Bab 50

7.3K 218 20
                                    

Haii  guyss.. rindu x MLQ? sape rindu sila komen laju2 utk chapter nie ok? jgn lupa doakan sis.. Semoga siti aishah, author MLQ dpt jwb trial dan SPM sebenar dngn cemerlang.. Amin ya Rabb.

"NUR ALIYAH QAISARAH!!!"

Gulp.. 

Kenapa macam kenal je suara yang menyeru. Memang la kenal tu suara bapak kau, abang kau dan seorang lagi.. Ehhhh?? Baru aku perasan tiga orang seru nama aku serentak dan yang ketiga tu kenapa suara macam familiar eh?? Perlahan-lahan Rish bangun dari pembaringan dan menoleh ke arah suara-suara yang menyeru namanya sebentar tadi. OH MY GOD!!

AMSYAR??Tu AMSYAR?? Like seriously??

 Aku mimpi ke ni? Kalau mimpi tolong kejutkan aku. tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri lagi memalukan nie! Mama!! Malunyaa!! Malunyaa!! Malunyaa!! Nak bakar muka nie boleh tak? Malu yang amat nie..Mama!! Nak nangis! Malunyaa!! Apa aku dah buat nie?? Rishhh!!! Kau baru lepas malukan diri sendiri depan Amsyar tau tak?? AMSYAR!! Jatuh saham wei! Ya Allah! Apa aku dah buat nie??

"Err.. Amsyar? Awak buat apa dekat rumah saya? Kenapa tak beritahu nak datang?"

Rish sudah mengaru-garuka  kepalanya yang tidak gatal. Ya Allah, sumpah malu giler sekarang nie. Alahaii depan bakal mak dan ayah mertua kau tunjuk perangai buruk Rish. Alahaiii.. mesti diaorang tak berkenan nak buat aku jadi menantu dah kalau rupa macam nie. Hmm.. Sis reda je la nak.

"Sini ikut saya. Sebelum tu cuci muka awak tu dulu." Amsyar menayangkan wajah yang teramatlah serious khas buat bakal isterinya yang tidak berapa nak semenggah perangainya itu. Rish mengangguk akur dan berjalan ke biliknya. Make up remover dicapai dan ditonyoh ke muka. Alahaii.. payah pulak make up ni nak tanggal. Rish menyumpah seranah diri sendiri sambil tangan laju menonyoh muka agar segala make up dapat ditanggalkan. Setelah memastikan mukanya bersih, Rish terua turun dan menghampiri Amsyar.

"Assalammualaikum,"tegur Rish dengan sopan.

"Waalaikumsalam. Hah lawa pun muka tu." Amsyar menjeling kekasih hatinya.

"Saya memang lawa apa."

"Haah. Tadi tu lawa sangat. Muka macam jembalang sesat je."

Rish menyengih dan membuat simbol peace. Hehe..

"Apa sengih-sengih. Awak ni dah kenapa make muka buruk sangat depan papa mama saya. Lepas tu buat perangai tak semenggah pergi mengelupur mengalahkan orang kena sawan babi tu dah kenapa?"

"Err.. saya..saya..."

"Saya, saya, apa dia? Tak payah nak gagap sangat eh?"

"Ishh. Jangan la marah-marah. Menyampah tau. Saya buay semua tu pun pasal awak!" Rish merengus dan memberikan jelingan maut buat Amsyar.

"Hmm ye la. Saya tak marah. Hah cakap cepat kenapa?"

"Saya buat tu sebab takut kena kahwin paksa. Saya mana la tahu yang datang tu awak. Saya takut je. Salah ke saya buat macam tu? Awak pun satu. Nak datang lain kali tu bagi la tahu."

"What? Saya dah call, mesej, whatsapp tapi satu pun awak tak balas. Awak buat tak tahu je. Lepas tu phone off. Salah saya ke?"

"Memang salah awak pun! Awak halau saya balik masa polis dua ekor tu nak bawak awak ke balai tu dah kenapa? Saya nak dengar penjelasan awak pun tak sempat. Awak fikir saya tak malu ke kena halau dengan awak depan pekerja awak? Nak pulak saya dah la mengaku saya isteri awak sebab nak jumpa dengan awak. Kenapa awak takut sangat nak cakap dengan saya? Jenayah apa yang awak buat?"  Muka paling menjengkelkan ditayangkan kepada Amsyar. Hah ambik kau Amsyar. Sekali dia soal macam jet. 

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now