Bab 5

10.3K 353 11
                                    


Amsyar terlewat bangun pagi itu. Dia segera mengambil tuala dan berlalu ke bilik mandi. Haih nie semua sebab melepak malam tadi lah nie, kata Amsyar sendiri. Amsyar yang gelabah terus mencapai sahaja tshirt berkolar dan langsung disarung ke tubuh. Jaket yang tersangkut elok dipenyangkut bersebelahan dengan almari turut disambar. Beg galas yang sentiasa dibawa semasa bekerja terus dicampak ke dalam raga motor. Dia terus memecut laju motornya untuk ke tempat kerjanya.

Dummmm

Tanpa diduga, bahagian belakang motor yang dibawa Amsyar mendapat ciuman daripada sebuah kereta mini cooper yang berwarna hitam berbelang putih.
WHAT THE HECK! Carut Amsyar di dalam hati. Apasal lah suwe betul nasib aku hari ni, keluh hati Amsyar sambil mendirikan (?)(paham sendiri la klu motor dh terbabas msti nk tegakkan dia balik en?) motornya yang sudah landing di atas jalan raya. Betul lah kata orang malang memang tidak berbau. Kalau berbau awal-awal aku dah elak.

Rish sudah tergamam. Oh my god! Bukan salah aku kan?soal Rish dengan diri sendiri. Dia yang laju tadi kan? So bukan salah aku lah kan?sambung Rish.
Rish keluar dari kereta dan berpeluk tubuh melihat Amsyar yang membelakanginya.

"Awak pakai lesen kopi o (palsu) ke apa?"soal Rish sinis.

Mengelegak amarah yang cuba ditahan Amsyar sebaik sahaja mendengar kata-kata sinis yang kuar dari mulut tuan kereta yang melanggarnya. Dia  memusingkan tubuh untuk melihat empunya suara yang biadap itu.

"Excuse me? Kau yang langgar aku, nak cakap aku pakai lesen kopi o? What the hell!" amuk amsyar.

"Kalau awak tak pakai lesen palsu, takkan jadi macam nie," kata Rish sambil menjeling. Amsyar membuka helmet yang dipakai manakala Rish membuka cermin mata hitamnya. Buat seketika mereka tergamam.

"Kauu??"

"Awak??"

Sebut mereka serentak. Serta merta terlayar semula pertemuan pertama mereka di restaurant tiga minggu lepas.

"Patutlah biadap semacam. Kau rupanya."

"Eh, sorry sikit. Awak yang biadap!"

"Heh, perempuan kau reti tengok cermin tak?"soal Amsyar sinis.

Rish mengaru kepala yang tidak gatal. Apa kena mengena dengan cermin pulaj nie?soal Rish dalam hati.

" mesti lah reti. Apasal?"jawab Rish angkuh.

"Bagus lah kalau reti, pergi ambik cermin yang besar kedabak, cermin diri sebelum nak cakap orang!"kata Amsyar sambil mendengus. Rish tergamam. Dia sindir aku ke? Ishh, kenapa lah datang blur aku tadi masa dia tanya pandai tengok cermin ke tak. Sia-sia je kena sindir.

"Ewah-ewah sedap mulut je nak bambu orang kan? Awak tuh yang merempit atas jalan. Jangan nak salah kan saya pulak eh,"

"Arghh! Shit lah! Aku dah lambat! Kau punya pasal lah nie perempuan!"marah Amsyar apabila melihat nama bos singanya yang sedang menghubungi telefonnya. Amsyar terus naik ke atas motornya dan memecut laju ke pejabat. Setibanya dia di pejabat, suara bos singanya terus memetir.

"Apa kau ingat office nie bapak kau punya ke?"jerkah Cik Amirah a.k.a. boss singa.

"Eh Cik Mira, selamat pagi," tegur Amsyar sopan.

"Pagi hatok kau! Dah tengah hari dah! Kau pergi mana? Surat-surat nie sape nak hantar?"sembur si singa dengan muka yang cemberut.

"Eh eleh bos, aku lambat pun surat sampai je. Nie Am tau. Jaguh lumba. Kejap je sampai la surat tuh."

"Menjawab je kau. Apasal lambat?"soal Mira dengan nada yang mula kendur. Memang tidak dapat disangkal, walau selewat mana pun Amsyar datang ke pejabat, surat yang harus di hantar ke syarikat lain sampai tepat pada masanya. Maklumlah Amsyarkan dispatch yang berdedikasi.

"Aku accident la boss. Ada minah wayar putus langgar. Sakit betul hati aku. Maaf semua tak ada. Gaduh dengan dia la tadi, sebab tuh lambat," terang Amsyar panjang lebar.

"Habis? Kau ok tak? Dah pergi klinik?"soal Mira cemas. Ye, sangat cemas. Mana taknya crush kesayangan accident you.

"Mana sempat. Terus gerak sini tadi sebab boss dah call"

"Pergi klinik, check. Lepas tuh baru hantar semua surat tuh," kata Amirah dan terus masuk ke ruang kerjanya.

"Haih, untungnya orang tuh jadi kesayangan boss," sakat Irfan.

"Kau diam lah. Baik kau cari first aid ke ada faedahnya. Tangan aku pedih nie,"balas Amsyar sambil membelek sikunya yang luka. Adoi jahanam dah jaket aku, haihh..suwe betul lah, keluh Am dalam hati apabila melihat jaketnya koyak di bahagian siku. Irfan datang menghampiri Am yang sedang duduk di pantry sambil membelek sikunya. First aid diletakkan di atas meja.

"Pelik aku dengan kau," ujar Irfan nemecah kesunyian.

"Pelik asal pulak?"soal Am hairan.

"Pelik lah. Kenapa kau nak kerja dekat sini? Jadi dispatch lak tuh. Gaji berapa je pun. Baik kau kerja dengan.." Amsyar pantas memotong ayat yang ingin keluar dari mulut Irfan.

"Kau kecoh asal? Tak payah nak cakap kat sini. Aku tak nak orang tahu. Kalau ada pekerja lain dengar macam mana?"

Siku yang luka sudah dicuci dan diletakkan ubat sebelum menampal pembalut luka (handy plus eh benda tuh? Tah xreti aku nak eja)

"Relek la kita je yang ada kat sini. Kau tak teringin ke nak kerja dengan papa kau? Sah-sah terus dapat pangkat tinggi. Bayangkan lah eh Muhammad Amsyar Rayyan Bin Dato' Muhammad Al-Amin Ceo A&A holding. Fuh, poket tebal weh."kata Irfan sambil tangannya tergerak-gerak diudara.

"Gelabah monyet lah kau. Simpan je la angan-angan kau nak tengok aku pakai blazer korporat macam tuh, sebab menang tak akan tercapai," kata Am sambil menekan sedikit suaranya apabila menyebut frasa tak akan. Irfan hanya mengeleng dan menjongketkan bahu. Dia tahu kenapa Amsyar kata begitu. Namun, sebagai seorang sahabat, dia ingin melihat Amsyar gembira dan berbahagia.


Sorry la kalau agak hambar cerita saya nie dan sorry la kalau typo. Kalau ada typo pephm sndiri la eh..tkt bnyk typo sbb mata berat sgt nk terbuka. Srs ngntokk sampai fon kt tngn jtuh ats muka sndiri.. So...

Selamat malam
Sweet dreams

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now