Bab 57

7K 218 31
                                    

Rish menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aik.. Mana perginya telefon aku? Aku rasa aku letak dekat atas meja solek je tadi. Aku silap letak ke? Tapi aku rasa aku tak nyanyok lagi. Aku yakin aku letak atas meja solek tu tadi.. Arghh.. Stress!

"What are you looking for?"

Soalan yang keluar dari mulut Amsyar mengejutkan Rish. Ish mamat ni. Bila masa dia masuk?

"I'm looking for.."

"This?" soal Amsyar pantas tanpa sempat Rish menghabiskan ayatnya. Telefon bimbit kepunyaan isterinya disuakan dihadapan wajah Rish.

"Macam mana boleh ada dekat awak? Bila masa awak ambil dan kenapa awak ambil?" soal Rish kepada suaminya sambil menayangkan wajah kurang senang.

"Why? Salah ke kalau suami awak ni nak tengok phone isteri dia? ke awak ada simpan rahsia daripada saya? Tak nak saya tahu?" soal Amsyar sarkastik. Muka beku ditayangkan buat isterinya.

"Mana ada. Tak ada apa-apa pun. But, itu kan phone saya. Jangan la sesuka hati je nak ambil." Rish cuba merampas telefonnya daripada pegangan Amsyar namun Amsyar pantas mengelak.

"Serious awak tak ada rahsiakan apa-apa?" Amsyar merenung mata isterinya. Jawapan jujur yang ingin dia dengar dari bibir isterinya itu. Kenapa susah sangat isterinya nak berterus-terang?

"Betullah! Mana ada apa-apa."

"Sekali lagi saya tanya, betul ke awak tak ada rahsiakan apa-apa daripada pengetahuan saya?"

"Berapa kali saya nak cakap? Tak ada. Tak ada apa-apa pun. Tak dengar ke?" 

"Saya masih beri awak peluang untuk berterus-terang kalau awak ada rahsiakan apa-apa, so baik awak cakap je."

"Apa benda awak merepek? Saya tak ada rahsiakan apa-apalah!" Rish mencuba sekali lagi untuk merampas telefonnya.

"Nak ni? Nah pergi ambil." Habis sahaja berkata Amsyar terus mencampakkan telefon bimbit itu ke dinding. Akibatnya, telefon itu pecah berderai sebaik sahaja tercampak ke dinding dan jatuh menghempas lantai.

"What the hell are you doing?" Dada Rish berombak laju menahan amarah. Tone suaranya juga dikawal sebaik mungkin agar tidak bersikap kurang ajar kepada suaminya.

"What? Tadi awak nak phone tu kan? Saya cuma nak bagi dekat awak je. Pergi la ambik telefon awak tu."

Tangan Rish sudah mengeletar. Ingin sahaja dia menampar muka Amsyar yang beriak tidak bersalah itu. Dia cuba menahan tangannya daripada melakukan hal tersebut.

"Why? Kenapa pandang saya macam tu?"

"Awak tak ada rasa bersalah ke?" Soalan Amsyar dibalas dengan soalan. Rish menentang mata suaminya.

"Kenapa saya kena rasa bersalah?"

"Awak buta ke rabun apa yang awak dah buat dekat telefon saya?"

"So what? Awak yang tak tangkap. Saya cuma nak bagi je. Salah saya ke?" Rish tergamam. What the hell? Apasal mamat ni menyakitkan hati huh?

"Susah sangat ke nak minta maaf?"

"Then same to you. Susah sangat ke nak berterus terang?" Amsyar menyoal isterinya sambil menayang wajah double jerk bagi menyakitkan hati isterinya itu.

"What are you talking about? Terus terang apa?" Rish sudah mengerutkan dahinya menandakan yang dia betul-betul tidak faham apa yang suaminya itu cakapkan.

"Stop lah buat-buat tak tahu. Susah sangat ke nak beritahu saya? Saya ni siapa pada awak? Saya bukan suami awak ke? Saya bukan suami yang awak boleh bergantung ke? Saya ni tak layak ke untuk tahu apa masalah isteri saya?" Amsyar menyoal isterinya bertubi-tubi. Riak kecewa jelas terpancar.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now