2

1.4K 97 46
                                    

Mu Xihua

Siapa saja yang tidak akan berhenti secara tiba-tiba dan menoleh ke arahnya? Pandangan mata mereka terpaku ke arahnya tanpa berkelip. Setiap orang akan mempunyai reaksi yang sama.

Ah..

Cantiknya.

Indahnya.

Rupanya begitu sempurna.

Dia membuatkan sesiapa sahaja terpaku saat melihatnya. Terpegun.

Ah..

Adakah dia bidadari dari syurga?

Atau mungkin seseorang dari kayangan?

Terlalu elok rupa parasnya untuk dikatakan dia sebagai manusia biasa. Semua yang mengenalinya akan berasa cemburu dengan keelokan wajah miliknya. Personaliti dirinya yang pendiam menambah lagi rasa misteri orang yang melihat.

Terlalu cantik. Anggun. Menawan.

Sehingga begitu sekali dia dipuji. Bonda dan ayahandanya sangat berbangga. Terlalu bangga.

Ah..

Inilah anak mereka.

Bondanya juga sebelum ini dikenali ramai sebagai seorang yang elok rupa parasnya. Seorang yang sangat cantik dan menawan. Sudah tentu saja anaknya juga akan memiliki rupa yang sama. Ayahandanya semakin bertambah rasa cinta dalam hati.

"Hah! Lagi-lagi Putera Kelima tu! Mak dia pun sama saja! Tak sedar diri! Hanya jual rupa paras untuk goda Maharaja! Dia cuma perempuan kampung yang masuk ke istana ni, bukan dari keluarga bagus pun!" Permaisuri Yi FengJi menghentak kakinya sambil menolak dulang cawan sehingga jatuh terpelanting.

Prang!!

Dayang-dayang istananya hanya berdiam diri sambil tertunduk melutut di atas lantai. Takut. Kaca pecah berserakan.

"Perempuan tak guna! Kami adalah Permaisuri, bukan dia! Kenapa Maharaja tidak mahu melihat Permaisuri ni?!" dia masih lagi mengamuk.

Yi FengJi menggigit kuku. Dia berfikir lama cara untuk menghapuskan pesaingnya itu. Bukan saja dia tidak berjaya membunuh Putera Kelima saat masih dalam kandungan, dia juga tidak berjaya membunuh bayi itu sebelum ini. Sekarang, Putera Kelima semakin membesar dan kecantikannya semakin terserlah.

Anaknya, Putera Kedua, Mu XiChen semakin tenggelam dengan pencapaian Putera Kelima. Kalau semakin berterusan perkara ini, peluang Mu XiChen untuk menjadi Putera Mahkota bakal terjejas. Li JianSu, ibunda Putera Kelima mungkin bakal merampas kedudukannya sebagai Permaisuri.

Perempuan murahan! Perempuan kampung! Hanya sebab dia ada rupa dan wajah yang cantik, Maharaja gilakan dia. Tak guna! Tak guna! Tak guna! Kalau Maharaja sukakan sangat rupa yang cantik tu, apa akan jadi kalau rupa cantik tu hilang?

Ah..

Betul tu.

Dia cuma perlu buat Li JianSu jadi tak cantik.

Kalau dah tak cantik, Maharaja tak akan suka dia lagi bukan?

"Ahahahaha!!!!" Yi FengJi ketawa macam orang hilang akal.

Betul. Dia adalah wanita dari keluarga Yi. Keluarga dia merupakan keluarga yang sama dengan Maharani Balu (Imperial Empress Dowager). Apa yang dia nak takutkan? Perempuan kampung tu boleh pergi mati! Tak ada sesiapa pun yang boleh menggugat kedudukan dia.

Tanpa ragu-ragu lagi, Yi FengJi menjalankan misinya. Di lewat petang suatu hari, dia menyuruh dayang istana membawa sebaldi air panas yang baru lepas mendidih ke Istana Noble Consort Li JianSu. Di situ,  dia menyuruh dayang tersebut dengan sengaja menumpahkan air panas tadi ke atas muka Li JianSu.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt