56

415 37 15
                                    

Zhong Yi terdiam apabila dia dan Qing Qing diheret pulang oleh beberapa orang yang berpakaian hitam dengan kain hitam yang turut menutup wajah mereka. Walaupun benar dia diheret pulang ke Istana Mingzhuo, orang-orang tersebut tidak pula berkasar dengannya. Seperti yang Zhong Yi agak, mereka adalah orang-orang milik Putera Kelima.

Ke mana saja Zhong Yi pergi, dia diperhatikan dan dia dilindungi. Jujur dia rimas tetapi dalam masa yang sama dia terharu dengan XiHua yang cukup prihatin terhadap dirinya..atau mungkin terlebih prihatin? Baiklah, mungkin terlalu prihatin sehingga Zhong Yi mahu ke tandas pun dia akan diikut oleh seseorang.

"Argh! Hentikan!" marah Zhong Yi sambil menghempas kakinya macam budak-budak. Terkejut dibuatnya pengawal yang disuruh oleh Wen Chong bagi melindungi Zhong Yi itu.

"Xie Shaoye, ini tugas saya. Janganlah macam ni." beritahu lelaki itu dengan nada yang sangat baik. Macam memujuk anak kecil saja lagaknya. Walaupun wajahnya dilitupi kain hitam, Zhong Yi agak lelaki itu mesti nampak baik juga.

"Hmph!" apa pun Zhong Yi masih tidak berpuas hati. Qing Qing telah hilang untuk membuat tugas yang lain. Zhong Yi lebih suka jika perempuan itu yang menemaninya daripada pengawal lelaki yang sekarang.

Sudah la dia berada dalam perintah berkurung dalam bilik XiHua, lepas tu Putera Kelima itu langsung tidak datang melawatnya. Sudah tiga hari berlalu sejak XiHua tidak balik ke Istana Mingzhuo. Menurut pengawal yang bersamanya itu, Putera Kelima sibuk kerana duta dari Empayar Fenghua telah tiba lebih awal dari yang dijanjikan.

Zhong Yi faham. Putera Kelima masih seorang putera. Dia tidak akan terlepas dari tugas untuk mentadbir empayar mereka. Sedikit demi sedikit, rasa rindu datang menjengah. Sejak pertama kali XiHua menyentuhnya lebih dari yang sepatutnya, Zhong Yi kini asyik teringatkan XiHua. Lebih daripada biasa, dia berharap supaya XiHua akan menyentuhnya lagi.

Stop!

Nanti dulu.

Zhong Yi memegang pipinya yang terasa berbahang. Kenapa dia berfikir macam seorang perempuan ni?! Bila dah lama berada di Flower House dan dikelilingi oleh wanita-wanita, dia yang lelaki itu pun sekejap-sekejap dah berkelakuan macam perempuan. Tidak!!!

Zhong Yi lantas cuba untuk bertenang. Namun untuk seketika kemudian, dia kembali mengeluh. Dia gagal dengan jayanya. Fikirannya dipenuhi dengan Putera Kelima. Dia betul-betul jatuh hati pada lelaki bertopeng tu?! Muka pun tak pernah nampak. Macam mana boleh suka?! Zhong Yi yang mana sebelum ni sukakan perempuan..

Ya, perempuan di tepi jambatan tu. Perempuan yang menari tarian yang sangat cantik dengan bunga-bunga yang terapung di atas air. Siapa agaknya dia? Sampai sekarang Zhong Yi tidak tahu tentang identiti gadis itu. Apa yang dia pasti, si gadis berada di dalam Istana Mingzhuo.

"Apa yang Xie Shaoye fikir? Berat betul keluhan tu." tegur pengawal yang sejak tadi berdiri di hadapan pintu.

Zhong Yi menjeling sekilas lelaki itu. "Hmph!" dia berpaling ke arah lain, tidak mahu menghadap pengawal yang suka jaga tepi kain orang.

Sedang dia termenung berfikir tentang dirinya sendiri, suara seseorang menyanyi membuatkan Zhong Yi lantas menoleh ke arah pintu semula. "Xie Shaoye?" panggil pengawal yang terkejut dengan tingkah laku Zhong Yi.

Zhong Yi yang berdiri untuk keluar terus ditahan oleh pengawal tadi. "Maaf, tapi arahan Wen Chong daripada Putera Kelima adalah supaya Xie Shaoye berada di dalam bilik."

Zhong Yi menggigit bibirnya. Geram. Namun suara nyanyian tadi masih belum berakhir. Zhong Yi terkebil-kebil memandang pengawal itu. Sengaja buat muka kesiannya yang nampak sangat comel. Akhirnya pengawal itu mengalah dan membuka pintu bilik. "Saya akan ikut sekali." ujar pengawal tersebut sambil mengikut langkah Zhong Yi.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Kde žijí příběhy. Začni objevovat