65

431 37 21
                                    

XiHua mula mengatur langkah gerakan. Bilah pedang yang berlaga sesekali kedengaran bergema di celah huru-hara suasana dewan majlis. XiYue juga turut sama tidak mahu mengalah. Dia yang selalunya tersenyum itu kini wajah masam mencuka.

Sampai satu tahap, XiHua menepis pedang XiYue dan akhirnya pedang tersebut terlepas dari tangan dan tercampak ke tepi. XiYue terdiam. Baru saja pedang XiHua mahu mengenai XiYue, seseorang telah menahan dari tepi dengan pedang yang bilahnya hitam legam.

XiHua melompat ke belakang, mencari jarak antara musuh yang baru itu. Lelaki yang baru muncul itu berada di dalam keadaan sedia sambil menghunus pedangnya pada XiHua. General Yuan Di. Tidak lama selepas itu, sekumpulan askar berpakaian tentera Empayar Haoxia dan Empayar Fenghua masuk ke dalam dewa majlis. Kumpulan XiHua lantas ditewaskan dengan mudah kerana kekurangan orang untuk berlawan.

"XiHua.." XiYue memandang adiknya dengan sayu.

XiHua melihat sekeliling yang mana kini berada dalam kawalan XiYue. Akhirnya dia ketawa kuat.

"Ahaha!! Untuk fikir kau akan minta tolong Empayar Fenghua! XiYue, kau memang tak ada sebarang kuasa ke sampaikan kau bekerjasama dengan Empayar lain?!" ejek XiHua.

XiYue mengetap gigi. Tangan yang digenggam erat itu disorokkan dibelakangnya. Dia memandang ke arah General Yuan Di. "Tangkap mereka dan humban ke dalam penjara." arahnya sebelum berpaling.

"XiYue!" jerit XiHua namun General Yuan Di lebih tangkas dalam melakukan arahan.

Pedang yang dilibas ke arah XiHua ditahan secepat mungkin namun XiHua yang tidak bersedia itu telah menyebabkan pedangnya tercampak. General Yuan Di mengacukan pedangnya pada leher XiHua. "Putera Kelima, putus asa sajalah." beritahu Yuan Di.

"Ahaha!!" XiHua ketawa. Dia memandang Yuan Di dengan tajam. Tentera yang dibawa oleh Yuan Di kemudiannya mula menawan semua orang yang dianggap musuh, termasuk XiHua. Bersama-sama dengan Zhong Yi, mereka dihumban ke dalam penjara bawah tanah.

.
.
.
.
.
.

"Putera Mahkota.. Tidak, Tuanku Maharaja XiYue." seru General Yuan Di sambil dia melutut hormat kepada XiYue.

XiYue tersenyum hambar. Untuk fikir dia mendapat takhta dengan cara sebegini. Sungguh memalukan baginya. Tapi mahu atau tidak, dia telah pun dapat tahkta itu, Maharaja. Setelah itu, Bai Cheng datang menghadap. Duta itu tersengih dengan tangan yang terbuka.

"Jadi? Putera..ahh..Maharaja? Macam mana dengan tawaran patik?" soal Bai Cheng.

Yuan Di yang berada di hadapan XiYue menjeling lelaki itu. Sungguh tak tahu malu.

"Bai Cheng, Beta sedang berbincang dengan General Yuan Di. Kembali semula nanti." titah XiYue.

Bai Cheng tersenyum sinis. Dia berpaling dan keluar begitu saja. XiYue mengetap gigi. Memang mencabar hati dan perasaan betul. Bukannya XiYue betul-betul mahu terima tawaran dia pun. XiYue cuma menggunakan dia, demi kepentingan dirinya dan Empayar Haoxia.

.
.
.
.
.

Zhao Feiyan ketawa gembira. Tentera dari Empayar Fenghua telah dibawa masuk melalui Bandar Shichuan yang telah bersetuju untuk membantu. Dengan mudah, mereka mengambil alih selepas itu. Dengan kerjasama Zhou Feiyan, Bai Cheng dan General Yuan Di yang diarahkan oleh Putera Mahkota, tentera ini diseludup masuk bagi merampas takhta.

Siapa sangka Putera Kelima akan terlebih dahulu memulakan langkah? Meracuni Maharaja Mu dan cuba membunuh Putera Mahkota. Mujur saja Zhou Feiyan cepat untuk menghulurkan bantuan di celah kekecohan yang berlaku. Sedang semua orang sibuk berlawan, tentera dari Empayar Fenghua dan Empayar Haoxia bergerak di bawah arahan General Yuan Di.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now