15

647 52 47
                                    

Anak ikan

Mei Mei duduk berhadapan dengan XiHua di meja makan sebuah restoran. Wajahnya manis tersenyum, menunjukkan bahawa dia sedang gembira. Mei Mei memang seorang yang senang dibaca riak wajahnya. Ini kerana semua perasaannya terpamer pada muka.

"Putera Kelima, Mika nak makan apa?" soal mei Mei.

"Shh.." XiHua memintas percakapan Mei Mei. "Jangan panggil macam tu. Cakap macam orang biasa. Panggil Kita XiHuan."

Mulut Mei Mei membuat bunyi 'O' seraya mengangguk. "Baiklah. XiHuan" ujarnya sebelum ketawa kecil. Seronok betul dia bermain begitu. Terasa macam menyamar jadi orang biasa. Mereka bukan lagi keluarga diraja sebaliknya rakyat biasa.

"Hmm. Bagus. Awak lulus." XiHua bersetuju.

"Kalau macam tu.. panggil Kita Xiao Mei." kali ini giliran Mei Mei pula untuk mengubah namanya.

"Baik! Xiao Mei, mari pesan makanan." XiHua pula hanya layankan sahaja.

Setelah itu mereka memesan makanan kepada pelayan restoran tersebut. 

"Hihihi.." Mei Mei ketawa tiba-tiba membuatkan XiHua mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" soal XiHua.

"Saya rasa.. macam kita berdua ni suami isteri yang keluar makan bersama." balas Mei Mei.

Purff!! Kalau XiHua sedang makan atau minum sesuatu saat itu rasanya semua dah tersembur keluar.

"Aaa.. Ahaha.." XiHua ketawa hambar.

"XiHuan.."panggil Mei Mei.

XiHua mengangkat sebelah kening, namun disebabkan wajahnya ditutup dengan topeng, seolah-olah dia tidak memberikan sebarang reaksi.

"XiHuan, XiHuan..Suka..Awak" ujar Mei Mei seperti dia sedang bercakap seorang diri. Memang betul saat itu nama samaran XiHua kedengaran seperti perkataan 'suka'. Memang maksud dia 'suka' pun. XiHua buat-buat tak dengar.

Beberapa minit selepas itu, makanan yang mereka pesan pun tiba. Mei Mei dan XiHua makan tanpa sebarang bunyi. Masing-masing tak lagi bersuara atau cuba untuk berbual. Suasana antara mereka saat itu bertukar janggal. Mei Mei mencebik. Air mukanya bertukar keruh.

"Ah!" saat itu satu suara lelaki memecah sunyi. XiHua menoleh ke tepi.

"Hoh.. Xiao Yi." tegur XiHua.

Zhong Yi menggigit bibir bawahnya, geram dengan reaksi XiHua yang berlagak macam mereka dah kenal lama. Setelah itu Zhong Yi melihat pula ke arah seorang gadis yang boleh dikatakan sangat cantik pada pandangan mata sedang duduk berhadapan dengan XiHua.

"Nak makan? Jemput duduk." XiHua mempelawa macam di rumah sendiri.

Zhong Yi mencebik. "Dah ada teman wanita kat depan pun nak ajak orang lain makan sekali ke?". Eh, eh.. bila dah terlepas cakap baru dia perasan yang ayat dia macam orang merajuk pula. Cis..

XiHua ketawa. Dia menarik tangan Zhong Yi lalu mendudukkan lelaki itu di kerusi kosong di sebelahnya. Setelah itu dia memanggil pelayan restoran untuk membuat pesanan makanan. Fuh.. penyelamat. Akhirnya XiHua tak perlu makan berdua dengan Mei Mei dalam keadaan janggal. Hahaha!! Idea bijak! Tanpa pedulikan Zhong Yi yang mula protes, dia paksa juga lelaki tu makan dengan dia.

"XiHuan, siapa ni?" soal Mei Mei, cuba untuk memaniskan wajah. Cis, baginya lelaki yang baru muncul ni dah kacau daun.

Zhong Yi yang mendengar pertanyaan tersebut mengangkat kening sebelah sambil memandang ke arah XiHua.

"XiHuan?" dia menyoal.

XiHua mengangguk. "Ya?"

"Awak tak beritahu nama awak sebelum ni. Lepas tu dah la hilang macam tu je." Zhong Yi masih terasa hati.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now