Special Chapt II

8.6K 241 21
                                    

Amsyar mengosok-gosok matanya. Suara nyaring kembarnya, Aisy Insyira dan Aisy Inaya menyebabkan dia terjaga. Rish yang masih lena dipandang. Amsyar terus mendukung kembarnya lalu turun ke ruang tamu bawah. Dia tidak mahu isterinya terjaga. Toto dibentang lalu kembarnya terus diletakkan di atas toto tersebut.

"Anak papa lapar ye?" Amsyar terus menyusukan anaknya. Botol susu yang tadinya penuh sudah kering. Habis menyusukan Inaya, Amsyar menyusukan Insyira pula. Wajah comel si kembar ditatap lama.

"Cantiknya anak dara papa dua orang ni. Macam mama." Pipi gebu kedua-dua kembar itu terus digomol. Bulat mata si kembar memerhati papanya yang ralit menggomol pipi mereka.

"Bie dah lama ke bangun?"

Soalan yang terpancul daripada Rish menghentikan perbuatan Amsyar. Selamat anak dara dua orang itu daripada papa mereka. Naik rimas mereka papa mereka buat.

"Tak ada lah. Baru saja bangun. Sayang kenapa bangun?" Amsyar menyoal Rish sambil tangannya menepuk punggung si kembar untuk menidurkan anaknya.

"Sayang terjaga tadi bila rasa kosong sebelah sayang. Risau kalau-kalau kembar dua orang ni tergolek ke apa."

Amsyar tersenyum. Dia menepuk toto belah kiri Insyira yang kosong agar isterinya duduk di situ.

"Kenapa tak kejut sayang?"

"Bie tengok sayang tidur lena sangat. Tak nak lah kacau sayang." Rish tersenyum mendengar kata suaminya.
"Sorry susahkan bie."

Amsyar menggeleng.

"Tak susah pun sayang. Anak bie juga. Sayang rest la bie tahu sayang penat." Amsyar mengusap pipi isterinya. Rish yang sudah berbaring terus didodoikan seperti anak mereka.

Rish tergelak.

"Bie fikir sayang ni baby ke nak dodoikan macam tu?" Kening sengaja Rish naikkan.

"Haah. Sayang baby tua bie. Inaya dan Insyira baby muda. Mana boleh dodoi baby muda je, baby tua pun papa kena dodoikan juga."

Rish memandang Amsyar tidak percaya. Ada ke patut dia panggil aku baby tua?

"Papa tu lagi la tua daripada mama ni. Sibuk aje nak mengata orang lain tua. Diri dia sendiri tua tak sedar. Betul tak girls?" soal Rish kepada sang kembar yang sudah mula memejamkan mata.

"Hahaha.. Alah papa handsome tak nampak pun tua."

"Habis nak cakap sayang tak cantik la ni. Sebab tu tua?"

Amsyar tergelak kuat. Lucu dengan teletah isterinya ini. Mendengar tawa Amsyar mulut Rish terus memuncung.

"Menyampah lah bie ni. Ada je nak usik orang."

Amsyar terus memeluk isteri. Si kembar tersepit di tengah-tengah. Tangan yang memeluk Rish terus naik mengusap wajah cantik isterinya itu.

"Bie bersyukur sangat Allah jodohkan kita. Bie gembira sangat bila bersama sayang. Bie rasa tenang bila tengok wajah sayang. Bie sentiasa mahu berada di sisi sayang. Bie sayangkan isteri bie ni sangat-sangat. Tak kesahlah kalau sayang dah tua ke kulit dah berkedut ke bie tetap mahukan sayang sebab hanya Nur Aliya Qairisha sahaja yang terpahat dalam ni." Amsyar memegang dadanya.

"Hanya nama sayang je yang terpahat dalam ni. Nama orang lain tak akan dapat menyelit."

Rish sudah terharu. Satu kucupan hangat melekat di pipi Amsyar.

"Tapikan bie, mana boleh letak nama sayang je dekat dalam hati bie."

Amsyar mengerutkan dahi.

"Kenapa pula tak boleh?"

"Ye lah Inaya dan Insyira bie nak campak mana kalau bie kata nama orang lain tak boleh menyelit. Jahatnya bie ni nak campak Inaya dan Insyira jauh-jauh."

Laju tangan Amsyar meluku kepala Rish.

"Sakit lah bie!"

"Itu balasan untuk sayang. Werkk.." Amsyar menjelirkan lidah ke arahnya.

"Kenapa pula sayang yang kena?

"Anak-anak boleh lah menyelit yang bie cakap tak boleh tu orang luar."

Rish menjeling suaminya.

"Lain kali cakap biar terang-terang. Tak payah nak sembunyi-sembunyi macam tu. Apa fikir kita ni duduk zaman batu ke nak main sembunyi-sembunyi?"

Amsyar hanya menggeleng. Isterinya yang seorang ini memang tau.

"Dah lah. Tadi kata nak dodoikan sayang kan? Hah dodoi cepat. Sayang mengantuk. Nak tidur."

Amsyar tergelak. Perlahan-lahan tangannya mula menepuk punggung isterinya seperti yang dilakukan kepada anaknya tadi. Mata Rish makin lama makin layu dan akhirnya dia tertidur. Amsyar tersenyum panjang. Ya Allah terima kasih atas nikmatMu ini. Kekalkanlah kebahagian ini buat kami Ya Allah.

Hai guys. Nah second part for special chapt. Ok cerita ni dh tamat setamat tamatnya. No more special chapt after this. So say bye for this happy family.. Muahahah.. Jemput baca dua lg karya saya ok. Love you..

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now