Bab 44

6.4K 231 11
                                    

Siapa Jeff? Perhitungan apa yang dia nak buat? Hariz pula. Apa yang dia nak sebenarnya? Pelbagai persoalan mula bermain dimindanya. Aku kena cari tahu ni. Kena! Telefon dikeluarkan dari blazernya. Nombor seseorang didail.

"Hello?" Soal manusia yang berada di hujung talian.

"Hello, aku nie. Aku nak jumpa dengan kau petang nie. Nanti aku bagi location. Bye." Usai bercakap talian terus diputuskan.

               ********

"Bos tak nak balik ke? Dah nak maghrib dah nie." Teguran Siti mengejutkan Rish dari lamunannya.

"Hah Siti, jom la balik. Saya nak kemas barang saya sekejap." Usai mengemas barang peribadi miliknya, Rish dan Siti melangkah keluar dari butik bersama-sama. Rish masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Setelah 10 minit memanaskan enjin, kereta mini Coopernya mula membelah jalan raya. Seperti selalu, jalan sentiasa jammed pada waktu puncak begini. Memang menguji kesabaran betul.

Berikan cinta mu,
Juga sayang mu,
Percaya pada ku,
Ku kan menjagamu,
Hingga akhir waktu,
Menjemputku....

Ku berikan cinta ku,
Juga sayang ku,
Percaya pada ku,
Ku kan menjagamu,
Hingga akhir waktu,
Menjemput kuuuuu uuuhoooo..

Sejenak Rish tersentak. Lagu yang dimainkan diradio menyentuh hatinya. Amsyar awak apa khabar? Saya rindukan awak. Rish mengeluh. Tangannya mula menekan button radio untuk menukar siaran radio yang lain.

Apa agaknya khabarmu disana,
Disini ku sedang dibelengu rindu,
Beginilah rasa seksa perpisahan,
Sungguh anehnya hidup berasingan,
Hati terasa bagai tertinggal disitu,
Meski pun tubuh dah jauh beribu batu,
Sesaat seperti bertahun lamanya,
Semasa kau tiada.. apa yg terdaya..
Bila terasa rinduu,
Kusebut namamu,
Dalam harapan kau kan muncul,
Dalam tidur,
Bila terasa rindu,
Ku byg wajah mu.. dlm angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuhhh...

Air mata Rish terus berlinangan dengan deras. Macam kena je lagu ni dengan situasinya sekarang.

Ting!

Bunyi mesej yang masuk menarik perhatian Rish. Berkerut Rish membaca mesej dari nombor yang tidak dikenali itu.

Bukak radio hot fm sekarang! Cepatttt! Balas klu dah bukak.

Rish mengerutkan dahi tetapi tetap menurut. Mesej itu turut dibalas.

Hello siapa ditalian.

Suara dj radio yang bertugas memenuhi ruang kereta Rish. Dia mengerutkan dahi. Apa function orang yang mesej aku tadi suruh aku bukak kalau just nak dengar dj nie borak dengan pemanggil? Hmm. Sekali sekala dengar luahan orang dekat slot dedikasi radio nie tak salahkan Rish?

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now