28

531 44 45
                                    

XiYue memandang lelaki di hadapannya itu dengan pandangan tidak puas hati. Dalam hatinya penuh perasaan syak wasangka.

"Hm? Putera Ketiga, apa yang Mika pandang?" soal XiChen sambil tersenyum.

"Jangan fikir Kita tidak tahu. Putera Kedua, Mika yang rancang perkara ni bukan? Untuk jatuhkan Putera Kelima." duga XiYue.

"Oh? Memang Kita mahu jatuhkan Putera Kelima. Tapi bukan Kita yang rancang perkara ni. Apa pun Kita berterima kasih pada dalang sebenar." balas XiChen, berpura-pura tidak faham.

"Hah, XiChen! Mika jangan cabar Kita!" mata XiYue mencerlung tajam. Dia merenung XiChen bagai pemangsa yang bakal menerkam mangsanya.

"Ah, ah.. Putera Mahkota jangan marah. Tak elok kalau orang pandang Mika hilang kawalan. Kena la jadi contoh bukan?" XiChen masih bermain dengan kata-kata. Wajahnya tersenyum sahaja.

Dia kemudiannya membuka kipas lipat miliknya sebelum menutup separuh wajahnya dengan kipas tersebut.

"Kita pergi dulu. Jumpa lagi." ujar XiChen sebelum berjalan meninggalkan XiYue disitu.

XiYue mengetap gigi sambil tangannya digenggam. Sakit hati bukan kepalang. Geram dalam hati bagai membuak-buak. Putera Mahkota? Siapa peduli dengan pangkat tersebut kalau dia tidak dapat selamatkan adik sendiri.

"XiHua! Di mana Mika?!" XiYue mengeluh sebelum berjalan pergi dengan langkah yang berat.

Sudah seminggu dia mencari. Dia menghantar banyak orang-orangnya bagi mencari XiHua namun tidak juga dijumpai. Kini dia cuma mempunyai seminggu masa tambahan. Jika dia tidak berjaya mencari XiHua dan selesaikan perkara yang berlaku, adiknya itu akan dihukum bunuh.

"XiHua.." XiYue memejamkan matanya. Jantung yang berdebar hebat cuba untuk ditenangkan.

.
.
.
.
.

Zhong Yi memetik tali guqin miliknya dan bunyi yang dihasilkan semakin lama semakin pelik pada telinga.

"Xiao Yi, lagu apa yang kamu main ni?" soal salah seorang wanita di Flower House. Sakit telinga dia mendengarnya.

"Kak Lian.." Zhong Yi mengeluh. Tangannya berhenti bermain alat muzik.

"Kenapa ni? Muram saja?" soal Lian Qi yang mana merupakan antara wanita yang terkenal di Flower House. Dia selalunya berada di tangga teratas dalam pilihan pelanggan yang datang. Lian Qi terkenal dengan kelembutan dan wajahnya yang sangat cantik.

"Haish." Zhong Yi mengeluh lagi.

"Tsk, tsk.. Xiao Yi.. Putus cinta ke apa ni?" Lian Qi meneka.

Mendengar perkataan 'putus cinta' terus membuatkan tubuh Zhong Yi kaku.

"Oh? Betul ke?" Lian Qi ketawa kecil.

"Ma..mana ada! Siapa putus cinta?! Kak Lian putus cinta! Huh!" Zhong Yi menafikan perkara tersebut lantas bangun dan masuk ke dalam biliknya. Sempat lagi dia menghempaskan pintu.

Lian Qi ketawa semakin kuat. Suka dia menyakat Zhong Yi yang langsung tidak jujur dengan perasaan sendiri. Kadang-kadang Zhong Yi tidak sedar tentang perasaannya yang sebenar. Dia perlukan seseorang untuk memberikannya sedikit ransangan supaya dia perasan.

Sudah seminggu diabmakan tak kenyang, mandi tak basah, asyik duduk termenung dan main muzik yang pelik-pelik. Kalau bukan disebabkan oleh cinta apa lagi? Masalah dunia? Sejak bila pula Zhong Yi terlibat dengan masalah dunia?

Lian Qi menggelengkan kepalanya. Susah betul menjaga Xie Shaoye yang seorang itu. Banyak karenahnya.

Zhong Yi yang telah masuk ke dalam bilik berbaring di atas katil. Dia memintal kain selimut miliknya dengan jari. Terfikir kata-kata Lian Qi. Putus cinta? Tapi dia tak pernah bercinta. Dengan siapa dia nak putus cinta?

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now