Special Chapt

8.5K 200 7
                                    

Amsyar tersenyum melihat wajah gembira isterinya.

"Bie buat semua ni? Seriously?"

"Yes sayang."

"Thank you bie. I love it!"

Rish memeluk suami erat. Sungguh dia tidak menyangka yang suaminya akan membuat kejutan sempena hari lahirnya yang ke dua puluh lapan. Dia fikir suaminya tidak ingat kerana satu hari suaminya keluar dan tidak mengucapkan apa-apa. Tidak pernah pula sepanjang mereka tinggal di rumah mama Amsyar keluar begitu saja. Sangat tak sangka Amsyar seharian di rumah mereka dan membuat semua ini.

Bilik tidur mereka yang dihias cantik dipandang lagi. Kejutan yang Amsyar buat sangat menyentuh hatinya. Dinding bilik itu dihias dengan gambar Rish yang diambil menggunakan polaroid. Gambar-gambar Rish yang pelbagai gaya itu digantung dengan menggunakan tali berlampu.

"Belum habis lagi tau kejutannya sayang."

Rish menoleh ke arah Amsyar.

"Belum habis?"

"Haah."

"Ada lagi ke?"

Amsyar hanya mengangguk. Badan Rish dipusingkan menghadap suatu sudut. Rish terus menutup mulutnya.

"Oh may god! Bie!" Rish memandang Amsyar. Dia memeluk suaminya sekali lagi.

Dia sangat terharu. Ada lagi rupanya gambar dia yang diprint bersaiz polaroid. Cuma kali ini gambarnya ditampalkan ke dinding berbentuk hati. Di tengah bentuk hati itu terdapat tulisan.

"I love you to the moon and back sayang." Amsyar mengucapkan ayat yang ditulis di tengah bentuk hati itu.

Air mata Rish terus menitis.

"I love you more than you do husband."

Amsyar memeluk Rish. Namun suasana menjadi gamat dan haru biru apabila secara tiba-tiba Rish menjerit.
"Arghh.. Bie! Sakit!"

Cuak Amsyar mendengarnya.

"Huh? Sayang nak delivery dah ke?"

"Tak tahu! Arghh!! Bie sakit!" Rish terus mencengkam tangan Amsyar kuat. Ya Allah sakitnya.

"Sayang sakitlah. Jangan lah cengkam tangan bie."

"Sayang sakitlah! Bie tahu apa. Sakit sayang lagi sakit daripada sakit sayang cengkam tangan bie."

"Arghh!" Amsyar terus mendukung isterinya. Kelam kabut dia mendudukkan isterinya di kereta. Dia terus memecut keretanya ke hospital.

"Bie! Sakit! Nak keluar ni. Bawak lah laju sikit!"

Masya Allah. Amsyar mengurut dadanya. Terkejut! Mahunya tak terkejut kalau tiba-tiba isterinya disebelah ini menjerit.

"Sabar sekejap. Nak sampai dah."

Sampai sahaja di hospital Rish terus dimasukkan ke ward bersalin. Keluarga Amsyar dan Rish sudah sampai ke hospital. Mereka menunggu Rish melahirkan. Amsyar sudah ikut masuk ke dalam ward bersalin untuk menemani Rish.

"Bie sakit."

"Shh.. Bie tahu sayang kuat. Sayang boleh."

"Puan push lagi ye. Kepala baby dah nampak dah ni," ujar doktor yang bertugas. Mujur juga ada doktor perempuan, jika tidak Amsyar sendiri yang akan sambut anaknya.

"Arghhh.. Arghhh.. Ya Allah sakitnya. Arghhhh!!" Rish meneran dengan payah. Sakitnya tak tertahan. Rasa nak putus pinggang aku. Sakit ni lagi sakit daripada period pain aku setiap bulan tu.

"Puan sikit lagi."

Rish meneran dengan sisa tenaga yang dia ada. Akhirnya lahirlah seorang cahaya mata Rish dan Amsyar.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now