61

394 43 22
                                    

Saat majlis semakin dekat untuk bermula, XiHua pula sibuk mengheret Zhong Yi ke salah satu bilik tetamu di Istana Utama. Sampai disitu, dia menghempas pintu sebelum menolak Zhong Yi sehingga terhantuk ke dinding. Jujur, Zhong Yi rasa belakangnya sakit tapi dia tak cakap apa-apa kerana dia tahu dia salah.

"Kau?!" XiHua menjerit sebelum mengetap giginya. Dia mengenggam erat tangannya sebelum melihat kiri dan kanan, tidak tahu di mana dia patut lepaskan geram. Akhirnya dia menumbuk dinding sipi saja di sebelah muka Zhong Yi sehingga lelaki itu tersentak.

Zhong Yi tidak berani bersuara. Entah kenapa rupa XiHua saat itu kelihatan sangat mengerikan. Putera Kelima sedang marah. Zhong Yi tahu. Apatah lagi dia yang merupakan penyebabnya. Semakin takut dia rasa, semakin sakit dadanya. Rasa sesak nafas.

"Umph?!" sedang dia kaku disitu, dia telah dicium oleh XiHua buat entah ke berapa kalinya. Putera Kelima menarik belakang kepala Zhong Yi dan memeluk lelaki itu seolah-olah dia harta yang berharga. Beberapa minit selepas itu, dia melepaskan Zhong Yi apabila lelaki itu tercungap-cungap tidak cukup nafas. Padan muka dia, fikir XiHua.

"Uhuk, uhuk!" Zhong Yi terbatuk-batuk. Dadanya turun naik dengan laju. Kepalanya rasa berpinar sebelum dia hampir saja rebah namun ditahan oleh XiHua. Sekali lagi dia jatuh dalam pelukan lelaki bertopeng itu. Zhong Yi dapat rasa yang malunya dah mencapai tahap maksimum. Mukanya yang merah disorok ke dada XiHua.

"Kenapa awak pakai macam ni?" soal XiHua setelah bertenang.

"Sebab ni je cara untuk masuk tanpa dikesan." jawab Zhong Yi. Bukan macam XiHua, Zhong Yi tak tahu seni mempertahankan diri. Cara paling selamat adalah dengan menyamar.

"Haish.." XiHua mengeluh sambil mengusap kepala Zhong Yi. Cantik sangat lelaki ni, susah betul dibuatnya. Walaupun berpakaian orang gaji, dia akan tetap menarik perhatian. Kalau bukan kerana XiHua yang sudah kenal Zhong Yi, orang lain memang tak boleh cam. Betul-betul macam perempuan. Takut XiHua bila nampak Zhong Yi dipeluk oleh Bai Cheng. Hampir saja mereka bercumbu. Cemburu? Sangat!!!!

XiHua menekap kedua belah pipi Zhong Yi dengan tapak tangan. Muncung mulut lelaki itu. "Dengar sini budak, jangan buat saya risau lagi. Faham?" pesan XiHua.

"Shiapa bhudah ah? (Siapa budak hah?)" Zhong Yi mencubit lengan XiHua, minta supaya mukanya dilepaskan. Sakit pipinya dikerjakan XiHua.

"Ehe..bagus." XiHua tersenyum. Lega hati dia yang tadinya boleh dikatakan hampir saja meletup.

"XiHua, saya risau. Awak tak perlu la pergi majlis malam ni." Zhong Yi menarik kolar baju XiHua secara tiba-tiba. XiHua yang baru saja nak pergi tu tak jadi nak keluar.

"Xiao Yi, dah tentu saya perlu pergi. Maharaja Mu adalah ayahanda saya." XiHua mengeluh.

"Jangan." Zhong Yi memeluk lengan XiHua dengan erat, tak mahu lepas.

"Xiao Yi, jangan buat masalah." XiHua menolak tangan Zhong Yi namun genggaman lelaki itu sangat erat.

Berkerut dahi XiHua. Dia melihat wajah Zhong Yi yang nampak takut semacam. Kenapa lelaki ni datang ke Istana Utama sekali lagi?

"Xiao Yi?" XiHua mengangkat sebelah kening dari sebalik topeng yang dipakainya.

"XiHua.. Saya takut kehilangan awak." ujar Zhong Yi, jujur.

XiHua menutup matanya lalu menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. "Hahh.."

"XiHua.." Zhong Yi masih memeluk lengan Putera Kelima.

"Baiklah, baiklah. Xiao Yi, duduk sini buat masa sekarang. Saya nak keluar jumpa XiYue sekejap. Boleh?" pujuk XiHua.

Genggaman pada lengan XiHua semakin erat sebelum perlahan-lahan dilepaskan. Zhong Yi tertunduk sebelum mengangguk perlahan. XiHua menghela nafas lega. Dia mengusap kepala Zhong Yi lalu keluar dari bilik tetamu itu. Dia berjalan ke dewan majlis. Hari semakin gelap. Majlis bakal bermula tak lama lagi. Dia cuma cakap nak jumpa XiYue supaya Zhong Yi bertenang. Mahu atau tidak, dia masih perlu menunjukkan wajah di majlis ayahandanya sendiri.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora