Bab 40

6.4K 218 11
                                    

Rish mengerling jam dipergelangan tangannya. Alamak! Dah lambat. Habis aku nanti. Mia mesti merajuk punya. Aduh, aduh. Hish, kalau tak disebabkan klien dia yang cerewet tuh dia dah sampai dah sekolah Mia sekarang nie. Langkah yang diatur Rish sangat kelam kabut sehingga tidak sempat nak toleh kiri kanan depan belakang. Hand bag diselongkar untuk mencari telefon miliknya. Maka....

Kedebush....

Rish jatuh bagaikan nangka busuk. Aduh apasal lah cuai sangat Rish! Figura itu turut terjatuh semasa dia merempuh. Rish segera mengutip segala fail dan kertas yang bertaburan dan langsung berdiri setelah melihat figura yang dilanggarnya sudah berdiri.

"Maaf-maaf. Saya tak sengaja." Kemaafan dipohon sebelum dia mengangkat wajah. Terkejut dia. Wajah itu! Dia memerhati dari atas hingga bawah. Mustahil. Tetapi mana mungkin. Lelaki berkot itu dipandang dengan mata yang berkaca. Rindu! Sungguh aku rindu.

"Aw..aw..awakk..awak am..amsyar ke?" Berkerut dahi lelaki itu. Kening dijongketkan.

"No, I am not. Saya Rayyan." Rish tergeleng-geleng.


********

Dahi dikerutkan. Siapa perempuan ni? Amsyar? Huh nama tu dah lama mati lah! Yea nama tu tak akan diguna kan lagi seumur hidupnya! Kali terakhir dia guna nama itu pun dua bulan yang lepas. Setelah apa yang berlaku dia tidak akan guna nama itu. Dan sejak dua bulan lepas lah dia tekad untuk mengambil alih syarikat papanya dalam erti kata lain dia sudah berbaik dengan papanya. Dia tiada sesiapa lagi melainkan papanya, lagi pun kebenaran sudah terbentang. Bukan salah papanya. Semua itu kehendak arwah mama. Mama yang mahu papanya berkahwin dengan Raudah teman baiknya supaya aku tidak kesunyian dan terurus setelah dia meninggal dunia. Jadi mengapa dia harus berdendam lagi dengan papanya?

"No! Awak tipu. Awak Amsyar kan?" Lamunan Amsyar terhenti apabila mendengar suara itu. Kenapa macam familiar eh suara perempuan nie.

"Nama saya Rayyan. R.A.Y.Y.A.N. Rayyan! Bukan Amsyar. Siapa Amsyar?" Amsyar menafikan. Nama keduanya siap dieja buat perempuan itu. Lama dia perhatikan wajah itu. Seketika dia tersedar. Ya Allah! Dia... Dia Rish! Baru nak sedar Amsyar? Perempuan itu Rish. Rish sudah bertudung dan bertutup litup. Sebab itu dia tidak perasan. Riak wajah dikawal. Rish lihat lebih cantik bila bertudung litup sebegitu. Sejenak dia terfikir. Yeaa.. Ada sesuatu yang direncanakan Amsyar. Just wait dear. Rish hanya mengeleng. Senyuman yang tersangatlah hambar ditayangkan.

"Emm, sorry silap orang. Muka awak sama dengan kawan saya tu. Haha." Air mata ditahan Rish.
"Btw sorry terlanggar. Saya nak cepat. Sorry again and bye. " Rish menyambung kata dan terus berlalu. Pintu kereta dibuka dan dia terus meloloskan diri ke dalam. Amsyar hanya memandang kereta Rish yang sudah pun berlalu pergi. Dia terus mengatur langkah untuk masuk ke hotel tersebut, namun langkahnya terhenti apa bila dia tersepak sesuatu. Dia terus tunduk dan mengambil. Buku dia ke nie? Buku bercorak bear yang dibalut kemas itu ditilik Amsyar. Amsyar hanya mengangkat bahu dan mengambil buku itu bersamanya. Entah kenapa dia tertarik dengan buku tersebut. Mungkin sebab coraknya yang comel kot? Langkah yang sepatutnya dibawa ke hotel ditukar ke arah kereta. Dia sudah tiada nafsu hendak makan. Telefon dikeluarkan dan satu pesanan ringkas dihantar kepada PA-nya bahawa dia tidak masuk ke office semula. Kereta dibawa menuju rumahnya. Terus dia melangkah ke bilik. Badan dihempaskan ke katil empuk. Seketika wajah Rish yang cantik bertudung menerjah fikiran. Rish masih sama. Cuma sekarang dia sudah bertudung. Nampak ayu dan sungguh cantik dari dulu. Amsyar mula mencarik senyuman manis. I won't let you go for twice! Ye, itu azam Amsyar! Dia tidak akan membenarkan pisang berbuah dua kali. Akan dia pastikan Nur Aliya Qairisha menjadi miliknya!

Hai dear readers, sorry lmbt update. Sis busy la syg. Andd yeaa esstea_farina awk betul. Laki macho dn prmpuan ayu tu amsyar dan rish. Dann hah buku apa tuu?? Ayokk.. sorry klu bosan dn hambar. Jgn lupa vote dan comment ok? Klu tak sis xsemangt nk menaip dn meng'update' nnti. Ok byee.. syg you guyss.. muaahhh..

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now