Bab 2

13.6K 438 8
                                    


"Wow wow, siapa buat miss Qairisha kita berangin nie?"

Soalan yang keluar dari mulut rakannya itu mengundang jelingan maut Qairisha.

"Lek la Rish. Apasal dengan kau nie? Bulan mengambang ke apa?" Soal Rina.

"Banyak lah kau punya bulan mengambang. Aku baru habis kelmarin," jawab Rish dengan muka yang tegang.

"Dah tuh? Kalau tak period asal naik angin nie?"

"Geram! Tadi masa lunch ada sorang mamat nie langgar aku. Maaf semua tak ada tahu-tahu nak menyembur orang. Lepas tuh kata aku tak ada adab. Sakit betul hati!"rungut Rish.

"Sakit hati tuh tolak tepi dulu. Nie ada klien nak jumpa. Jangan nak tunjuk muka cemberut tu pulak,"pesan Rina kepada bosnya merangkap kawannya itu.

"Hah ok. Aku tahu la. Aku ke kau yang bos nie,"kata Rish sambil menjulingkan mata ke atas.

"Kau lah bos tapi tak salahkan ingat mengingati"

"Hmm yela, dah aku gerak dulu"

Qairisha terus melangkah meninggalkan setiausaha merangkap kawannya itu dan berlalu ke ruangan kerjanya untuk berjumpa klien yang akan berurusan dengannya. Rish & Sarah's Boutique yang telah terbina dengan titik peluh Qairisha sendiri mula berkembang dengan maju. Pakaian yang direka dari butiknya itu juga dieksport ke luar negara dan mendapat sambutan.

"Hi and good afternoon. I'm Miss Nur Aliya Qairisha, the owner of Risha & Sarah's boutique,"sapa Rish kepada kliennya. Mereka bersalaman dan duduk berbincang selama dua jam.

"Thank you for your cooperation Miss Susan," kata Rish kepada kliennya

"You're welcome. I hope we can work together in the future again," kata Susan sambil tersenyum sebelum melangkah keluar dari ruang kerja Rish. Sebaik sahaja kliennya keluar, dia mengeluh kepenatan. Matanya kini tertancap kepada bingkai gambar yang terletak elok di atas mejanya. Dia merenung lama gambar itu.

"Aku rindu kau," kata Rish pada gambar itu. Air mata yang bertakung diseka dengan hujung jari sebelum dia mengemas barangnya untuk pulang. Rish singgah sebentar ke tempat kegemarannya bersama insan yang dirinduinya dahulu. Setiap kenangan bersama mula terlayar di mata. Rish menarik nafas dalam dan menghembuskannya dengan kasar sebelum melangkah pergi.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now