Bab 15

7.9K 301 11
                                    

Rish memandu keretanya tanpa hala tuju. Air mata yang mengalir dengan deras dibiar sahaja. Dia perlu tenangkan hati dan perasaannya. Setelah puas memandu tanpa hala tuju, akhirnya dia memandu keretanya ke tasik. Keretanya diparking dengan cermat. Dia melangkah keluar dari kereta dan menuju kearah tasik. Dia mencari bangku kosong untuk diduduk. Setelah puas mencari akhirnya dapat juga dia bangku kosong. Dia memerhati sekeliling. Dia dapat melihat ramai pengunjung yang berada disitu walaupun hari sudah mahu menjelang malam. Matanya tertancap ke arah sebuah keluarga yang berada tidak jauh darinya. Dia memerhati dengan penuh perasaan. Dia dapat lihat bagaimana si anak yang gembira berada di sisi ibu bapanya. Mereka saling gelak ketawa dan bergurau senda. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang sangat bahagia. Rish mula terasa cemburu. Ye, cemburu. Dulu suatu ketika, keluarganya sangat bahagia, namun segalanya berubah apabila mamanya bertindak mengahwinkan kakak kembarnya. Air matanya terus menitis bagai awan yang menurunkan hujan. Dia tersedu sedan sendiri. Dia merindui Sarah. Merindui keluarganya yang bahagia suatu ketika dahulu. Sejak pemergian Sarah, Rish mula berubah, dari seorang yang periang, ceria, peramah dan menghormati orang tuanya dia berubah menjadi seorang yang kasar, keras kepala, pemarah, bengis dan biadab. Dia juga jarang meluangkan masa dengan keluarganya.

Dari kejauhan ada sepasang mata yang memerhatikan Rish. Dia tersenyum walaupun pelik melihat Rish yang menangis. Dia mula menghampiri Rish.

"Nah tisu. Lap air mata tu. Buruk benor mukanya."

Rish menoleh dan melihat insan yang menghulurkan tisu itu. Dia menyambut huluran tisu itu dan lap air matanya yang mengalir deras. Insan itu terus duduk di sebelah Rish.

"Kau apasal nangis?"soal Am.

"Nothing."

"Aku tanya ni jawab la. Aku tanya elok-elok sepatah je kau balas." Mencerlung mata Amsyar melihat Rish.

"Perlu ke saya jawab? Saya pun bukan kenal awak sangat pun," kata Rish sambil tersenyum sinis.

"Kitakan kawan? Remember? So kalau ada masalah cerita je la. Apasal kau nangis? Baik kau cakap. Kau nangis apasal? Ada orang kacau lagi ke?"soal Amsyar macam machine gun.

"Tak la. Saya nangis sebab saya rindu seseorang." Amsyar mengerutkan dahi. Seseorang? Boyfriend ke? Dia dah ada boyfriend ke? Tolong lah bukan boyfriend.

"Rindu call lah. Nie mesti rindu bf kan?" Ehh, apahal aku cakap macam tuh. Aduh bodoh kau Am. Kang dia pikir kau busybody macam mana? Am terkejut apabila Rish tergelak.

"Kenapa gelak?"

"Tak. Cuma kelakar. Terbayang kalau call orang tu. Hahaha. Dia dah meninggal lah. Macam mana nak call? Btw orang yang saya rindu tu kakak saya. Saya tak ada masa nak bercinta dan nak berindu-rinduan nie semua." Amsyar meng'oh'kan saje. Kakak rupanya yang kau rindu. Nasib baik. Ada lagi peluang aku.

"Aku faham perasaan kau. Aku pun rindukan seseorang yang amat aku sayangi. Sama macam kau. Kalau rindu tak boleh call."


"Ouh. Siapa dia tu? Tunang? Girlfriend? Abang? Kakak? Isteri?" Jika tadi Amsyar yang bertanya macam machine gun,sekarang Rish pula yang bertanya bertubi-tubi macam machine gun.

"Mama."  Rish tergamam. Kesiannya. Dia dah tak ada mama. Aku ada mama tapi buat mama macam tak wujud.

"Dulu aku rapat dengan mama. Mama house wife. Papa busy. So memang banyak masa aku habiskan dengan mama. Mama penyayang orangnya. Kalau marah pun kejap je lepas tu mama pujuk aku balik. Kalau hujung minggu tak buat apa mama ajak aku buat kek sama-sama." Cerita Amsyar tanpa dipinta. Dia mengukir senyum kecil. Mungkin teringatkan mamanya. Dari matanya Rish tahu Amsyar menanggung rasa rindu dan sedih yang menggunung.

"Puas dah tenung aku?"soal Amsyar.

"Eh mana ada. Hah sambung la pasal mama awak."pinta Rish. Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

"Asal sebok? Perlu ke aku cerita. Aku pun bukan kenal kau sangat," balas Amsyar dengan menyengih. Saja dia meniru ayat Rish.

"Tak nak cerita sudah." Amsyar tergelak. Nada suara Rish seakan-akan orang merajuk.

"Ala, jangan merajuk. Ok aku cerita. Mama aku suka buatkan aku kek chocolate sebab tu cake fav aku. Mama selalu kan cium pipi aku sebelum aku tidur. Baju aku semua mama siapkan. Kuku aku pun mama aku yang potong. Haha. Manjakan aku?"

"Tu bukan manja. Terlebih manja. Yulks! Anak mak eh awak nie?"

"Memang la aku anak mak aku. Mak aku yang lahirkan aku. Takkan aku anak orang lain pulak. Suka hati la kalau anak mak pun. Pernah dengar tak orang cakap 'jangan ejek or gelakkan lelaki yang anak mak. Sebab siapa yang jadi isteri dia untung. Kalau dia boleh jaga mak dia dengan baik. Tak mustahil dia jaga isteri dia macam dia jaga mak dia' hah. Penah dengar? Nie mesti tak pernah dengar. Sedih betul life kau kan," balas Amsyar sambil menjelirkan lidah. Membulat mata Rish memandang Amsyar sebelum mereka sama-sama tergelak.

"Lawak lah awak. Pikir comel lah jelir lidah macam tuh?"soal Rish sambil mengangkat kedua-dua kening.

"Memang comel pun. Muka aku baby face tau."

"Abah awak baby face! Muka macam tapir ada lah." Rish menjulingkan matanya sambil menuturkan ayat itu. Amsyar tergelak senang dengan tingkah Rish. Comel.

"Kalau muka aku macam tapir. Muka kau macam isteri tapir. Wekkkk," kata Amsyar sambil menjelirkan lidah. Dia pantas bangun dan berlari. Rish segera mengejar Amsyar dan menghayun-hayun kan beg tangannya untuk memukul Amsyar. Dia cakap aku isteri tapir. Wuu, jahat betul.

"Aduh, ok sorry. Jangan la. Sakit," rengek Amsyar apabila badannya dilibas dengan handbag Rish.

"Padan muka. Kata saya isteri tapir lagi."

"Dah kau cakap muka aku macam tapir. Kau kena la jadi isteri tapir," kata Amsyar bersahaja. Rish terdiam. Cuba mencerna ayat yang dituturkan lelaki di depannya ini. Dia tapir, aku isteri tapir? Maksudnya? Rish membulatkan mata apabila sudah dapat mencerna.

"Tak hinggin saya jadi isteri awak!"

"Eh perasan. Bila aku cakap kau kena jadi bini aku?"soal Amsyar sambil menampal senyuman nakal dimuka. Dia menjongket-jongketkan keningnya beberapa kali.

"Tadi yang awak cakap tu? Kalau awak tapir saya kena jadi isteri tapir tu apa?"

"Bukan aku sorang je tapir. Belambak tapir kat zoo. Kau tu isteri tapir kat zoo tu. Bukan aku. Aku tapir comel menarik kau memang debom tau. Lain dengan tapir zoo. Hahahaha," sakat Amsyar. Suka dia mengusik wanita dihadapannya ini. Bila dengan wanita ini hatinya seolah-olah berbunga-bunga bagaikan di taman bunga. Tak semena-mena satu cubitan hinggap diperutnya.

"Ouch! Sakit la sayang. Kalau ye pun nak bermanja. Jangan la cubit," selamba Amsyar menuturkan ayat itu. Sengaja dia hendak menguji Rish. Muka Rish terus merah akibat malu dipanggil sayang oleh mahluk tuhan yang bergelar lelaki.

"Er.. Er..s..sii..siapa sayang awak? Please lah. Muka macam tenuk. Nak bersayang dengan saya pulak." Aduh Rish, yang kau gagap apasal? Malunyaa. Rish terus menolehkan mukanya ke arah lain. Malu dia apabila mukanya menjadi tatapan Amsyar.

"Dah la saya nak balik. Dah nak maghrib dah nie. Bye," kata Rish lalu berlari ke keretanya.

"Hati-hati bawak kereta sayang!"jerit Amsyar kepada Rish. Rish menayangkan penumbuk kepada Amsyar. Malu woi, ramai orang pandang. Enjin kereta segera dihidupkan dan meluncur pergi meninggalkan tasik itu.

Hai guys..nah saya update. Hope you guys enjoy. Please vote and keep reading my novel. Thanks sbb sudi view dan vote. Syg awak semua..muaahh.. Ok la nite.. Mata dah berat..babaiii..

P/s : please abaikan sgala typo

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now