Bab 49

6.6K 223 47
                                    

Haiii semua.. sila baca dari awl hingga akhir ok!! jgn skip nota cinta saya utk awk semua di akhir bab ni tau! saya tahu ramai je yg suka skip nota cinta yg author kasi bila dh abis bab.. mcm mna sy tahu? hah sbb kakak sy xsuka baca..hahahhahhaha..ok selamat membaca.. 

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.

Amsyar mengeluh. Sudah berpuluh kali dia menghubungi Rish, tetapi tidak dapat. Awak dekat mana Rish? 

"Hai Am, gelisah semacam je papa tengok sejak tadi. Ada apa-apa masalah ke?" soal Dato' Al-Amin apabila anak terunanya tidak berengang langsung dengan telefon bimbitnya. Entah siapa yang dia hubungi sejak tadi.

"Emm. Nothing pa." Amsyar mencuba sekali lagi. Dia menanti dengan sabar.

Tut..Tut...Tut..Tut..

Harap maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.

"What the....hell? Abah kau la tak dapat dihubungi!!" 

Dato Al-Amin mengurut dadanya. Terkejut dia dibuatnya apabila tiba-tiba Amsyar menjerkah. Riak wajah anaknya dipandang. Rasa ingin tahu membuak-buak di dalam hatinya.

"Kamu call siapa? Kenapa gelisah sangat nie? Cuba cerita dengan papa."

"Hmm. Kawan Am. Am call dia tak dapat-dapat, sejak Am balik dari balai semalam sampailah hari ni, dia tak angkat."

"Kawan? Lelaki ke? Eh kejap kalau lelaki Am nak risau macam ni kan? So of course perempuan. Betul tak?"

Amsyar hanya diam. Malu la beb. Depan bapak tunjuk yang aku risau macam orang mati bini. Dia terus berlalu. Kaki dibawa ke arah bilik. Haihh.. Mana Rish nie. Takkan merajuk kot? Alah alah, jangan la merajuk cik kak oiii!! Amsyar mengeluh. Kau la nie! Semalam dia nak cakap dengan kau, kau halau dia suruh balik. Sekarang tanggung. Rish, saya bukannya tak nak cakap dengan awak, tapi saya tak nak awak fikir bukan-bukan. Hmm.. Apa nak buat nie?

                       *******

Rish jaga dari tidurnya. Huarghh, mengantuknya. Hmm ini semua Amsyar punya pasal! Sebab dia lah aku stress sampai pergi maraton cerita Detective Conan dari malam ke pagi. IPhone 6+ yang terdampar di atas meja dicapai. Eh? Habis batery ke? Rish terus mengecas telefon bimbitnya. Tuala dicapai dan kaki dibawa ke bilik air. Selesai membersihkan badan, Rish terus menuju ke almari bajunya. Hmm nak pakai baju apa ye hari ni? 

Tok..Tok..Tokk..

"Emm.. Siapa?"

"Mia."

"Ouh. Masuk la Mia. Mummy tak kunci pintu."

"Mummy baru mandi ke?" soal Mia apabila melihat baju mandi tersarung dibadan mummynya.

"Yes honey. Mummy baru lepas mandi. Why?"

"Ouh.. Good then. Tok ma dan tok pa panggil turun. And before I forgot, tok ma pesan suruh mummy pakai baju kurung paling lawa mummy ada dan bertudung turun nanti."

Pakai baju kurung? Paling lawa? What's going on? Takkan nak duduk rumah nak kena pakai baju kurung kot? Buang tabiat ke apa mama aku nie? Putus fius gamaknya.

"Why?"

"Don't know. Tok ma just cakap ada tetamu je tadi. Bye. Mia turun dulu."

Ouh. I see. Ada tetamu rupanya. Rish termenung. Tetamu? Siapa? Wait! Pakai baju kurung paling lawa? Dah kenapa? Jangan cakap..... Rish mundar mandir di hadapan almarinya. Think Rish.. Think! Apa aku nak buat nie!! Rish meramas-ramas rambutnya. Arghh! Serabut! Dia menghempaskan tubuh ke atas katil. Matanya merenung jauh ke dalam syiling biliknya. Yes! I get it! Rish terus bangun dan melangkah semula ke almarinya. Baju kurung moden berwarna biru terus dicapai dan disarungkan ke badan. Meja solek yang terletak bersebelahan dengan alamarinya itu dihampiri. Tangannya pantas memainkan peranan. Wajah yang sudah canntiikk di make up dipandang lama. Wuu not bad huh? puji Rish pada diri sendiri. Selendang terus dililitkan dikepalanya. Selepas bersiap Rish  memerhatikan dirinya di hadapan cermin. Satu senyuman terukir diwajahnya. Sebelum berlalu meninggalkan bilik, Rish mencapai sebuah kotak yang terletak kemas di hujung sudut almarinya. Kotak dibuka dan isinya dibawah keluar. Setelah menggayakannya, Rish terus melangkah keluar dari biliknya dengan yakin. Ladies and gentleman.. Let's play the game! 

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now