Bab 42

6.3K 191 20
                                    

Rish termenung. Lagu yang terpasang di laptopnya diulang berkali-kali. Syukur Rish bila dia mendapat hidayah sejak sebulan yang lalu untuk berubah dan menutup aurat dengan sempurna dari yang Esa walaupun hanya menerusi lagu. Lagu nyanyian Mawi, Hazama dan seorang lagi yang tidak diketahui namanya, Annura, telah mengetuk hatinya untuk berubah. Rish mencapai telefon bimbitnya. Galeri dibuka. Hmm.. Wajah Amsyar ditatap. Rindunya pada Amsyar semakin menebal selepas pertemuan di taman tempoh hari. Hmm apakah khabarnya disana? Maafkan saya Amsyar. Saya terpaksa. Keluhan berat dilepaskan. Mengenangkan ugutan Hariz dia terpaksa menyakiti hati Amsyar bahkan merobek jiwa raga lelaki itu. Rish beristighfar. Tak baik mengeluh.

                   ********

Diari milik Rish ditelek Amsyar buat kali ke berapa pun tak tahu. Pertemuan yang tidak disengajakan di taman tempoh hari membuatkan Amsyar keliru. Luahan perasaan Rish yang mengatakan bahawa wanita itu merendui dirinya berkali-kali dibaca. Tarikh luahan itu dicoretkan ke dalam diari itu juga diperiksa semula. Tarikhnya baru lagi. Tapi kenapa Rish beriak sebaliknya dari apa yang dicoretkan ke dalam diari. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Rish. Pasti! Tapi apakah perkara yang mengganggu fikiran Rish? Persoalan itu terus bermain diminda Amsyar. Fikir Amsyar. Fikir. Kau kena lakukan sesuatu. Amsyar memandang jam. Pukul 2 dah? Ehh jap!! Aku ada temujanji laaa!! Amsyar terus mencapai telefon bimbitnya dan bergegas keluar dari bilik.

"Am nak pergi mana?" Amsyar menoleh ke arah suara itu.

"Eh papa. Am nk keluar kejap. Pergi dulu ye papa." Amsyar terus menghidupkan enjin keretanya dan meluncur pergi.

                 ***********

Rish tersenyum senang. Wajah tampan itu dipandang lagi buat sekian kalinya.

"Kenapa senyum tak habis dari tadi?" Rish hanya mengeleng mendengar pertanyaan si tampan.

"Kalau tak ada apa-apa kenapa senyum sampai telinga?" Rish tergelak.

"Senyum pun tak boleh ke?"

"Boleh tapi pelik je." Si tampan merenung Rish lama sebelum memeluk erat tubuh langsing itu. Muka Rish membahang. Malu dipeluk begitu.

"Saya senyum sebab suka tengok bunga-bunga yang kembang mewangi di taman nie."

"Senyum sebab tengok bunga ke sebab suka saya date dengan awak?"

"Eii, perasan la awak nie. Dah la. Sana. Saya nak tengok bunga dekat sana." Si jejaka tampan itu hanya tersenyum. Suka dia melihat kesayangannya gembira. Dia terus mengejar Rish dan mengusik wanita itu. Maka bermula la wayang seperti dalam cerita hindustand dimana si hero berkejar-kejaran dengan si herion sambil diiringi lagu-lagu indah dan jiwang yang mampu membuat anda muntah hijau serta terburai isi perut.

Ayokk..siapakah jejaka tampan ituuu??? Habis la amsyar rish dh ada pkwe baruu.. Ehh lupa lakk nk bg salam. Assalammualaikum dan haii guyss..Sorry lama xupdate.
Busy la sygg.. Hope you guys suka ok. Jgn lupa vote n comment tau.. btw doakan sis. Minggu nie sis exammm..huhuhu.. ok byee...

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now