34

502 47 26
                                    

XiChen tersenyum sumbing ke arah wanita di hadapannya itu sambil sebelah tangannya mencapai cawan teh di atas meja lalu dihirup sedikit airnya.

"Jadi?" soal si wanita berbaju ungu.

"Bukan Kita yang melakukannya. Tak ada masa Kita nak susahkan diri sendiri merancang pembunuhan Permaisuri Li JianSu." ujar XiChen.

Dia meletakkan semula cawan di atas meja. Kipas lipatnya dibuka dan dia mengipas diri sendiri dengan gaya yang sangat elegan. "Walaupun Kita mengaku Kita tak sukakan Li JianSu, Putera Ketiga dan Putera Kelima..Kita tak sebodoh itu. Gunakan cara kotor macam tu bukan gaya Kita." tambahnya lagi.

"Ahahah!!" wanita berbaju ungu ketawa sambil tangannya menutup mulut. Sesaat kemudian wajahnya bertukar semula menjadi biasa macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia bangun dari tempat duduknya yang bertentangan dari XiChen.

"Jumpa lagi." dia bersuara sebelum beredar.

XiChen masih tersenyum. Tersenyum sambil matanya menghantar perempuan itu sehingga kelibatnya keluar dari kediaman Putera Kedua. Senyumannya kemudian hilang begitu saja diganti dengan wajah masam.

"Putera Kedua, laporan." setelah itu seorang lelaki serba hitam muncul. Wajahnya dilitupi topeng hitam.

"Em." XiChen mengangguk.

"Putera Mahkota sedang siasat lagi kes pembunuhan permaisuri. Mayat pembantu istana yang dijumpai mati lemas itu merupakan salah seorang pembantu di istana Kita sebelum dia ditukar ke Istana Utama." lelaki itu mula melaporkan siasatannya.

"Oh?" XiChen mengangkat sebelah kening.

"Walaupun pada asalnya pembunuhan ni nampak macam Putera Kelima yang melakukannya, kini bukti menunjukkan ke arah Putera Kedua. Apa yang perlu kita lakukan?" soal lelaki itu.

"Hm.. Jadi ada orang yang cuba bermain dengan api. Lagi? Apa lagi yang kau dapat?" XiChen tersenyum sinis.

"Ini. Sebelum Putera Mahkota dan orang-orangnya menjumpai mayat yang mati lemas tu, orang bawahan kita dah berjaya menjumpai dia dulu. Dalam tangannya ada sekeping kertas yang digenggam erat." dia menghulurkan sehelai kertas berlipat yang kedut dan lusuh.

Kertas itu kalau dibuka dengan kasar akan terkoyak jadi lelaki itu menghulurkannya dengan berhati-hati. Nampak sangat dah hampir rosak kertas yang dijumpai mereka.

"Oh?" XiChen mengambilnya dengan penuh minat. Kertas tadi dibuka dan dia melihat perkataan di dalamnya. Tulisan yang dah kembang dan pudar kerana basah.

"Ti...pu..Penipu?" dia membaca perkataan yang masih elok.

"Tapi perkataan yang lain tak jelas." komen XiChen lagi.

"Putera Kedua, arahan seterusnya?" soal lelaki tadi masih setia dengan tugasnya.

"Hm.. Biarkan saja. Kita tak mahu campur dalam urusan menyusahkan macam ni. Perempuan tak guna tadi pun dah balik. Kalau ada masalah, biar dia la yang selesaikan..atau.." XiChen bersuara. Saat itu matanya bagai bersinar dengan sinar bahaya.

Lelaki tadi meremang bulu romanya. Dia yang merupakan pembunuh upahan yang handal sangat mengenali perasaan dan pandangan Putera Kedua itu. Niat membunuh. Bukan setakat itu, niat membunuhnya sangat berat dan menakutkan.

"Putera..Kedua?" lelaki itu bersuara penuh berhati-hati. Walaupun putera di hadapannya itu mempunyai wajah yang cantik dan kacak, putera itu masih orang yang bahaya.

Kshahh!

Kertas tadi hancur dalam genggaman XiChen.

"Kita tak rasa dia boleh dipercayai. Lagipun, kenapa Maharaja Mu tak pernah sedar kewujudan dia dalam istana? Walaupun dia merupakan salah seorang wanita dalam harem istana? Paling pelik, kenapa sebelum ni dia berminat sangat dengan Putera Kelima? Lepas tu nasib malang terus menimpa Putera Kelima. Sekarang ni dia sedang bercakap seolah-olah semuanya salah Kita." XiChen mengomel.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now