Bab 29

5.9K 222 2
                                    

Amsyar tersenyum. Yea, hari ini dia akan memulakan misinya untuk memikat hati pujaan hatinya seperti yang disarankan Qhusyairi. Jambangan bunga yang baru dibeli ditatap. Dia melangkah ke butik Rish.

"Ye encik ada apa-apa yang dapat saya bantu?"soal pekerja Rish, Siti.

"Bos awak dah masuk?"

"Cik Qairisha ke?" Amsyar memandang Siti lama.

"Awak ada bos lain ke?"

"Err.. Tak ada."

"Dah tu? Mesti lah Cik Qairisha." Hish! Sarkastik betul mamat nie. Kalau aku dah siku baru tahu,maki Siti didalam hati.

"Err.. Cik Qairisha ada tapi.."

"Tapii?" Ish mamat nie, tak reti nak sabar ke? Aku tumbuk karang baru tahu. Menyampuk je kerja. Siti sudah menarik muka.

"Tapi dia nak bersendirian. Dia tak nak diganggu." Amsyar menganggukkan kepalanya.

"Boleh tak saya nak naik? Saya nak jumpa dia."

"Tapii.."

"Please. Urgent. Awak tunjuk je mana pejabat dia. Please." Siti memandang lama wajah Amsyar. Bunga yang dipegang Amsyar menjadi perhatian Siti. Hmm, pakwe bos kot. Nie mesti bos tengah merajuk patutlah asyik duduk dalam pejabat dia je.

"Okay. Tapi.. Kalau Cik Qairisha marah?"

"Saya janji dia tak kan marah awak. Please." Sekali lagi Amsyar merayu. Siti mengangguk dan menunjukkan ruang pejabat bosnya. Amsyar tersenyum.

"Thanks." Amsyar berjalan ke arah pintu bilik Rish. Dia menarik nafas. Dia mengetuk pintu bilik Rish diketuk.

"Masuk." Terdengar suara Rish menjerit dari dalam. Sekali lagi Amsyar mengetuk pintu bilik Rish.

"Masuk." Sekali lagi Rish menjerit dari dalam. Sudah dua kali Rish menjerit. Gerangan yang mengetuk pintu itu tidak pun masuk malah makin kerap mengetuk pintu. Kesabaran Rish mula menipis. Dia terus bangun dan bergerak ke pintu. Mendengar derap kaki Rish yang melangkah ke pintu. Cepat-cepat Amsyar meletakkan bunga di depan pintu pejabat Rish dan terus dia bersembunyi. Pintu dibuka Rish dengan kasar. Rish mengaru kepalanya yang tidak gatal. Tak ada siapa pun. Rish mengangkat bahu. Dia ingin menutup pintu, tiba-tiba matanya tertancap kepada sejambak bunga di depan pintunya. Tangannya terus mengangkat jambangan bunga itu. Bunga rose! Bunga kesukaannya. Hidungnya terus menghidu bau bunga itu. Wangi. Terus sahaja senyuman terlakar dibibirnya. Tanpa Rish sedar, Amsyar memerhatikannya. Senyuman terus menghiasi wajah Amsyar. Semoga rancangan aku berjalan lancar. Qairisha one day you'll be mine! No matter what. You are mine!

Haii..sorry pendek je.. Hari ni sis asyik mengantuk je. Tido je. Pastu ptg keluar jalan pulak. Idea pulam tak banyak yg dtg. So ini je mampu. Hope you guys like it. Drop your comment ok? Thankss..


Aliya QairishaWhere stories live. Discover now