Bab 11

8.8K 324 21
                                    

"Rish lunch jom." Ajakkan Rina membuatkan Rish mengerling jam tangannya sekilas. Dah masuk waktu lunch rupanya. Terlalu leka dengan baju-baju di butiknya sehingga tidak sedar dah masuk waktu lunch.

"Kau pergi la dulu. Aku nak gantung baju-baju nie dulu."

"Apa guna ada pekerja Rish? Kejap lagi pandai la Siti dengan Balqis tu gantung baju rekaan terbaru kau tu. Tak pun,tu hah Aisyah ada. Relek sudah." Tergeleng-geleng Rina dibuatnya. Melihat Rish yang seakan-akan tidak mahu berganjak,pantas Rina menarik tangannya.

"Okay, okay. Aku ambik hand bag jap." Rina tersenyum puas apabila Rish mengalah. Heh nie Rina tau, selagi tak dapat apa yang aku nak selagi tu aku try sampai dapat.

"Okay jom."

Dari kejauhan Amsyar sudah nampak Rish melangkah keluar dari butik beriringan dengan seorang perempuan. Kawan dia la kot, kata hati kecil Am. Dia segera melangkah ke arah butik itu apabila melihat kereta Rish bergerak meninggalkan tempat tersebut. Tanpa membuang masa Amsyar terus masuk ke dalam  butik dan melangkah ke kaunter.

"Maaf encik, ada apa-apa yang dapat saya bantu?"soal pekerja yang berada di situ.

"Saya nak berjumpa dengan owner butik ni. Dia ada tak?"tanya Amsyar kepada pekerja itu walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Maaf, Cik Qairisha dah keluar lunch dengan Cik Rina. Ada apa-apa pesanan yang and encik nak saya sampaikan?" Soal Aisyah lalu mengerling jam di tangan. Aduh mamat nie, muka je hencem tapi akal tarak. Tak reti tengok jam gamaknya sekarang masa untuk lunch. Aku dah lapar nie. Cepatlah beredar. Nak nak makan nie, bebel Aisyah dalam hati.

"Ouh, kalau macam tu boleh tak awak kasi saya phone number dia? Saya fikir nak buat tempahan baju untuk pre wedding kakak saya," bohong Amsyar. Tolong la kasi. Please, please.

"Hmm, kalau nak buat tempahan biasanya Cik Qairisha prefer buat temu janji sebab lagi senang face to face untuk bincang design baju and so on."

"Alamak, saya memang rushing nie. Minggu nie jadual saya padat kalau nak buat temu janji. Please bagi number phone dia. Kakak saya memang nak sangat tempah baju dengan Cik Qairisha," rayu Amsyar. Aisyah sudah mengaru kepala melihat Amsyar. Jam di tangan dikerling. Aduh, nak bagi ke tak eh? Aisyah masih berkira-kira mahu bagi atau tidak. Oleh kerana perut sudah membuat persembahan rock kapak, akhirnya dia bagi sahaja phone number bossnya. Amsyar tersenyum puas apabila sudah mendapat nombor Qairisha. Dia segera beredar setelah mengucapkan terima kasih kepada pekerja Qairisha yang sudah berjasa kepadanya.


"You're late," kata Irfan sebaik sahaja Amsyar melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengannya.

"Sorry, ada hal sikit tadi. Hah cepat la order. Lapar nie," kata Amsyar bersahaja kepada kawannya itu. Sejurus selepas itu pelayan dipanggil untuk mengambil order.

"Ada hal,ada hal. Kau dari pagi tadi cakap ada hal. Hal apa?"soal Irfan curiga.

"Aip, marah ke? Alololo bucuk-bucuk sayang. Jangan la marah. Buruk muka kau yang dah sememangnya buruk tu. Puih."

"Jijik aku dengar kau cakap sayang. And, mulut tu jaga sikit eh. Suka hati tok nenek kau je cakap muka aku buruk." Jelingan maut turut diberikan kepada Amsyar sebaik sahaja ayat itu dituturkan.

"Dah macam gaya awek merajuk aku tengok kau. Kau dah apahal. Period ke hape?"

"Kau nie, mulut tak ada insurans la. Kalau orang dengar nanti fikir aku ni dua alam pulak. Haish. Jatuh la saham aku."

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now