13

675 60 13
                                    

YiFan merenung sebuah bangunan yang tersergam indah tidak jauh darinya. Dia yang sedang berdiri di bawah sepohon pokok ceri mengeluh. Tidak pasti sama ada dia perlu pergi ke sana atau tidak.

Sedang dia sibuk berkira-kira, bunyi sayap pelepah burung dikepakkan kedengaran. Beberapa bulu pelepah hitam jatuh dari atas pokok dan melayang di hadapan YiFan. 

Spontan, dia mendongak. Kelihatan seorang lelaki serba hitam sedang duduk di atas dahan sambil bersandar pada batang pokok. Matanya terpejam dan sayap seperti burung dibelakangnya itu pula dilipat ke dalam bagi menjimatkan ruang. Entah berapa lama dia tidur di situ, tiada sesiapa yang pasti.

YiFan meneguk liur. Sekali pandang, memang tiada sesiapa yang akan perasan sayap di belakang lelaki itu. Aura yang menyelubunginya sangat tenang dan lembut bagai air yang tidak berkocak. Tapi kalau diperhati lama-lama, barulah akan kelihatan sayap hitam itu dan pandangan mereka yang melihatnya akan terus berubah.

YiFan dengan pantas dapat mengenali lelaki tersebut. Dewa dari Dunia Kegelapan. Namun apa yang dibuat dewa itu di dunia manusia ini, YiFan tidak tahu. Dia mendekati dewa yang sedang tidur di atas pokok ceri tersebut sebelum mengejutkannya. Perlahan-lahan mata dewa itu dibuka. Dia memandang YiFan tanpa sebarang reaksi. Beku dan sejuk.

"Apa yang Mika buat disini?" soal YiFan.

"DiHou YiFan?" dewa itu menegur sekaligus mengejutkan YiFan. Dewa dari Diyu itu mengenalinya.

Sayap hitamnya dikepakkan dan beberapa bulu pelepah melayang jatuh. Satu pemandangan yang amat mengasyikkan dan dalam masa yang sama, sangat mengerikan. Yifan yang berada di bawah pokok terkedu. Tubuhnya kaku disitu tanpa dapat bergerak walau seinci dan akhirnya menyedarkan YiFan terhadap sesuatu.

"Dewa Maut?!" YiFan terkejut. Lama dia memerhati dewa di hadapannya dari atas sehingga ke bawah. Namun Dewa Maut ini tidak sama seperti apa yang YiFan tahu. Tugasnya yang diberi oleh Tianzi sebelum ini memerlukan YiFan untuk mengenali Dewa Maut.

Tapi yang berdiri di hadapan YiFan kini sangat berbeza dengan pengetahuannya. Adakah ini Dewa Maut yang baru? Kalau betul, bermakna Dewa Maut yang sebelum ini telah tiada lagi. Apa yang berlaku sebenarnya 10 000 tahun yang lalu? Semakin lama YiFan semakin keliru.

"YiFan, apa yang Mika buat disini?" soal Dewa Maut itu dengan mesra sekali lagi berjaya mengejutkan YiFan. Dewa itu menggunakan bahasa kayangan malah menyebut namanya seolah-olah mereka telah lama kenal.

"Mika..ni siapa?" soal YiFan, curiga.

"Ahh.." dewa di hadapan yiFan saat itu kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu sebelum dia tersenyum. Senyuman yang sangat manis namun dalam masa yang sama kelihatan sangat menyedihkan dan menyayat hati. YiFan merasakan bagai hatinya luruh dan hancur lumat.

Sayap dewa itu dikepakkan dan beberapa saat selepas itu dia terjun dari atas dahan dan mendarat di hadapan YiFan. Tangannya dihulur bagi menyentuh pipi YiFan namun sebelum dia sempat menyentuh, tangannya kembali ditarik semula ke sisi.

"Kalau Mika cari seseorang, dia ada di sana." ujar Dewa Maut itu lalu sesaat kemudian hilang dari pandangan.

Yifan yang masih keliru, hanya berdiri di bawah pokok tersebut. Beberapa minit selepas itu, dia berfikir lama. Dari mana dewa itu tahu yang dia sedang mencari seseorang? Lebih pelik, adakah dewa itu cuba menyentuhnya sebelum ini? Huh? Kenapa YiFan rasa wajahnya mula bertukar sedikit merah? Tapi.. entah mengapa saat itu dia teringat seseorang.

Entah mengapa dewa itu kelihatan seperti raja kesayangannya. YiFan lantas menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tak mungkin rajanya itu..

Kemudiannya YiFan mengatur langkah ke arah yang ditunjuk oleh Dewa maut tersebut. Di sungai yang mana airnya tidak deras mengalir kelihatan pokok bunga di sepanjang tebing, di atas sebuah jambatan pula kelihatan seseorang sedang bermain dengan bunga lotus. Langkah YiFan berhenti tidak jauh dari situ.

Seorang gadis berambut perak dengan pakaian serba putih dihiasi benang emas sedang duduk di atas jambatan sambil kakinya dihayun ke bawah, bermain dengan air sungai.

Bunga lotus yang berada di atas permukaan air itu berkembang setiap kaki disentuh oleh gadis itu. Pandangan YiFan jatuh pada wajah si gadis namun apa yang dapat dia lihat hanyalah mata bundar yang sangat cantik.

Dari pangkal hidung sehingga ke leher pula ditutup dengan kain satin putih seperti purdah. Perlahan namun cukup untuk Yifan mendengarnya adalah suara si gadis yang sedang menyanyi.

"Masa berlalu dan waktu kita bersama turut terbang ditiup angin~ Sang peri bermain melodi dari kubur di mana ribut darah mengalir~ Dia yang jauh berjalan dan semua orang ketakutan~ Gunung dan sungai terbahagi dan mereka hanya mampu melihat antara satu sama lain~ Dekat namun tidak mungkin dapat disentuh~ Kisah kita kini berakhir~ Cinta yang tak akan pernah mati diharapkan bertemu lagi di lain hari~"

YiFan terdiam. Melodi yang tidak pernah didengar olehnya selama ini bergema di gegendang telinga. Lagu yang dinyanyikan oleh gadis itu sangat menyedihkan liriknya. Melodinya lembut dan mendayu namun dalam masa yang sama sangat menakutkan. Irama yang mengerikan sehingga YiFan dapat merasai bulu romanya meremang.

Dari lirik tersebut, dia menyampaikan satu kisah. Tentang dua orang yang mencintai antara satu sama lain namun ditakdirkan salah seorang dari mereka telah mati. Seorang lagi yang ditinggalkan bersendirian bertukar menjadi raksasa dan menghancurkan dunia. Walaupun dia dilahirkan semula kini mereka hanya mampu melihat antara satu sama lain. Selamanya tidak mungkin dapat disentuh.

Tanpa sedar, air mata YiFan mengalir. Loket berbentuk kelopak bunga yang tergantung pada leher YiFan bercahaya dan saat itu, YiFan perasan sesuatu. Gadis itu..

Adalah anaknya bersama dengan YeHua.

Sedang dia sibuk bermain dengan air sungai dan bunga, pandangannya terarah pada seorang lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu sedang mengalirkan air mata sambil tangannya menyentuh rantai pada leher.

Lantas dia berhenti menyanyi dan bangun. Bajunya dikibas dari habuk. Lelaki itu masih memandang ke arahnya. Keliru, dia melihat sekeliling jika-jika ada orang lain selain mereka berdua namun hampa.

Mengapa lelaki itu melihatnya dengan pandangan yang sangat menyedihkan?

"Kenapa menangis?" soalnya kepada YiFan.

YiFan yang baru tersedar, terus mengelap air matanya. Dia tersengih, malu.

"Boleh saya tahu.. tajuk lagu tu?" YiFan cuba untuk berbual.

"Tak tahu." jawab si gadis, jujur.

"Bukan awak yang cipta lagu tu? Saya tak pernah dengar lagu tu sebelum ini." balas YiFan.

Si gadis menggelengkan kepala. "Lagu ni..orang lain yang cipta."

"Siapa?"

Si gadis menggelengkan kepalanya lagi.

"Kalau macam tu, macam mana awak boleh tahu lagu ni?"

Si gadis mendiamkan diri lama sebelum menjawab, "Burung yang menyanyi."

Berkerut dahi YiFan. Burung? Ahh.. adakah bunyi burung membentuk satu melodi? Lama dia cuba untuk memahami apa yang dikatakan oleh si gadis sebelum akhirnya dia mengalah dan tersenyum.

YeHua, cara anak kita bercakap sama dengan Mika. Bercakap perkara yang susah untuk Kita faham.

************************************

************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now