Bab 23

6.6K 277 19
                                    

Amsyar menyengih apabila melihat muka cemberut Rish. Dia mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Err..weh sorry," kata Amsyar sambil tangan kanan dan kirinya dilekatkan(🙏). Rish menjeling Amsyar dengan jelingan maut.

"Sorry-sorry pergi naik lori! Suruh orang siap awal tapi dia yang lambat. Saya bangun pukul 5 pagi awak tahu tak?"marah Rish.

"Errr.. Tak tahu. Nie baru tahu bila awak cakap." Membulat mata Rish mendengarnya.

"Loyar buruk eh awak nie? Eiii gerammmnyaaaa!!!"

"Jangan la marah. Saja je cakap gerak pukul 6.30 biar awak siap cepat. Bukan ke orang perempuan selalunya siap lambat?" Ya Allah berikan aku kesabaran Ya Allah. Kalau tak sabar, kang ada yang kena terajang, pinta hati Rish. Kenapa lah aku boleh setuju nak ikut mamat nie. Haih..

"Pergi pantai kutip lala, dah lambat nak mengata kaum perempuan pula!"

"Amboi, berpantun pulak. Kau kalau marah memang suka pantun ke apa? Nie nak kena balas ke tak?" Rish memberi jelingan maut sekali lagi.

"Amboi, menjeling. Ok la aku balas. Budak-budak main pintu, jangan la marah kang aku kiss pipi tu." Amsyar menyengih. Rish menayangkan penumbuk.

"Dah la. Err. Menyampah! Dah lambat tau tak?"

"Tau pun dah lambat. Cepat la naik motor aku nie. Nah helmet. Reti pakai tak?" Amsyar menghulurkan helmet kepada Rish. Rish yang leka memakai helmet menjadi tumpuan Amsyar. Wajah mulus Rish ditatap. Dari kening, turun ke mata, pergi pula ke hidung dan akhir sekali bibir. Cantik! Sungguh ciptaan tuhan yang ada depan matanya ini sangat cantik. Matanya tidak berkelip melihat. Rish memang cantik. Matanya berwarna coklat dihiasi dengan bulu mata yang panjang melentik. Hidung yang mancung. Berbibir nipis dan berwarna pink. Sangat menarik! Baru dia perasan Rish tak mengenakan sebarang make up pun.

"Apa pandang-pandang?"tegur Rish. Dia perasan sejak tadi Amsyar memandangnya. Naik segan pula dia. Jangan la merah muka nie.

"Wahh, ada orang blushing lah! Comel!"usik Amsyar. Dia tergelak bila Rish gelabah tutup pipinya pakai tangan.

"Malu la tu," tambah Amsyar lagi. Akibat terlalu malu bercampur geram, pantas jari Rish mengetam lengan Amsyar. Terjerit Amsyar apabila menerima cubitan berbisa dari Rish.

"Aduh, aduh. Sayang! Sakit tauu," kata Amsyar dengan suara yang digedikkan. Sengaja dia memanggil Rish sayang. Nak mengusik.

"Abah awak sayang! Tumbuk nak?"kata Rish sambil mangacah-acah hendak menumbuk. Belum sempat Amsyar membalas ada satu suara lain yang menyampuk.

"Kalau ye pun nak bermesra, bersweet, jangan depan rumah aku wooii.. Geli tekak aku dengar."tegur Ain. Rish dan Amsyar sudah terkelu. Aduh malunya. Amsyar la nie punya pasal. Kalau tak sebab dia lambat, aku tak datang dan takkan suruh dia ambik aku dekat rumah Ain. Ye la, kalau sekarang nie Amsyar jemput aku kat rumah mama papa, kang jadi kontroversi pulak. Kalau awal subuh tadi tak apa la juga, sebab gelap dan mama papanya belum bangun atau pun belum keluar dari bilik. Tapi, bila masa Ain ada kat sini? Bukan tadi dekat dalam ke?

"Bila masa kitaorang bersweet? Tu lah lain kali jangan menyampuk, nanti kena sampuk tau," nafi Rish.

"Dekat padang penuh semalu, dah, tak payah nak tutup malu." Ain menayangkan muka bangga kerana dapat menyakat Rish.

"Dekat laut banyak piranah, berdosa tau fitnah!" Ain dijeling Rish.

"Pergi kedai jumpa eton, sampai bila korang nak berpantun?"soal Amsyar sambil memandang Rish dan perempuan yang menegur mereka tadi silih berganti. Ain berdeham.

"Tak nak kenalkan aku dengan bf kau ke Rish?"

"Abah kau! Mana ada. Dia bukan bf aku ok? Kawan je. Btw Ain nie Amsyar. Amsyar nie Ain,kawan baik saya."

"Aku ketuk kepala tuh baru tahu. Abah aku kat kubur lah! So nama dia Amsyar? Hmm nice name." Ain tersengih melihat jelingan Rish.

"Dah la layan dia nie sampai besok pagi tak habis. Jom la pergi," kata Rish sambil membonceng motor Amsyar. Amsyar tersenyum kepada Ain sebelum berlalu pergi.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now