Bab 48

6.5K 200 19
                                    

Baby please. I'm sorry.
8.30 a.m √√

Syg, please say something.
8.32 a.m √√

I'm sorry ok?
8.34 a.m √√

Amsyar mengeluh. Sudah berkali-kali dia cuba memujuk Rish, tetapi gagal. Menyesal pula mengacah si jantung hati yang kuat merajuk dan jeles tu. Kalau tahu begini tak adanya dia buat lawak bangang nak cari orang lain yg boleh puji dia handsome. Risau dia apabila Rish hanya memberikan bluetick sahaja. Alahai Amsyar, kau dengan dia dah la baru nak berbaik, kau buat dia marah dah kenapa? Amsyar mengeluh lagi. Telefon diletak ke tepi, dan fail kerjanya dicapai. Dia mula membuat kerja.

                   *******

Rish mencebik-cebikkan mulutnya. Menyampah! Sorry, sorry tu je la dia tahu. Mata dijulingkan ketika membaca segala teks sorry dari Amsyar. Tak kuasa nak membalas. Dia terus bergerak ke arah butik setelah memastikan keretanya sudah berkunci. Sapaan dari pekerjanya dibalas dengan mesra walaupun hatinya meluap-luap marahkan Amsyar.

Mangkuk Ayun
Syg, biy mintak maaf ok?
On ws please. Jgn bluetick je.
9.00 a.m

Rish membuka aplikasi whatsapp dan membaca segala maaf yang dipohon Amsyar. Jarinya pantas menekan block contact. Senyuman puas terpampang dimuka Rish. Padan muka! Sakit hati betul. Baru je nak berbaik-baik, pergi cari pasal siapa suruh. Hambik, hambik! Pergi cari perempuan lain! Jangan la mesej, whatsapp dan call! Berapi-api sumpah seranah yang melantun-lantun dikotak fikiran Rish.

Mangkuk Ayun
Syg, I'm sorry. Jgn la block.
Biy suruh on dn bls dn jgn bluetick je, yg pergi block kenapa?
9.15 a.m

Rish menjelirkan lidah pada mesej itu. Padan muka. Padan muka! Kerek lagi. Marah punya pasal contact name Amsyar dari hubby terus bertukar menjadi mangkuk ayun.

Rish mundar-mandir hampir 20 kali. Mana pergi Amsyar nie. Kali terakhir dia menghubungi aku 9 pagi tadi. Sekarang dah jam 12 tengah hari. Tak ada satu pun mesej di terima oleh Amsyar sejak itu. Mana dia nie. Merajuk ke aku block dia? Tapi kenapa hati aku rasa tak sedap? Rasa risau yang mula menjalar terus memotong ego yang cuba dipertahankan.

"Angkat la. Angkat la,"gumam Aishah perlahan apabila tiada balasan dari pihak sebelah sana. Terus kunci kereta disambar dan kereta dipandu tanpa arah. Aduh Rish kau nak pergi pejabat dia, tapi kau sendiri tak tahu office dia dekat mana. Nak tanya siapa nie. Jari diketuk-ketuk pada steering kereta. Hah! Abang Ri! Dia rapat dengan Amsyar kan? Buktinya voice yang abang Ri kasi hari tu asli bukan yang dirakam dari radio. Nombor telefon bimbit Qhusyairi pula yang didail.

"Angkat lah. Angkat lah."

"Hello."

"Abang Ri!!! Abang nak alamat pejabat Amsyar please. Urgent."

"Amboi belum kahwin lagi dah pandai nak pergi office orang tu. Dah tak sabar nak jadi mem  besar ke?"

"Urgent lah! Cepat lah. Kau ada tak address office Amsyar?"

"Hah ye la. Ada."

"Good then. Bagi location office dia sekrang. Bye."

Tergeleng Qhusyairi dibuatnya. Main letak je Rish nie tau. Qhusyairi membuka aplikasi whatsappnya dan mengongsi alamat office bakal adik iparnya kepada adik tercinta. Setelah menerima alamat office Amsyar dari Qhusyairi, Rish terus memecut keretanya membelah jalan. Dia terus melangkah ke kaunter pertanyaan.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now