Deel & Deen...

14.3K 502 21
                                    

Prolog I

SEBAIK saja jarum jam tepat pukul lima, Aydeen sudah menjerit riang. Segera dia berlari mendapatkan abangnya yang berada di dalam bilik. Terloncat - loncat tubuh kecil itu cuba untuk memulas tombol pintu.

Setelah pintu dibuka, Aydeen berlari masuk mendapatkan abangnya sambil tersenyum gembira.

"Abang, abang. Jom main!" Ajak Aydeen teruja.

Memang peraturan yang ditetapkan oleh ibunya, selepas solat Asar, tepat pukul lima hingga enam setengah adalah waktu untuk keluar bermain. Kecuali waktu hujan.

"Deen abang..."

"Ala abang, jomlah kita main. Kat bawah ni aje. Kita main lari - lari, main bola sepak dengan kawan - kawan. Jom!" Tangan Aydeel ditarik mengikut langkahnya.

Aydeel hanya mengikut langkah adiknya.

Setibanya dipadang, Aydeen menjerit teruja lalu terus menyertai kawan - kawannya. Namun Aydeel hanya kekal disitu memerhati adiknya. Dia kadang - kala cemburu dengan stamina yang dimiliki adiknya. Dia tidak secergas itu. Dia berbeza dari orang lain.

"Abang, kenapa tak nak main?" Soal Aydeen hairan.

"Abang tengok aje".

"Jomlah main". Ajak Aydeen teruja. Tangan Aydeel ditarik supaya bermain bersamanya.

Baru sekerat jalan berlari, nafas Aydeel menjadi mengah. Aydeel terduduk sambil memegang dadanya.

"Abang, kenapa?" Soal Aydeen risau.

"Ab...abang okey". Aydeel tersenyum kelat apabila melihat wajah kerisauan adiknya.

"Muka abang pucat".

"Abang nak balik.." Aydeel berusaha bangun. Perlahan - lahan dia melangkah. Dalam beberapa langkah, Aydeel rebah tidak sedarkan diri.

"Abang!" Aydeen menerpa tubuh abangnya.

"Abang bangun". Berkali - kali Aydeen mengejutkan abangnya.

"Papa, mama!"


Prolog II


"BOLEH kita berbincang?" Soal Aydeel sambil tersenyum manis. Matanya memandang ke arah wajah masam Aydeen, adik lelakinya yang periang sudah berubah. Berkawan dengan orang lebih tua yang bermasalah membuatkan Aydeen jadi begitu degil dan akan memberontak apabila di tegur.

"Hmm",

Aydeel segera melangkah masuk ke dalam bilik adiknya lalu melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan adiknya.

"Kau serius ke nak pindah Sekolah Menengah Tunku  Hisham tu?"

"Yes",

"Deen, aku minta maaf sebab kau terasa bila aku tolak ajakan kau bila bermain. Aku bukan tak nak keluar rumah. Tapi, aku tak boleh main. Takkan aku nak jadi tunggul kayu je tengok kau bermain?" Soal Aydeel lembut.

"Kenapa kau tak boleh main? Kau kaki bangku?" Soal Aydeen sinis. Tajam anak mata coklatnya merenung wajah resah si abang.

"Bukan...., aku cuma tak boleh main".

"Mama tak bagi?" Tebak Aydeen. Aydeel terus tertunduk.

Aydeen tergelak sinis.

"Oh I see...."

"Tapi, tak boleh ke kau satu sekolah dengan aku?" Soal Aydeel perlahan. Dia jadi susah hati bila adiknya cuba mengasingkan diri darinya. Dia kenal sangat dengan peraturan Sekolah Menengah Tunku  Hisham (SMKTH). Kalau Aydeen sekolah disitu alamatnya jarang lah dia dapat menatap wajah adiknya.

Aydeen tak membalas.

"Aku tak nak kau pergi sekolah tu. Kau sekolah  lah dengan aku. Aku boleh jaga kau". Kata Aydeel lembut.

Dia bangun lalu berura ingin keluar dari bilik apabila Aydeen tidak memberi respon.

"Deel",

Terus Aydeel menoleh apabila namanya diseru oleh Aydeen.

"I'm not a child. Aku tetap dengan keputusan aku untuk ke sana". Balas Aydeen dalam nada tegas.

Aydeel tersenyum hambar.

"Ya, aku faham". Pintu bilik ditutup.

Aydeen mengeluh. Dia meraup wajahnya berkali - kali.

"Aku minta maaf",

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now