding yang di cat merah. Di hadapan bangunan tersebut telah dihiasi dengan pokok-pokok bunga. Di tingkat atas pula ada beranda untuk melihat pemandangan luar.

Di atas pintu utama, sebuah papan tanda tersergam indah dengan kaligrafi yang sangat kemas.

Flower House.

"Jangan dekat! Kalau kau datang ke sini, aku bunuh dia!" si pencuri telah mengambil orang tebusan.

XiHua melangkah ke dalam dengan gaya yang sungguh elegan. Macam tak ambil kisah tentang semua orang yang memandang ke arahnya. Tangan pencuri menghunus sebilah pisau pada leher seorang pekerja di Flower House tersebut.

Semua wanita yang bekerja di situ melarikan diri ke tepi bersama dengan tetamu sehingga ruang tengah itu kosong melainkan dua individu. Mereka yang berada di bilik bersama dengan pelanggan pula telah keluar untuk melihat kekecohan yang berlaku.

XiHua mengeluh. Sangat menyusahkan. Dia memandang si pencuri dengan pandangan membunuh. Dah la doktor yang annoying tu ugut dia, sekarang ni pencuri bodoh ni cari pasal. Memang minta nahas betul.

Individu yang menjadi tebusan si pencuri pula hanya diam tanpa suara. Baru XiHua perasan akan kehadiran si tebusan tersebut. XiHua terlalu fokus kepada lelaki pencuri sehingga hampir mengabaikan si tebusan.

"Apa kau nak?" soal XiHua dengan suara mendatar.

"Lepaskan aku." jawab si pencuri.

"Kau dah mencuri, sekarang minta aku lepaskan kau?" sekali lagi XiHua bertanya, masih mendatar nadanya.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now