Bab 4

10.7K 386 14
                                    


"The winner is... Amsyar!"

Semua orang bertepuk tangan dan bersorak untuk Amsyar.

"Congrat la Am," kata zack sambil memeluk Amsyar.

"Caya lah!"kata Irfan sambil menumbuk bahu Amsyar. Amsyar tersengih macam kerang busuk apabila mendapat sorakkan dan pujian.


"Well. Malas nk riak, tapi.. Ni Am la."ujar Am dengan bangga sambil mencuit hidung sendiri menggunakan ibu jari.

"Laju gile kau bawak. Nasib tak tergolek masa kat selekoh tadi."

"Well Fan, aku malas nak ulang dua tiga kali. Tapi nie Am kan? Nak lumba skill kena hebat, strategi biar bijak," ujar Am sambil memeluk bahu Irfan.

"Nie yang malas cakap dengan kau. Sikit, sikit well. Sikit, sikit 'nie Am la' menyampah kau tahu?"jeling Irfan sebaik sahaja habis menuturkan baris ayat itu. Am terus ketawa terbahak-bahak mendengar ayat yang dituturkan Irfan.

"Kali nie kau menang,"kata Roy sambil mencampakkan satu sampul yang tebal berisi duit RM3000 tunai ke dada Amsyar,kemudian  menolak seorang perempuan berpakaian ketat dan seksi ke arah Amsyar. Perempuan yang hampir jatuh itu sempat disambut oleh Amsyar.

"Chill lah, yang main campak duit dengan pempuan nie apasal?"soal Am dengan kening yang terangkat.

"Tak puas hati cakap," sampuk Irfan selaku bff dan pembela tegar Amsyar.

"Kau diam!"balas Roy sambil menunding jari telunjuk ke wajah Irfan.

"Kau apasal? Tak boleh terima kenyataan? Ok kalau kau tak boleh terima kenyataan kita race lagi sekali. Tapi kalau aku menang kau kena bayar aku lagi la. Kalau aku kalah duit kau nie aku pulang balik. Amacam?"kata Am sambil berpeluk tubuh.

"Kalau rasa anak jantan, ada telur, race la lagi sekali," provoke Zack.

"Kurang ajarkan kau!"amuk Roy lantas mencengkam leher baju Zack. Semua orang mula bersorak melihat pergaduhan yang bakal berlaku.  Amsyar dan Irfan terus bertindak. Amsyar menarik tubuh Roy manakala Irfan menenangkan Zack yang hendak membalas serangan Roy.

"Kau blah sebelum aku buat kau mati pucuk. Blah!"halau Amsyar dalam seloroh. Semua tertawa mendengar seloroh Amsyar. Roy terus pergi meninggalkan tempat itu dengan mendengus.

"Jom balik. Esok kerja," kata Amsyar kepada Irfan sambil menghidupkan enjin motornya. Amsyar mengerutkan dahi apabila terperasankan seorang perempuan mungkin dalam lingkungan 20 tahun.

"Kau nak apa nie?"soal Am kepada gadis itu.

"Emm.. Emm.."

"Gagap ke apa? Muka je cun tapi gagap," sinis ayat yang keluar dari mulut Amsyar.

"Tak! Tak, saya tak gagap. Sebenarnya macam mana saya nak balik? Awak..."

"Sorry to say, but aku bukan jenis laki keparat, race, menang nak bohsia. Tak eh. Tak,"pantas Amsyar memotong cakap gadis itu.

"Datang pandai,balik tak tahu. Lain kali jangan percaya sangat dengan lelaki. Lagi-lagi dengan mat rempit keparat macam Roy tuh. Lain lah kalau aku, mat rempit beriman,"bebel Amsyar kepada gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum kelat.

"Sempat lagi tuh masuk bakul angkat sendiri. Puih. Beriman la sangattt," perli Irfan.

"Memang aku beriman apa. Solat, puasa tak tinggal. Zakat aku bayar," bangkang Amsyar sambil menjongketkan kening.

"Whatever. Pempuan nie macam mana?"soal Irfan.

"Umur kau berapa?"soal Amsyar kepada gadis itu.

" 19 tahun"

"Tak sambung study?" Soalan Amsyar menyebabkan wajah gadis yang berada di depannya itu menjadi mendung. Gadis itu mengeleng.

"Saya tak mampu. Mak ayah saya miskin. Saya kerja di mall je," kata gadis itu sambil menahan air matanya.

"Habis tuh, kau datang sini kerje jugak ke?"sampuk Irfan.

"Bukan. Saya tak tahu pun Roy nak jadikan saya..." Belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, Amsyar lantas memotong.

"Nah kau ambik duit nie. Nie je mampu aku tolong. Ingat pesan aku, jangan mudah percaya lelaki."

Irfan dan gadis itu memandang Amsyar seperti tidak percaya.

"Dah tak payah nak pandang aku macam tuh sangat. Irfan kau hantar dia balik. Aku penat nie. Hantar dia elok-elok, jangan nak macam-macam," arah Amsyar dan terus memecut laju meninggalkan tempat itu.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now