43

481 47 23
                                    

Zhao Feiyan. Wanita yang sangat elegan dan mempunyai senyuman yang menawan. Warna kegemaran ialah ungu. Baju kegemaran, baju yang berwarna ungu. Tapi apa sebenarnya yang dia mahu? Wanita ini tak mahu banyak. Dia cuma mahu melihat keluarga Maharaja Mu terseksa.

Kenapa?

Semuanya kerana dendam kesumat. Sebab utama dia masuk ke istana sebagai perempuan Maharaja.

Kuasa? Dia tak inginkan perkara itu.

Takhta? Dia tak perlukannya.

Dia cuma mahu melihat orang yang dia benci terseksa. Keluarga orang yang buat hidupnya merana, hancur berkecai di tangannya. Yi Fengji, bekas permaisuri yang kini meringkuk di Istana Beku. Perempuan tak guna yang bagi Zhou Feiyan tak layak hidup.

Maharaja Mu? Lelaki itu juga tak layak menjadi seorang pemerintah. Dasar lelaki tak guna. Mana janji setia? Semua kata-kata cinta yang pernah diucap dulu hilang ditiup angin masa. Malahan dirinya juga sudah dilupakan, langsung tidak dipeduli.

Mahu menghukum dia kerana melakukan kesalahan? Apa salah yang dia buat? Zhou Feiyan tak takut kerana semua perkara yang berlaku tak ada bukti yang boleh menyebabkan dirinya dihukum. Kesalahan membawa Zhong Yi ke istana? Dia tak salah. Menurut peraturan istana, Zhou Feiyan yakin Zhong Yi boleh masuk ke istana.

Hasilnya? Dia berjaya. Zhong Yi mempunyai tasel nama yang memberikannya peluang untuk berada di istana sebagai Tuan Muda keluarga Xie. Kesalahan Zhong Yi yang menceroboh ke bilik Maharaja? Mereka tak boleh menghukum Zhou Feiyan kerana bukan dia yang menceroboh.

Licik dan bijak.

Itulah Zhou Feiyan.

Pembunuhan Permaisuri Li JianSu? Bukan dia yang membunuh. Zhou Feiyan bukan dalang kes tersebut jadi dia tak peduli, malah dia berterima kasih pada pembunuh tersebut. Salah seorang musuhnya dah mati. Dia tak perlu bersusah payah merancang pembunuhan permaisuri itu kerana ada orang lain yang sudah melakukannya.

Jadi siapa yang membunuh Permaisuri Li JianSu?

Perempuan tak guna yang semua orang kenal. Yi FengJi. Walaupun dia kini telah meringkuk dalam Istana Beku, fikirannya masih merancang perkara jahat. Hatinya masih busuk dan kotor. Tidak pernah serik dan puas dengan apa yang dia ada. Masih mahu anaknya, Putera Kedua Mu XiChen menaiki takhta.

Namun malang kerana si anak langsung tidak tahu rancangan jahat si ibu di belakangnya. Semua perkara dicampak ke arah Mu XiChen yang tidak bersalah. Yi FengJi tidak sedar bahawa perbuatannya bakal menyebabkan si anak terbabit sama dalam masalah besar. Perempuan bodoh yang pendek akal.

Zhou Feiyan tersenyum sambil menghirup teh bunga mawar yang dibawa dari Empayar Fenghua. Pembantunya telah mengimport ke semua makanan dan minuman dari sana hanya untuk memuaskan hati Zhou Feiyan. Dia selesa begitu. Walaupun Empayar Haoxia mempunyai pelbaga jenis makanan dan minuman, Zhou Feiyan lebih suka juadah dari tempat asalnya.

"Puan." sedang dia menikmati minuman itu, suara pembantunya memecah sunyi.

"Ada apa?" soalnya.

"Ada surat dari utusan Empayar Fenghua." beritahu pembantu tersebut sambil menghulurkan sekeping surat yang berlipat cantik.

Zhou Feiyan mengambil surat yang dihulur lantas membukanya dengan cermat.

*****

Bandar Shichuan yang menjadi bandar penghubung antara dua Empayar kini telah bersetuju untuk berpihak pada Empayar Fenghua.

-Loo Guang Ji-

*****

Zhou Feiyan tersenyum selepas membaca isi surat tersebut. Dalam erti kata lain, Empayar Fenghua kini boleh menempatkan tentera miliknya di Bandar Shichuan. Perang yang tidak lagi dapat dielakkan. Namun begitu, mahukah dia berperang? Ramai orang yang akan terseksa.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now