Bab 6

9.5K 349 2
                                    


Rish mendengus kasar. Fikirannya serabut. Kejadian yang berlaku beberapa jam yang lepas terlayar kembali di ruang mindanya. Dia mengeluh. Apasal lah asyik berlanggar je dengan mamat tuh. Sakit betul hati aku. Balik-balik aku yang disemburnya, gumam Rish sendirian. Wajah putih bersih lelaki itu turut bermain di mata. Ish dah kenapa aku nie duk terbayang pulak. Bukan hensem pun. Eh betul ke tak hensem? Argh persetankan dia hensem ke tak yang penting kete aku dah calar balar dibuatnya,monolog Rish lagi. Rish terus mengambil kertas kosong dan pen yang berada di hujung meja kerjanya lalu melukis wajah jejaka tadi dengan hodohnya. Kemudian dicakar-cakar lukisan itu sambil membayangkan dia sedang mencakar muka lelaki itu sepuas-puasnya.

"Kau dah kenapa Rish?"soal Rina pelik apabila melihat rakannya itu seperti orang hilang pedoman.

"Tak ada apa-apa la. Kau masuk bilik aku nie kenapa?"

"Ouh, aku masuk nie sebab nak bagi tahu ada pelangan yang acah diva lagi gedik dan mengada nak jumpa kau. Dia cakap dia tak puas hati dengan baju yang dia nak sewa tuh," terang Rina. Rish mengeluh. Mood aku tengah tak ok lah ada yang nak buat aduan rakyat,bebel Rish dalan hati. Rish terus melangkah keluar dengan malas. Lambat-lambat Rish menghampiri seorang gadis yang sedang duduk membelakanginya.

"Hello, Miss Qairisha here. What can I help you?" Sebaik sahaja mendengar ada suara yang menegur, Dania terus berdiri dan berpusing untuk melihat tuan empunya suara.

"So you lah Nur Aliya Qairisha? Owner butik nie?"soal Dania sambil memandang Rish dari atas ke bawah.

" yes I'm. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"soal Rish sambil menayang senyuman plastik. Hai lah pempuan nie, kerek semacam dah kenapa? Muka kalau lawa sangat tak pe la jugak. Rambut pun karat. Sedih! Lawa aku lagi,kutuk Rish dalam hati.

"Nie hah,baju yang I nak sewa nie. Tak kena langsung dengan I. Lepas tuh corak dia tak menarik. I nak yang banyak labuci kat dada dan hujung dress," complaint Diana dengan gaya divanya. Rish cuba menyabarkan diri dan memberikan senyuman yang sangat tidak ikhlas.

"Kalau macam tuh, why not kalau awak pilih baju lain yang betul-betul kena dengan selera awak," kata Rish sambil tersenyum sinis semasa menekan sikit suaranya ketika menyebut perkataan kena. Amboi sesedap asam boi je dia nak komen macam-macam dekat baju aku. Apa dia fikir senang nak reka ke baju tuh?marah Rish dalam hati. Semua jenis sumpah seranah juga digunakan untuk menyumpah perempuan acah diva di depan matanya ini.

"No! I nak baju nie jugak. I nak you tambah labuci dia dan fit kan sikit I nak guna baju nie malam nie," arah Diana. Ok nie melampau. Dia nak sewa je tapi lagak dia macam dia nak beli je lepas tuh nak guna malam nie? Hilang akal ke apa minah nie? Fikir aku robot? Sempat agaknya, sumpah Rish lagi.

"Maaf lah cik. Kalau cik nak saya tambah labucinya dan fit kan baju tuh, cik kena beli la. Tak boleh sewa, dan sangat mustahil boleh siap hari ini juga memandangkan jam dinding saya pun dah menunjukkan hampir pukul 6 petang dimana pada waktu itu pekerja saya akan  berehat," kata Rish sesopan yang mungkin. Kalau tak, memang harus kepala minah depan aku nie dah kena pelangkung dengan aku.

"I nie customer tau. You patutnya ikut cakap customer. Lagi pun I bayar. Bukannya tak bayar," kata Dania sambil menjeling. Sabar Rish,sabar. Rish tersenyum sebelum menuturkan kata.

"Berapa banyak pun kau bayar, aku peduli apa? Tak payah nak berlagak diva sangat! Nak sewa baju buat cara nak sewa. Aku ke kau owner baju nie?"kata Rish dengan nada suara yang sudah mula naik. Pantas Rish merampas baju di tangan perempuan gedik itu sebelum menolak tubuhnya keluar dari butik. Kesabaran Rish sudah mula menipis. Mujur tiada pelangan lain di dalam butik itu melainkan pekerjanya. Rish terus menghempas pintu biliknya sebaik sahaja dia masuk ke dalam. Dia terus merebahkan badan di atas katil. Mujur saja ada bilik ni untuk dia melepaskan perasaan. Memang sengaja dia jadikan bilik ini sebagai bilik persendiriannya di tingkat ini. Butiknya besar seperti rumah teres. Tingkat atas dijadikan sebagai office memandangkan tingkat bawah merupakan butik. Di tingkat ini terdapat 4 buah bilik. Bilik yang pertama dijadikan sebagai bilik mesyuarat, bilik kedua dijadikan ruang kerjanya, bilik ketiga dijadikan bilik solat dan bilik rehat untuk pekerjanya manakala bilik yang keempat dijadikan bilik persendiriannya untuk berehat. Rish terus melelapkan mata bagi mengilangkan lelah dan terus hanyut dibuai mimpi.

Haii..tq kpd org² yang sudi view terutamanya kwn² sy yang rajin bce. Thanks sgt.. Jgn lupa vote eh..hehehehe...   😄😄

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now