Bab 56

6.6K 201 20
                                    

haii..siapa rindu? Angkat tgn.. hahahah..before you all baca this chapt sis nk pomot story jap..i hate + luv you by @ROSELUVME sorry bru dpt pomot..hehehe.. andd..jgn lupa baca our faith by shashim yg...hmm.. yg cute? hahaha ok sis perasan jap..jgn muntah k. hah baca jgn xbaca.. bebaii..

Amsyar mundar-mandir di ruang tamu sambil diperhatikan oleh ahli keluarga isterinya. Jam dinding dikerling berulang kali. 

"Am cuba duduk. Pening kepala papa tengok kamu mundar-mandir macam ni," ujar Dato' Qairi.

"Hmm.. Am risau la papa. Dah nak dekat jam 10.30 malam dah. Rish tak balik lagi."

"Am dah call dia?" soal Datin Alisya.

"Dah. Tak berjawab. Hmm.. Mana Rish ni."

"Telefon bimbit dia habis bateri kot? Rish kadang-kadang memang balik lambat.  Kadang-kadang dia tidur di butik je kalau dah lewat malam. Jangan risau ye?" Datin Alisya cuba menenangkan Amsyar sambil menyedapkan hatinya sendiri.

"Tapi ma, Am dah pesan dekat dia untuk balik awal sebab nak kemas barang untuk pindah."

"Why not Am pergi jumpa Rish dekat butik?"

Amsyar memandang wajah bapa mertuanya. Hmm.. Cadangan bapa mertuanya itu memang sudah lama dia fikirkan. Tapi.. Hmm.. Aku kan dalam mood merajuk lagi. Tak kan aku nak kena jumpa dia?

Hmm.. Amsyar Rayyan, kau nak pergi ke tak? Amsyar menyoal dirinya sendiri. Patut ke aku pergi? Tapi aku kan tengah merajuk. Pergi atau tunggu je? Ahh. Pening la.

"Jangan ego Am, nanti kau menyesal pula kalau ada apa-apa jadi dekat bini kau tu." Qhusyairi yang dari tadi berdiam diri mula bersuara. Dia tahu Amsyar sedang perang dingin dengan adiknya. Amsyar menceritakan segalanya pada dia. Walaupun memang jelas itu salah adiknya, tetapi Amsyar harus rasional ketika ini.

Amsyar memandang abang iparnya. Aduh Ri ni yang cakap macam tu kenapa? Kan papa dan mama dah pandang semacam.

"Apa Ri cakap ni? Ego? Kenapa pula Am nak ego?" Datin Alisya memandang Amsyar dan Qhushairi silih berganti. Hmm.. Macam ada something je.

"Err... Tak ada lah mama. Tak ada apa-apa."

"Betul ke? Amsyar..."

"Assalammualaikum." 

Seluruh isi ruang tamu memandang ke arah pintu rumah. Datin Alisya yang hendak menyoal Amsyar tadi turut berbuat demikian dan membiarkan ayatnya tergantung.

"Waalaikumsalam. Rish baru balik? Lambatnya balik," sapa Datin Alisya.

"Rish tertidur tadi ma." Rish terus bersalaman dengan mamanya. Kemudian tangan papanya turut diraih untuk berbuat hal yang sama.

Amsyar hanya memandang isterinya. Aik? Aku ni dia tak nak salam ke? Tak tahu ke aku puas la tunggu dia. Risaukan dia. Jangankan salam pandang aku pun tak. Apa masalah bini aku ni?

"Betul ke tertidur?" soal Qhusyairi.

"Betul la. Abang Ri ni kenapa?"

"Tak kan tak dengar phone berbunyi?"  Qhusyairi masih menyoal adiknya.

"Dah tertidur mana nak dengar."

"Habis terjaga tadi tak check phone ke? Tahu tak kami semua ni risaukan kau? Tu suami kau lagi la risau. Puas dia call, tak berjawab." Qhusyairi memandang tepat mata adiknya. Dia tidak tahu apa masalah adiknya. Tapi berdasarkan apa yang Amsyar ceritakan, dia dapat rasakan yang adiknya ada sembunyikan sesuatu.

"Rish nak cepat balik tadi. Rish kemas barang Rish, terus balik. Tak sempat check lagi." Rish menjawab pertanyaan abangnya acuh tidak acuh sahaja.

"Dah la. Rish penat. Rish nak naik mandi dan tidur. Night ma, pa." Rish terus berlalu dari ruang tamu. Amsyar tersenyum pahit apabila melihat isterinya yang telah selamat mendaki anak tangga. 

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now