Bab 21

7.3K 272 14
                                    

Rish mengeluh. Kalau tidak kerana esok dia perlu ikut Amsyar, dia tidak akan berada di depan rumah orang tuanya ini. Dia terus menuju ke rumah ini dari mall. Dia buntu. Nak masuk ke tak? Hmm. Masuk je la. Perlahan-lahan Rish melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya. Kereta dia parkir di luar rumah. Dia balik pun hendak mengambil baju, dan barangnya sahaja. Dia akan berpindah ke rumah Ain sementara sebelum berpindah masuk ke tumah barunya. Perlahan kaki diatur menuju ke tangga untuk naik ke bilik.

"Mummy? Mummy ke tu?" Langkah kaki Rish terhenti apabila terdengar Mia memanggilnya. Dia menoleh ke belakang. Dia tersenyum melihat anak buahnya yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Ye sayang. Mummy nie. Sayang, mummy nak minta maaf pasal..." Belum sempat dia menghabiskan kata Mia memotong percakapannya.

"No, Mia yang patut minta maaf. Tok ma, tok pa dengan uncle Ri dah jelaskan dekat Mia. Mia minta maaf sebab marahkan mummy." Mia terus memeluk Rish erat. Dia merindui mummynya itu. Sudah beberapa hari mummynya tidak pulang ke rumah. Rish tersenyum senang. Lega hatinya apabila Mia telah dapat terima kenyataan yang ibu kandungnya telah tiada.

"Shhh. Don't cry. Mummy sayang Mia." Pipi Mia dikucupnya bertalu-talu. Kepala Mia diusap.

"Mia sayang, jangan kasi tahu tok ma dan tok pa yang mummy balik tau. Mummy balik nie pun kejap je. Mummy nak pack baju dan barang mummy je."

"Mummy nak pergi mana? Jangan tinggal Mia."

"Mummy nak pindah sayang. Don't worry, mummy takkan tinggalkan Mia. Tiap pagi mummy akan jemput Mia dari rumah hantar ke tadika, balik tadika mummy ambik Mia. Petang balik rumah tok ma balik ok?"

Mia tercebik-cebik menahan tangis.

"Siapa nak teman Mia malam-malam? Siapa nak teman Mia buat homework? Jangan la pindah mummy."

"Betul tu Rish. Jangan la pindah. Please sayang. Mama janji takkan bangkitkan isu 5 tahun lepas lagi. Please Rish. Mama merayu sangat-sangat," sampuk Datin Alisya yang dari tadi hanya mendengar perbualan Rish dan Mia. Rish memandang mamanya lama. Teringat kembali nasihat Ain dan pesanan Sarah sebelum Sarah pergi. Dia mengeluh.

"Ok. Mummy tak pindah," kata Rish lembut sambil mengusap-usap kepala Mia. Mia mengukir senyuman manis. Mummynya dipeluk erat. Dia sudah tiada ibu kandung. Mummynya yang menjaganya selama ini. Dia tidak mahu kehilangan mummy, penganti mamanya. Rish meleraikan pelukan. Dia memandang Mia lama dan berfikir.

"Mia nak tak jalan-jalan dengan mummy?"soal Rish.

"Nak! Nak! Jalan mana mummy?" Membulat mata si kecik itu. Teruja barangkali. Bukan selalu dia dapat berjalan-jalan dengan mummynya itu. Mummy selalu busy dengan butiknya. Kadang kala mummynya tidur di butik. Rish tersenyum.

"Kita pergi jalan kat tasik nak? Petang nanti mummy bawa. Lepas asar tau. Sebab sekarang tengah hari. Panas."

"Ok mummy." Mia tersengih suka. Rish tersenyum. Lama dia tatap muka Mia. Mia mirip Sarah. I miss you Sarah,bisik hati Rish. Rish menyambung langkahnya ke bilik. Sebelum masuk ke biliknya, dia masuk ke bilik Arwah Sarah. Dia tersenyum pahit apabila terkenangkan kenangannya bersama arwah Sarah. Air mata mula bertakung. Akhirnya kolam matanya pecah. Dari tangisan kecil bertukar kepada esakkan. Bahunya terhinjut-hinjut. Perlahan dia melangkah ke arah katil. Katil dipanjat. Anak patung kesayangan milik kakak kembarnya yang terletak elok di atas katil pula didakap. Dia tersenyum. Anak patung itu hadiah yang diberikannya kepada kakak kembarnya itu.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now