Laporan

949 49 29
                                    

YiFan memerhati dari jauh saat bunga perak itu dibawa oleh Lan Zhong Yi, pemerintah Dunia Kegelapan pulang ke Diyu. Dia mengeluh. Asalkan anaknya selamat. Semuanya demi melindungi XiHua.

"Untuk fikir yang Tuanku akan rancang sebegini, YiFan hanya mampu terdiam dan kagum." beritahu dewa itu.

"Kau mahu aku lindungi dia. Dewa Laut Hitam mahukan dia. Cara terbaik adalah dengan meletakkan dia dibawah jagaan Demon Lord, Lan Zhong Yi. Dewa Laut Hitam tak mungkin akan berani kacau XiHua. Anak kau akan selamat." terang Hann Li.

"Hah.. Tapi macam mana Tuanku tahu Zhong Yi, Xie Shaoye itu merupakan jiwa Demon Lord?" soal YiFan apabila dia terfikir perkara penting itu.

Hann Li tersenyum kecil.

"Dalam tiga alam dunia ini, cuma seorang saja yang disumpah bintang kelahirannya oleh Taisui. Dia yang memusnahkan tiga alam dunia, Lan Zhong Yi atau Demon Lord. Pelindungnya sedar akan perkara tu apabila dia melawat ke dunia manusia sebelum ni."

YiFan mengangguk. Hann Li kemudiannya meneruskan penerangannya.

"Selepas memastikan kedudukan jiwa pemerintah Diyu itu, dia cuma perlu pastikan mereka ada nyawa yang cukup sebagai makanan bagi menyembuhkan tubuh Demon Lord yang cedera sebelum ini. Selepas itu, bunuh jiwa itu supaya dia dapat kembali kepada tubuh asal."

YiFan menarik nafas dalam. Terperinci betul perancangan Dewa Agung dihadapannya itu.

"Jadi, Tuanku la yang bertanggungjawab menyebabkan perang tu berlaku. Patut la YiFan pelik, kerana perang yang disebabkan oleh Yao tidak dihalang oleh Tuanku. Tuanku sejak awal telah bekerjasama dengan pelindung Demon Lord itu."

Hann Li masih tersenyum hambar.

"Lan Xin Ai seorang yang bagus. Dia cuma mahukan yang terbaik untuk Demon Lord manakala kita berdua cuma mahukan yang terbaik buat XiHua. Senang bukan?"

"Tapi ratusan nyawa maut dalam perang." komen YiFan.

"Konflik asal adalah disebabkan nafsu manusia tu sendiri. Yao cuma bisikkan kejahatan. Mereka yang musnahkan diri mereka sendiri kerana termakan dengan hasutan." tegas Hann Li.

YiFan hanya mendiamkan diri selepas itu. Apa pun, dia kini tahu anaknya berada di dalam tangan yang selamat. Lan Zhong Yi tidak akan sesekali biarkan XiHua cedera atau disakiti. Dewa Laut Hitam tidak mungkin berjaya menyentuh XiHua hatta sehelai rambut sekalipun. YiFan juga yakin, inilah yang XiHua mahukan. Dia akan bahagia dalam jagaan Demon Lord itu.

.
.
.
.
.

Shi Xue menggilis daun herba dengan batu giling. Daun itu dijadikan ubat untuk pesakitnya. Sudah berbulan tidak sedarkan diri. Shi Xue berharap, pesakitnya itu tidak mati sia-sia. Seperti langit yang telah mendengar harapan Shi Xue, pesakit yang terbaring di atas katil bersebelahannya itu membuka mata.

"Hm? Dah bangun? Baguslah. Minum ni." Shi Xue segera mencapai air yang tersedia di atas meja lalu membantu lelaki itu bangun dan duduk.

Air di dalam cawan diberikan kepada lelaki yang telah lama tidak sedarkan diri itu.

"Saya dimana? Awak ni siapa?" soalnya dengan suara yang serak.

"Oh? Awak tak ingat? Awak.. Hm?" Shi Xue tersengih.

Saat itu barulah lelaki itu perasan sesuatu. Siapa dirinya? Lantas dia mengerang kesakitan. Kepalanya terasa perit. Shi Xue cepat-cepat memintanya bertenang. Dalam hati, Shi Xue berasa kesian dengan Putera Kedua itu. Sejujurnya, dia bukanlah baik sangat. Tapi apabila terjumpa akan orang yang hampir mati, nalurinya sebagai doktor cuma mahu selamatkan orang tersebut.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now