Bab 12

8.5K 305 4
                                    

"Woi! Kau dah apasal? Balik dari lunch tadi asyik termenung je."

Rish tersentak dari lamunannya. Dia mengurut dadanya akibat terkejut.

"Kau nie! Terkejut aku," marah Rish sambil menjeling.

"Dah tu kau asyik termenung je apa kes?"

"Tak ada apa lah," jawab Rish acuh tak acuh.

"Lantak hang la Rish oiii."

Rish menyambung aktiviti termenungnya. Dia pelik. Dari mana Amsyar dapat number phone dia? Err.. Tak faham aku dengan mamat poyo tu. Sekali lagi lamunan Rish tersentak apabila telefonnya berbunyi. Aplikasi WhatsAppnya yang berbunyi.

Mamat poyo sedunia :
Wat pe tu woi?

Me:
Awak sebok apasal?

Mamat poyo sedunia :
Amboi. Garang nampak?

Me :
Mana awak dapat number sy? Baik ckp cepat!😡

Mamat poyo sedunia :
Klu aku bg tau kau nk buat apa?

Me :
Tk buat pe. Just nak tahu je.

Mamat poyo sedunia :
Ok. Aku ckp tapi dengan syarat.

Me :
Apa dia?

Mamat poyo sedunia :
Kluar ngn aku😉

Me :
What??

Mamat poyo sedunia :
Up to you. Nk tahu ikt aku kuar. Klu xnk ikt duk diam². Xyh nk tnya aku mana aku no. kau

WHAT THE HECK!! mamat nie apasal? Haihhhh!! Serabut aku. Aku mengosok-gosok kepala kasar. Haih, kusut dah rambut aku. Dari aku melayan mamat gile tuh baik aku buat design untuk baju terbaru aku. Arghhh!! Serabut. Kertas yang ke-30 digumpal dicampak kebawah meja kerjanya. Ish! Tak boleh aku nak cari idea kalau serabut macam nie. Rish mengambil keputusan untuk lepak dengan pekerjanya. Dia melangkah keluar dari ruang kerjanya dengan rambut yang serabut.

"Err.. Cik Rish ok ke?"soal Balqis.

"Haah. Boss ok ke tak nie. Macam serabut je saya tengok," tambah Siti.

"Haah, serabut sikit. Ada mamat gila mana tah kacau. Tak ada kerja mesej,ws saya," keluh Rish. Aisyah tergamam mendengarnya. Mamat gila? Mamat tadi ke?soal hati Aisyah sambil dia mengaru kepala yang tidak gatal.

"Err..boss," pangil Aisyah perlahan. Rish memandang muka Aisyah yang kelihatan sedikit pucat.

"Yes?"

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now