Bab 24

6.8K 253 9
                                    

Amsyar mematikan enjin motornya dan memarkingkan motornya didalam deretan motor yang ada. Rish turun dari motor dan perbuatannya diikuti Amsyar.

"Kita breakfast dulu kat sini sementara menunggu yang lain," jelas Amsyar apabila Rish menayangkan riak wajah terpinga-pinga.

"Ouh. Fikir dah sampai PD tadi. Pelik juga tak sampai 10 minit takkan dah sampai" Amsyar tergelak sebelum masuk ke dalam restaurant beriringan dengan Rish.

"Hah, datang pun raja lambat."tegur satu suara apabila dia dan Amsyar menghampiri kumpulan manusia yang sudah sedia ditempat duduk mereka. Meja dan kerusi yang disusun secara memanjang disediakan dengan mencukupi bagi semua yang terlibat. Amsyar menyengih. Dia dan Rish duduk dihujung meja memandangkan mereka orang yang paling lambat.

"Liya awak ke tu? What are you doing here?" Sapa satu suara. Suara itu cukup Rish kenal memandangkan hanya insan itu yang memanggilnya Liya. Amsyar memandang Hariz yang duduk selang empat kerusi didepannya. Dia menayangkan wajah pelik. Liya? Apasal dia panggil Rish Liya? Rish menunduk dan tidak memberi respon. Aduh, apasal mamat nie pun ade. Sumpah menyesal ikut Amsyar nie.

"Liya, Riz tahu tu Liya. Riz tak silap orang kan?"soal Hariz. Semua yang ada disitu juga sudah memandang pelik. Amsyar berdeham. Rish terpaksa mengangkat muka. Wajah Amsyar dipandang. Amsyar mengangkat sebelah keningnya kepada Rish.

"Ye, kau tak salah orang. Please don't call me Liya. Call me Rish."

"Kenal dia ke?"soal Amsyar. Suaranya kedengaran sedikit dingin.

"Kenal. Dia dulu satu universiti dengan saya. Tu je, awak jangan la marah eh?"jawab Rish dengan nada suara yang manja. Tangan Amsyar dipaut. Wajah comel ditayangkan kepada Amsyar. Wait, kau dah hilang akal ke Rish? Argh, persetankan. Yang penting sekarang, aku tak nak si malaun yang sibuk panggil aku Liya tu kacau aku. Amsyar tergamam. Rish peluk lengan aku beb. And, Rish pakai kau-aku je dengan jantan tuh? Wah rasa macam beruntung pulak sebab Rish pakai saya-awak dengan aku. Hariz terus mendiamkan diri selepas itu. Panas pula hati dia tengok Rish peluk lengan Amsyar. Semua yang ada disitu mula bersorak melihat Rish memeluk lengan Amsyar. Usikkan-usikkan juga turut kedengaran.

"Rish, saya Mia Adriana, nie Nadia Nasuha, yang mulut becok sorang nie Aishah Raihana." Mia yang duduk dihadapan Rish memperkenalkan dirinya serta kawannya yang duduk disisinya kepada Rish. Rish mengangguk dan bersalam dengan mereka.

"Nice to meet you all. Saya Qairisha. Just call me Rish." Mereka mangangguk dan tersenyum.

"Memang awak semua selalu ikut diaorg nie konvoi ke?"tanya Rish ramah.

"Nope. Kekadang je. Kitaorg semua nie kalau ikut bila free je tak pun kalau bf kitaorg tuh bersungguh sangat nak kitaorg ikut."jawab Nasuha. Rish menganggukkan kepala. Ramai juga kaun hawa yang ikut. Ada lah dalam 20 orang. Tapi yang sudi berborak dan bertegur sapa dengan Rish hanya la tiga sekawan nie.

"Rish hati-hati tau," ujar Mia.

"Kenapa?"

"Sebab perempuan yang ade kat sana tuh semua peminat Am. Diaorg tuh dapat ikut pun sebab jadi skandal kawan-kawan Am," sampuk Nasuha.

"Tadi Mia cakap Aishah nie becok. Tapi nie diam je," kata Rish seraya menukar topik perbualan. Rasa macam seram pula nak cakap pasal fans si Amsyar tu.

"Maunya tak diam. Tengok la dia melantak macam jin," kutuk Mia selamba. Membulat mata Aishah mendengar kutukan itu.

"Kurang ajar kau en? Tumbuk nak?"marah Aishah. Mereka tergelak. Namun keadaan menjadi sunyi apabila Amsyar yang pergi ke tandas sudah kembali.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now