Bab 59

6.8K 176 8
                                    

"Ok line clear."

Jeff terus mendekati pagar utama rumah banglo tiga tingkat itu dan mula memanjat. Roy memerhati keadaan sekeliling turut melakukan perkara yang sama.

Pintu utama rumah itu terus dikuak setelah berjaya dibuka menggunakan dawai kecil. Mereka terus menuju ke bilik insan sasaran mereka. Jeff tersenyum lebar melihat figura yang sedang lena di atas katil bersaiz king itu tidur sendirian.

"Roy kau ikat kaki dia. Aku ikat tangan dia."

Roy hanya mengangguk.

"Apa korang buat ni. Lepaskan aku!"

Jeff terus menekup mulut wanita itu.

"Terjaga ye? Sorry ganggu kau," ujar Jeff dengan sinis.

"Lepaskan aku binatang!" Rish cuba meronta tetapi tangan dan kakinya sudah terikat. Dia terjaga pun kerana terasa perit dipergelangan tangan dan kakinya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia celik wajah Jeff yang tersembul.

"Shh.. Jangan bising." Jeff cuba mengelus pipi kanan Rish usai berkata tetapi Rish mengelak dengan mengelengkan kepalanya ke kiri.

"Roy kasi kain yang aku suruh kau bawa tadi." Jeff menghulurkan tangannya buat Roy sambil meminta.

Roy memberikan kain tersebut buat Jeff sebelum menghampiri Rish.

"Lawanya body kau. Tak sabar aku nak makan. Grrrr.." ucap Roy buat Rish sambil matanya menerawang ke setiap inci tubuh badan Rish.

"Dalam mimpi pun kau tak akan pernah dapat sentuh aku!" marah Rish. Dadanya berombak kencang. Amsyar, tolong saya!

"Kau nampak tak kain ni? Hah kain ni fungsinya nak tutup mulut kau!" Usai berkata Jeff terus menyumbat masuk kain tuala kecil miliknya ke dalam mulut Rish.

"Hah kan dah senyap sikit." Jeff ketawa apabila melihat Keadaan Rish.
"Weh serius lawa dia ni. Sebiji macam bini kau dulu."

Jeff tersengih mendengar kata Roy.

"Of course la sama. Diaorg berdua kan kembar."

"Haah la. Lupa pula."

"Dah. Jom blah before suami dia balik. Karang suami dia balik mati kita." Jeff terus mengangkat Rish dan diletakkan ke atas bahunya.

Pagar utama rumah itu terus dibuka dengan menggunakan kunci milik Rish agar mereka dapat keluar dengan mudah. Tak kan mereka nak kena panjat pagar lagi dengan Rish kan?

Badan Rish terus dicampak ke tempat duduk belakang sebaik sahaja Jeff mendapatkan keretanya. Dia terus memandu kereta itu ke rumah milik Roy.

"Roy angkat dia pula. Aku nak masuk dulu."

Roy hanya menganggukkan kepala buat Jeff menandakan dia mendengar. Roy terus mengendong Rish kemudian dicampakkan ke atas sofa ruang tamu.

'Kurang ajar betul main campak-campak aku. Daripada tadi lagi. Fikir aku ni apa?' Rish mengomel dalam hati sambil matanya menjeling Roy.

"Auch. Jeff dia main jeling-jeling la." Roy merapati Rish yang terlentang di atas sofa.

"Sayang janganlah jeling-jeling. You buat I tergoda tau," kata Roy sambil tangannya sibuk mengelus pipi Rish.

"Roy sabar-sabar dulu. Kau boleh rasa perempuan ni anytime sebab dia dengan kita."

"Apa pula kau ni Jeff. Bila aku boleh rasa dia? Kau jangan nak cari pasal pula dengan aku Jeff." Roy memandang Jeff dengan riak tidak puas hati.

"Chill. Sekarang kita kena bawak dia jauh dari sini. Kita kena buat back up plan."

"Apasal pula? Dah la. Kau jangan semak. Aku nak rasa perempuan ni."

Jeff terus menghalang perbuatan Roy. Rish yang gelisah sejak tadi menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya aku selamat selagi ada Jeff.

"Kau dah kenapa Jeff?" Roy sudah melenting apabila Jeff menghalang perbuatannya.

"Kau boleh pakai akal sekejap tak? Kau fikir suami dia boleh diam je kalau bini dia hilang?"

"Maksud kau? Kau nak cakap si Amsyar tu akan cari kita? Releks sudah. Dia tak akan dapat cari kita dalam masa terdekat."

"Kenapa kau boleh yakin dia tak dapat cari kita?" Jeff menyoal Roy yang kelihatan sungguh yakin.

"Of course dia tak dapat cari kita sebab isteri dia baru je hilang. So maksudnya dia pun mesti tengah pening sekarang dan tengah cari klu siapa yang culik isteri dia."

"Secara tidak langsung dia pun baru nak cari maklumat kita like mana kita sorok and so on. So dia tak akan dapat cari punya. Don't worry," sambung Roy lagi. Jeff terdiam dan mula berfikir.

"Hmm betul juga kau cakap tu."

"So boleh tak aku rasa minah ni?" soal Roy bagi mendapat keizinan Jeff.

"Suka hati kau lah." Roy tersenyum. Dia merapati Rish semula. Dia mula menindih badan Rish.

No, no, no!  Hell no. Rish sudah gelisah. Ya Allah lindungilah aku. Rish meronta-ronta. Dia cuba untuk menolak Roy yang berada di atasnya. Namun kudratnya tidak dapat melawan kudrat Roy yang jauh lebih kuat.

Roy tersenyum melihat Rish yang sedang meronta. Dia mula menanggalkan pakaiannya. Rish sudah tidak keruan. Ya Allah bantu aku.

*****

Amsyar dan Qhusyairi terus memasuki gudang milik salah seorang rakan kepada Amsyar, iaitu markas mereka untuk berbincang. Amsyar bersalaman dengan rakan-rakannya yang bakal menjayakan misi mereka. Qhusyairi kemudiannya turut melakukan hal yang sama dengan Amsyar.

"So macam mana?" Amsyar menyoal sambil memerhatikan rakan-rakannya. Kesemuaanya ada sepuluh orang termasuk Amsyar dan Qhusyairi. 

"Menurut maklumat yang Qhusyairi bagi, memang dia tinggal dekat banglo tu," jawab Fazli.

"Bagus. So kita boleh proceed plan kita." Semua mengangguk mendengar kata Amsyar.

"Ok semua dengar ye. Kita akan pergi banglo tu esok malam. Zack, Arif, Fazli, Zul dan Afiq korang jaga pintu belakang dengan squad aku. Aku dan yang lain pula jaga pintu depan."

Alif berjeda seketika sebelum menyambung penerangannya.

"Sebahagian squad aku yang jaga pintu depan dan belakang akan serbu masuk ke dalam banglo tu. Korang tunggu luar dulu. Biar pihak polis yang masuk. Kalau ada apa-apa aku akan panggil."

"Why not kita serbu malam ni je?" Soalan yang diutarakan oleh Amsyar menyebabkan semua memandang Alif bagi menanti keputusan polis muda itu.

"Sabar. Tak perlu tergesa-gesa Am. Kita ikut je dulu plan Alif." Qhusyairi memberikan pandangan.

"Tapi aku rasa macam tak sedap hati la Ri." Amsyar menyatakan perasaannya. Semua yang ada di situ saling berpandangan. Menanti kata sepakat.

.
.
.
.
.

Haii nah sis update. Sorry lewat. Jgn lupa comment n vote ok👌

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now