25

542 42 12
                                    

Zhong Yi tahu dia tak boleh lari kali ni. Lelaki bertopeng itu pasti akan menangkapnya semula. Walau macam mana alasan dia beri sekalipun, XiHua akan berpatah balik kepada soalan asalnya. Tak pernah berganjak.

"XiHuan.." Zhong Yi menghela nafas panjang.

"Apa?" soal XiHua. Dia masih tidak memberikan ruang kepada Zhong Yi untuk berganjak daripada pintu.

"Kalau saya ada sukakan seseorang pun, apa yang awak kisah?" tanya Zhong Yi. Dia kali ini memalingkan tubuhnya bagi menghadap XiHua. Tangannya bersilang di dada.

"Oh?" mata XiHua terkebil-kebil. Apa yang dia kisah? Betul tu. Kenapa dia ambil kisah sangat ni? Tak ada kena mengena.

"Saja." akhirnya dia membalas setelah lama dia mendiamkan diri.

"Hm?" Zhong Yi mengemam bibirnya. Keningnya terangkat sebelah.

"Saja la." ulang XiHua sekali lagi sambil berundur ke belakang bagi memberi ruang untuk Zhong Yi bernafas.

Lelaki itu menghela nafas lega apabila XiHua tidak lagi mengepungnya pada pintu. Boleh luruh jantung Zhong Yi kalau mereka berterusan berdiri secara rapat macam tu. Zhong Yi memandang XiHua penuh tanda tanya. Entah apa lelaki bertopeng ni fikir pun dia tak pasti.

"Xiao Yi, siapa orang yang awak suka tu?" baru saja Zhong Yi fikir XiHua dah putus asa, soalan yang sama diulang lagi.

Zhong Yi menepuk dahi.

"Ish.. Mana la saya tahu. Tak kenal pun. Cuma selalunya dia akan duduk atas jambatan dekat sungai tu setiap minggu." akhirnya dia mengalah dan mula membuka cerita.

"Jambatan? Setiap minggu? Buat apa?" berkerut dahi XiHua.

"Menari atau menyanyi atau duduk saja. Tapi setiap kali dia ada dekat situ, tak akan ada orang yang lalu atas  jambatan tu. Pelikkan?" Zhong Yi menyuarakan rasa hati.

"Hah?" XiHua berfikir sejenak.

Setiap minggu..

Menari, menyanyi atau duduk saja atas jambatan?

Tak ada orang lalu setiap kali dia ada di situ?

Macam kenal..

"Jangan cakap.. gadis tu pakai kain putih yang tutup separuh muka dia? Selalu ada bunga pada sanggul rambut dia?" soal XiHua meminta kepastian.

Mata Zhong Yi membulat. Dia laju memegang lengan XiHua.

"XiHuan kenal gadis tu? Siapa?" dia bersuara dengan tidak sabar.

Jantungnya semakin laju berdegup. Sudah tiga bulan dia tertanya-tanya siapakah gerangan si gadis namun setiap kali dia cuba untuk berbual dengan gadis itu, dia akan hilang secara tiba-tiba. Ghaib. Macam tak pernah wujud sejak awal.

Melihat wajah Zhong Yi yang bertukar teruja itu buat XiHua rasa bersalah. Patut ke dia beritahu? Tapi XiHua sedar yang kini harapan Zhong Yi cuma dia sebab dia saja yang tahu siapa gadis itu. Fikiran XiHua terus melayang pada lelaki serba hitam yang bersayap macam burung.

"......" lelaki serba hitam tu tak cakap apa-apa tapi dia berikan XiHua bulu pelepahnya sebelum menghilang.

Teringat tentang perkara tersebut, dia menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan bulu pelepah yang dibawa ke mana saja. Zhong Yi yang melihat terdiam seketika sebelum bersuara. "Bulu pelepah burung?"

XiHua memandang ke arah Zhong Yi. Wajah yang nampak keliru itu ditatap lama.

"Ah." XiHua memandang sekilas bulu pelepah di tangan sebelum kembali memandang lelaki yang masih memegang lengannya itu. Dia kemudiannya menghulurkan bulu pelepah tadi kepada Zhong Yi.

"Untuk apa?" soal lelaki itu, bertambah keliru.

"Untuk perlindungan." balas XiHua tanpa perasaan sebelum membuka pintu bilik Zhong Yi dan keluar.

Zhong Yi terdiam. Dia melihat bulu pelepah yang diletakkan di atas tapak tangannya oleh XiHua. Lelaki bertopeng ni selalu buat sesuatu ikut suka hatinya. Tak beri apa-apa amaran pun. Tiba-tiba saja muncul dan kemudian menghilang. Bila dia muncul, dia akan buli Zhong Yi.

Zhong Yi menggigit bibir lalu mencampakkan bulu pelepah tadi ke atas lantai. Beberapa saat selepas itu bulu pelepah tadi bertukar menjadi bintik-bintik cahaya sebelum menghilang. Zhong Yi terkesima. Dia melihat semula tapak tangan yang digenggam. Perlahan-lahan dia buka tapak tangannya itu dan dilihat bulu pelepah tadi.

Bulu pelepah tu kembali semula ke dalam tangannya!

Mata Zhong Yi membulat. Ajaib apakah ini? Magik? Sihir? Saat itu Zhong Yi menoleh ke arah pintu biliknya dan dia meluru keluar. Anak tangga dituruni dan dia melihat sekeliling kawasan lobi yang penuh dengan pelanggan dan pelawat Flower House. Jantungnya berdegup kencang sekali lagi. Hari itu dia berasa seperti nyawanya asyik berada di hujung tanduk.

Jantungnya berdegup laju dengan setiap tindak tanduk XiHua yang suka sangat mengenakan dirinya. Tapi entah kenapa kali ini dia rasa aneh. Untuk apa XiHua memberikannya bulu pelepah tersebut? Malah, lelaki bertopeng itu juga tidak menerangkan padanya tentang identiti gadis di jambatan tersebut. Mata Zhong Yi meliar mencari kelibat XiHua.

Setelah memastikan XiHua tidak lagi berada di dalam Flower House dia berlari keluar dan melihat di jalanan. Orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut diperhatikan oleh Zhong Yi bagi mencari kelibat XiHua. Langkah kakinya diatur tanpa arah tuju. Walau macam mana dia cari sekalipun, dia tidak berjaya mencari XiHua.

Perasaannya saat itu sama seperti apa yang dia rasakan setiap kali dia cuba mencari gadis yang dia suka tersebut. Perasaan gelisah dan resah. Perasaan yang tidak pasti. Khayalan? Tidak. XiHua bukanlah seperti gadis itu. XiHua benar-benar wujud. Zhong Yi tahu fakta tersebut. Jadi mengapa dia tidak mampu menemui XiHua?

Zhong Yi menghabiskan sehariannya berpusing di sekeliling kawasan bandar namun dia tidak juga berjaya menemukan XiHua. Akhirnya dia pulang semula ke biliknya dengan perasaan kecewa. Bulu pelepah yang diberikan oleh XiHua tadi digenggam erat sebelum disimpan di dalam poket baju, dekat dengan kawasan jantungnya.

Dia rasa selamat begitu. Entah kenapa apabila dia berbuat begitu barulah dia memperoleh ketenangan. Zhong Yi duduk di atas kerusi di tepi tingkap biliknya yang menghadap jalan. Orang yang lalu lalang diperhatikan satu per satu. Dalam hati dia berharap dia akan berjumpa XiHua sekali lagi. Selalunya lelaki bertopeng itu yang akan datang mencarinya.

Dia masih belum tahu siapakah gerangan gadis misteri tu dan XiHua pun tak terangkan tentang bulu pelepah yang pelik tu dengan lebih lanjut. Dia mahukan kepastian dan dia mahu XiHua berterus terang. Bila difikir balik, barulah Zhong Yi perasan sesuatu. Walapun mereka berdua dah kenal antara satu sama lain sejak dua bulan setengah yang lalu, dia cuma tahu nama lelaki bertopeng tu.

Selain daripada tu, Zhong Yi sedar yang dia tak tahu apa-apa sedangkan XiHua tahu banyak perkara tentang dirinya. Perasaan tak pasti dan tak tahu tentang sesuatu adalah perkara yang paling menyeksakan. Zhong Yi mengemam bibirnya sebelum digigit perlahan. Giginya bermain dengan bibir bawahnya berulang kali.

Dia tak puas hati.

Sangat tak berpuas hati.

************************************

************************************

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.



Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ