19

594 43 32
                                    

Penyiasat Tak Bertauliah

Huo Lu Feng yang sedang duduk di meja bulat dengan cawan teh di tangan dikejutkan oleh suara seseorang menangis. Beberapa saat kemudian seorang pemuda lelaki dengan lebam dan luka di tubuh dan wajah berlari ke arahnya sebebelum melutut memeluk kaki Huo Lu Feng.

"Abang Huo, abang perlu balas dendam untuk Qi Pei!" pemuda itu merayu.

Lu Feng mengeluh. Dia menarik lengan Qi Pei supaya bangun dari terus melutut dan memeluk kakinya.

"Bangun." arah Lu Feng. "Beritahu, siapa yang buat kau macam ni?"

"Abang Huo! Lelaki bertopeng tak guna tu..dia yang buli Qi Pei!" pemuda itu masih dengan lakonan air matanya. Sambil dia bercerita, sempat dia menokok tambah cerita supaya menampakkan dia sebagai mangsa yang sangat menyedihkan.

"Hm? Lu Feng, siapa ni?" saat itu, satu suara yang mendalam namun lembut menegur.

Qi Pei dan Lu Feng menoleh. Seorang lelaki yang elok rupa parasnya memandang ke arah mereka dari pintu masuk rumah utama. Melihat gerangan lelaki yang mana wajahnya itu nampak tenang, Lu Feng pantas bangun sebelum memberi tunduk hormat.

"Elder Yue Lan. Selamat pagi."

"Hm. Selamat pagi."

"Elder nak keluar? Ada apa-apa yang perlu dibantu?"

"Tak perlu. Lu Feng, jagakan rumah sementara saya keluar."

"Baiklah."

Lu Feng sekali lagi memberi tunduk hormat sebelum menghantar lelaki tadi sehingga ke pagar utama. Kemudian dia kembali semula ke meja bulat dimana Qi Pei sedang menanti. Qi Pei memandang Lu Feng dengan kerutan di dahi.

"Siapa tu? Ahli keluarga Huo dari keluarga utama? Tak pernah kenal pun?" soal Qi Pei.

"Shh!!" Lu Feng cepat-cepat menutup mulut Qi Pei. "Elder Yue Lan. Jangan cakap atau beritahu sesiapa. Berlakon yang kau tak pernah nampak apa-apa harini, faham? Kalau tak.."

"Kalau tak apa?" soal Qi Pei selepas Lu Feng melepaskannya.

"Elder Yue Lan..seorang yang sangat menakutkan. Jangan cari pasal. Dalam keluarga Huo, dia adalah orang yang paling kau tak mahu jadi musuh." balas Lu Feng.

Qi Pei lantas mengangguk.

"Tentang lelaki bertopeng yang kau cakap ni, nanti aku uruskan. Dah, pergi balik. Jangan buat masalah." sambung Lu Feng lagi.

Selepas Qi Pei pulang, Lu Feng mengeluh. Dia kembali menikmati minumannya sebelum keluar. Sempat dia berpesan pada adiknya untuk menjaga rumah. Dia turun dari Gunung Wu untuk ke bandar.

Tiba saja bandar, Lu Feng mula mencari lelaki bertopeng yang dimaksudkan oleh Qi Pei. Orang di tepi-tepi jalan mula menjadi mangsa Lu Feng sebagai detektif tak bertauliah. Dia menyoal siasat sesiapa saja bagi mendapatkan maklumat.

Akhirnya, maklumat yang dia dapat telah membawanya ke sebuah bangunan yang dicat merah. Pada atas pintu utamanya digantung papan tanda dengan kaligrafi yang sangat cantik. Lu Feng berkerut sambil dia membaca tulisan tersebut.

"Flower..house?"

Kakinya melangkah masuk ke dalam. Pada siang hari macam ni, pelanggan yang datang tak ramai. Kebanyakkan mereka datang untuk makan dan minum kalau siang. Pada sebelah malam pula, akan ada persembahan opera dan teater.

Lu Feng memerhati sekeliling. Dia kemudiannya mengambil satu tempat duduk di sebelah hujung yang agak tertutup dan dekat dengan tangga. Matanya masih meliar mencari kelibat lelaki bertopeng. Sedang dia sibuk mencari, satu suara lembut menegurnya.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ