Bab 53

7.4K 200 3
                                    

Aku yang berada disisi Amsyar tersenyum senang menghantar tetamu yang sudah mahu beransur pulang dari majlis kecil ini ke pagar rumah. Ye lah penat woo dari pagi lagi aku dah berdiri sambut tetamu dan senyum je. Fikir aku senyum ni tak penat? Ni pun senyum nak tak nak je. Seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui aku, Amsyar, mama dan papa dari kedua-dua belah pihak, kami telah sepakat hendak mengadakan kenduri kecil-kecillan di rumah aku, dua hari selepas pernikahan kami.

Tiada persandingan dan tetamu yang diundang pula hanya saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Mujur tiada mulut jahat yang mengata dan mengumpat mengapa aku dan Amsyar bernikah secara terburu-buru, ya lah tak ada angin tak ada ribut tup tup menikah. Khamis nikah, kendurinya ahad.

Kau boleh bayang tak macam mana kelam-kabutnya kami nak tempah katering? Mujur ada juga katering yang sudi mengambil tempahan. Aku ada juga bertanya kepada Amsyar mengapa, tapi soalan aku sering dibiar sepi. Jadi boleh bayang tak macam mana aku nak hadap kalau ada yang bertanya kenapa nikah cepat sangat dekat aku?

"Bie, sekarang dah pukul berapa?"

Amsyar mengerling jam tangannya sekilas sebelum memandang aku dengan senyuman yang cukup miang.

"Dah kenapa pandang macam tu? Orang tanya nie, sekarang dah pukul berapa?"

"Kenapa tanya? Lama lagi la sayang nak tunggu malam."

"Choi! Otak dia.. Ishh.. Pikir orang tanya sebab nak tunggu berapa jam lagi nak malam ke?"

"Mana lah tahu...kan??"Amsyar meleret-leretkan suaranya dan terus menjongket-jongketkan keningnya dengan sengihan yang cukup buat aku rasa meluat.. Aku membalas sengihannya dengan senyuman paling jahat sebelum tangan aku laju mengetip dan mengetam perutnya yang berotot itu.

"Auch!! Sayang! Sakit la."

"Tahu sakit? Hah otak tu lain kali cuba cuci pakai clorox eh."

"Hmm..Yoo lahh.. Garang betul. Gurau pun tak boleh. Huh!" Wajah yang masam mengalahkan asam jawa ditayangkan oleh Amsyar buat aku. Amboi. Kemain tarik muka mamat nie.

"Tak payah nak masam dan muncung bibir sangat ye abang sayangg. Siapa suruh awak tu tak malu sangat. Kang kalau orang lain dengar macam mana? Tak malu ke?"

"Ehem. Gatalnya sampai tak sabar nak tunggu malam. Bawak-bawak la istighfar sikit Am."

Aku dan Amsyar terus menoleh. Ya Allah, kenapa masin mulut aku nie. Malunya kena tegur dengan papa Amsyar. Hah menjawab lah awak seorang ye suamiku sayang. I nak jadi patung je sekarang. Malu woo. Habis bahang muka aku.

"Err.. Pa..pa.. hehehe..Err..Am saja je nak sakat Rish. Gurau-gurau kasih sayang gitu. Boleh mengeratkan hubungan suami isteri." Hah hambik kau Amsyar. Tadi sakan kacau bini, sekarang tergagap nak jawab dekat bapak sendiri.

"Hmm..Macam-macam. Hah ni papa dan ibu nak balik dah. Ingat pesan papa, jaga isteri baik-baik. Jangan lukakan hati dia, kalau ada masalah cerita dengan Rish. Jangan simpan sendiri."

"Hah dengar tu papa cakap."

"Eii mak cik seekor ni, menyampuk je." Amsyar menayangkan muka menyampah buat aku.

"Papa, tengok tu.."

"Am.."

"All right papa. Yee Amsyar ingat pesan papa," potong Amsyar pantas sebelum papanya memberikan pesanan buat sekali lagi. Haih. Ni siapa menantu siapa anak betul papa ni? Amboi bini aku ni kemain mengadu dekat bapak mertua. Aku menayangkan wajah tanpa perasaan apabila Rish tersenggih sampai kembang kempis lubang hidung. Bangga la tu bapak mertua jadi geng? Heh. Siap la hang sat lagi. Amsyar terus bersalaman dengan papa dan ibunya. Perbuatannya turut diikuti oleh isterinya.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now