17

604 50 20
                                    

Apakah?!

XiHua yang kini sedang duduk bersenang-lenang sambil bermain catur di halaman Istana Mingzhuo tersenyum. Tangannya laju menyusun atur setiap langkah buah catur miliknya. Sesiapa saja yang melihat pasti dapat meneka yang Putera Kelima sedang gembira.

"Tuan XiHua, Putera Mahkota dalam perjalanan ke sini." Wen Chong yang datang berlari tiba-tiba menjatuhkan bom atom.

Senyuman XiHua mati. Dia memandang Wen Chong yang kini berdiri di sebelahnya dengan sebelah kening terangkat.

"Kenapa pula? Kenapa tiba-tiba?" soal XiHua.

"Nenda juga dalam perjalanan ke mari." sambung Wen Chong lagi. Ayatnya tadi tak habis.

Klak!..

Buah catur yang elok tersusun di atas papannya terjatuh apabila tangan XiHua tergelincir. Tak cukup dengan XiYue, nendanya juga dalam perjalanan???? Apa yang berlaku ni?? Apa yang dia tak tahu? Dia keluar semalam sekejap saja pun. Apa yang dia terlepas?

Tidak lama selepas itu satu pengumuman tentang ketibaan Putera Mahkota kedengaran di pintu Istana. XiHua menepuk dahi.

"Adikanda.." panggil XiYue dengan senyuman manisnya.

XiHua memandang XiYue tanpa sebarang perasaan. Walaupun begitu, apa yang dapat dilihat oleh XiYue hanyalah wajah yang dibalut dengan kain balutan. Adiknya itu tidak memakai topeng wajah. Hanya kain balutan putih yang menutupi rupa sebenar dia.

XiYue duduk berhadapan dengan XiHua di laman Istana Mingzhuo. Kawasan sekitar mereka penuh dengan pokok renek yang berbunga. Sangat cantik dan terasa aman. Kedengaran bunyi burung yang berkicauan dari atas dahan pokok di tepi tembok pagar.

XiYue mula menyusun buah catur di atas papan tanpa dipelawa. Dia mencuri pandang adiknya sambil tersenyum.

"Kenapa kakanda datang sini?" tanya XiHua. Dia membiarkan saja XiYue menyusun buah catur.

Beberapa saat kemudian, mereka mula bermain bersama.

"Hm, kakanda tak boleh datang ke sini ke?" jawab XiYue dengan soalan sambil menggerakkan buah catur.

"Bukan tak boleh tapi.." XiHua turut sama menggerakkan buah catur apabila tiba gilirannya.

"Tapi apa?" XiYue masih tersenyum.

"Kakanda, berterus terang sajalah." akhirnya XiHua mengalah.

Senyuman XiYue semakin melebar. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke belakang XiHua sebelum kedua belah bahu adiknya dipegang dari belakang.

"Kakanda datang mahu mengutip hutang." beritahu XiYue.

XiHua mengeluh. Ahh.. Dia pasti perkara ni akan berlaku juga. Semalam dia sudah membuli Mei Mei jadi gadis itu pasti akan berlari menangis pada XiYue. XiYue yang terpaksa memujuk Mei Mei setiap kali XiHua membulinya akan mengumpul hutang tersebut sebelum meminta XiHua untuk membayarnya.

"Apa yang kakanda mahu kali ni? Info tentang seseorang? Perlindungan? Makanan? Nak urut? Nak duit? Atau.. nak adikanda menyanyi macam sebelum ni?" teka XiHua.

"Ppfftt..ahaha~" XiYue ketawa. Dia memeluk leher XiHua dari belakang sebelum berbisik pada telinga adiknya.

"Kakanda mahukan XiHua."

Tubuh XiHua kaku. Nafas XiYue terasa hangat pada telinganya.

"Kakanda jangan bergurau." tegur XiHua.

"Ahaha!!" XiYue ketawa lagi kali ini tawanya berdekah sehingga senak perut dirasakan.

"Adikanda ni tak boleh dibawa bergurau betul. Keras macam tunggul. Adikanda patut ketawa!" XiYue bersuara sambil mengelap air mata yang mula keluar di tubir matanya.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now