Bab 30

6.6K 215 9
                                    

"Siti, Aisyah dan Balqis awak semua tahu tak atau nampak tak siapa yang kasi saya bunga nie?"

Siti dah terdiam. Err. Nak cakap ke tak eh? Nak cakap ke tak? Cakap, tak, cakap, tak, cakap, tak,cakap!

"Err.. Cik Qairisha, tadi ada lelaki datang. Dia nak jumpa cik, tapi saya cakap cik tak nak diganggu. Lepas tu..." Siti membiarkan ayatnya tergantung. Risau dia hendak menyambung.

"Lepas tu apa?" Kening Rish sudah terjongket sebelah.

"Lepas tu..." Seketika ayat Siti tergantung bila telefon bimbit milik Rish berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Terus Rish membaca mesej itu.

Unknown :
Hai, do you like it?

Berkerut seribu dahi Rish membacanya. Siapa pula nie?

Me :
Sorry? Who are you and what are you talking about?

Unknown :
I'm your prince charming and I talking about the rose. So do you like it?

Me :
So awk la yg bg bunga tu? Awk siapa? And saya tk suka pun!

Unknown :
Tak yah nak menafikan. Saya nmpk awk snyum dn hidu bunga tu😝😝😝

Me :
Awk nmpk? Awk dkt mana?

Rish memandang sekeliling. Macam mana dia boleh nmpk?

Unknown :
Sy dkt hati awaakk

Me :
The hell? Mls nak layan.

Rish terus naik ke pejabatnya. Butiknya diuruskan tiga orang pekerjanya itu. Rina pula cuti. Bunga dipegang. Dihidu lagi. Serta merta dia teringat malam dimana Amsyar meluah perasaan buatnya. Terdetik perasaan rindu di hati. Amsyar yang selalu mencari pasal dengan, yang selalu menaikkan darahnya, yang baik dengannya dan yang selalu menolongnya. Rindunya. Sejak dia ignore segala call, mesej dan whatsapp Amsyar dua hari yang lepas, Amsyar tidak lagi menghubunginya. Apa yang mamat tu tengah buat sekarang ek? Mamat tu patah hati ke aku ignore dia? Hmm, I'm sorry Amsyar. Bukan saya tak sudi, tapi hati ini masih belum terbuka. Telefon bimbit dipandang. Dia membuka galeri. Terpancul gambar-gambarnya bersama Mia and the gang dan Amsyar. Fikirannya mula melayang teringatkan kenangan mereka di Port Dickson.

"Cepat lah Rish. Ala satu gambar jee." Mia masih tidak berputus asa memujuknya agar mengambil gambar dengan Amsyar. Naik sahaja dia ke darat setelah hampir sepetang dia dan Amsuar berenang, mereka berempat, Mia, Nasuha, Aishah dan Qhusyairi tak habis-habis menyuruh dia bergambar dengan Amsyar. Sedegil-degil Rish, degil lagi Mia. Nak tak hendak dia terpaksa juga menurut. Dari satu gambar melarat-larat pula sampai ke berapa pun Rish tak tahu.

"Nice. You guys sesuai berdua. Lagi-lagi bawah sunset. Awww, cantik sangat." Rish menjuling matanya ke atas tanda menyampah tapi dalam hati? Tuhan je yang tahu bagaimana malunya dia. Tapi dalam masa yang sama berbunga pula. Wajah Amsyar yang memerah menjadi tatapan. Dia pun malu juga? Rish tersenyum. Comel dia malu.

Why can't you hold me in the street why can't you kiss me on the dance floor...

Ringtone telefon bimbit Rish menyedarkan dia dari lamunan panjangnya. Segera dia mengangkat pangilan tersebut.

"Hello?"

"Hello Liya, boleh kita jumpa?" Berkerut dahi Rish. Terus dia melihat nombor yang tertera di screen telefonnya. Private number. Tapi dia tahu pemilik nombor itu. Satu ketika dulu dia pernah menghafal nombor itu. Shit! Macam mana aku boleh lupa nak tengok dulu tadi.

"Liya, Liya are you there?"

"Yea, what you want?"

"Liya, please.. Bagi saya peluang. Saya nak jumpa."

"Boleh tak kau terima hakikat? We're over!"

"But.." Rish terus memutuskan talian. Keluhan berat dilepaskan. Gambar yang terpampang di screen telefonnya dipandang lama. Keluhan terlepas lagi dari mulutnya. Amsyar, I miss you...
Disisi lain..Shit! Arghh! Habis bertaburan barang yang ada di atas meja dicampak Hariz. Kurang ajar punya perempuan! I swear you will regret!

Hai guysss.. Okay tak? Sorry pendek.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now