Bab 51

6.6K 212 19
                                    

"Kompang di palu... Pengantin baru.. duduk bersanding..tersipu malu.."

Nyanyian yang terbit dari mulut Rina menarik perhatian Balqis, Siti dan Aisyah. Rish yang baru tiba di butik sudah malu sehingga berona merah pipi mulusnya.

"Amboi Rina. Happy semacam siap nyanyi lagu kahwin nie kenapa? Dah nak tamat zaman bujang dah ke?"

"Hahaha. Bukan aku  yang nak tamatkan zaman bujang, tapi tu haa boss kau yang tengah tercegat depan pintu tu yang nak tamatkan zaman bujang dia. Lagi 2 bulan kita semua merasalah nasi minyak bos kesayangan kita ni." Rina membalas pertanyaan Siti sambil tangannya ligat menggantung baju.

"Serius ke? Bos betul ke bos??" soal Aisyah.

Rish menunduk malu. Perlahan-lahan kepala dianggukkan bagi menjawab pertanyaan Aisyah.

"Wahh!! Congrats!" serentak Balqis, Siti dan Aishah berteriak sambil memeluk bos kesayangan mereka. 

"Tak sabar ni nak makan nasi minyak boss. Jangan tak jemput pulak."

"HAHAHA.. Kamu nie. Mesti la saya jemput. Kamu semua kan pekerja kesayangan saya," kata Rish kepada Balqis.

"Saya naik pejabat dulu ye." Rish segera beredar ke pejabatnya. Handbag diletakkan di atas meja sebelum dia duduk di atas kerusi empuknya. Lagu Secret Love Song yang memenuhi ruang pejabatnya mengamit perhatiannya. Handbagnya segera dicapai dan diselongkar untuk mencari Iphone 6+ miliknya yang menjadi sumber datangnya lagu itu.

"Hello."

"Hello sayang! Dah sampai pejabat ke?"

"Hmm.. Tak ada kerja lain ke nak bergayut je. Pergi buat kerja la."

"Bie tanya nie. Dah sampai pejabat ke belum?"

Rish mengerutkan dahinya apabila mendengar suara Amsyar itu. Kenapa suara dia macam.. macam suara orang risau? 

"Ye.. Sayang dah sampai. Kenapa dengan awak nie. Macam risau je."

"Good. Nothing." 

Rish menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Terus letak? Call semata nak tanya dah sampai ke belum? Cis pikir nak ajak dating ke cari baju kahwin, ni tak. Tarak guna betul ini orang.

                                                                 *******

Amsyar mendengus. Sial. Siapa yang nak main-main dengan aku nie? Mesej yang diterima lima belas minit yang lalu dibaca semula.

Awek kau dh kena tangkap dn akn jadi lauk kitaorg mlm nie. HAHAHA.

Amsyar mula dilanda kerisauan. Tak boleh buat kerja aku kejap lagi. Baik aku jumpa dia. Amsyar terus keluar dari pejabatnya dan meminta PAnya memberitahu papanya yang dia tidak akan masuk ke pejabat semula. Poket seluar digagau dan kunci kereta dibawa keluar. Setelah memboloskan diri ke dalam kereta, Amsyar terus memecut laju keretanya ke butik RIsh. Dia terus memarkingkan keretanya bersebelahan kereta Rish dan masuk ke dalam butik.

"Hai future husband Rish, nak jumpa dia ke?" Rina menyapa Amsyar sebaik sahaja lelaki itu masuk.

"Yup. Dia ada?"

"Rish ada kat pejabat dia. Pergi la naik."

"All right. Thanks."

Kaki Amsyar terus mendaki tangga dengan berhati-hati. Dia mengetuk pintu pejabat Rish sebelum masuk.

"Ehh, Bie buat apa datang sini?"

"Saje. Nak jumpa future wife. Tak boleh ke?"

"Ish, malu la dekat staff dan Rina. Apa diaorg cakap nanti."

"Ok. Ok. Straight to the point, bie ada benda nak bincang dengan sayang."

"Ouh.. Bincang apa tu?"

"Bie nak nikah hari ni."

"Bie menggarut apa nie?"

"No! Bie tak menggarut. Bie serius."

"But why?"

"Just say yes and stop asking why."

"Bie.." Rish meleretkan suaranya dan menayang wajah simpati.

"NO! Big no! Please sayang. Jangan tanya kenapa. Apa yang bie boleh beritahu sayang, semuanya demi keselamatan sayang dan masa depan kita." Amsyar bertentang mata dengan Rish dan meredupkan pandangannya, meminta Rish fahaminya. Rish menganggukkan kepala setelah cair melihat pandangan future husband tersayang.

"Good. Macam ni la wife abang." Amsyar mengenyitkan mata buat Rish.

"Tak payah nak ber-abang sangat ok?"

Amsyar tergelak dan menarik senyum panjang.

"So sekarang, cari baju nikah. Nanti nak nikah senang."

"Bie, tak apa ke? Baru dua minggu kita tunang. Tunang dah la ekspress. Nikah pun ekspress?"

"Nak risau apa. Kita nak menikah je."

"Nanti orang fikir bukan-bukan pula dekat sayang. Kang ada pulak mulut puaka kata sayang bunting la apa la.." Rish menayangkan muka tempe basinya.

"Nak takut apa kalau sayang tak buat? Lantak la orang nak cakap apa, yang penting kita tahu apa yang kita buat. Lagi pun bie tak nak future wife bie ni kena kebas orang."

Rish mencerlungkan matanya. Dia memandang Amsyar dalam-dalam. Tingkah laku lelaki itu seperti menyembunyikan sesuatu. 

"Kenapa pandang bie macam tu?"

"Errmm.. Nothing."

"Dah. Jom cari baju nikah."

"Serious lah bie?"

"Ada bie cakap bie main-main ke?"

"Hmmm.. ok.."

Aku dan Amsyar terus beriringan keluar dari pejabat. Sebelum meninggalkan butik aku telah menitip pesan buat Rina bahawa aku tidak akan balik ke butik. Kereta terpaksa aku tinggalkan di butik buat sementara.

"Hello, Ri. Hah aku nak nikah dengan adik kau malam ni. Siapkan tok kadi eh. Pesan sekali dengan mama papa kau."

Aku menoleh ke arah Amsyar. Mamat ni kan. Sesuka hati je. Ni diam mesti kena bebel lah ni dengan abang Ri.

"Err.. nanti la aku bagi tahu. Please Ri. Aku ada sebab. Nanti aku maklumkan dekat mama papa aku juga." Amsyar diam dan memberi peluang pihak sana bercakap.

"Thanks future brother. HAHAHA."

Amsyar terus mematikan panggilan. Kereta Ferrari 599 GTB Fiorano milik Amsyar terus membelah jalan. Seketika telefon bimbit berbunyi.

"Tengah drive kan? Jangan la main telefon."

"Sekejap sayang. Mana tahu papake yang whatsapp. Urgent ke apa ke. Sat je."

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Macam-macam betul Amsyar ni. Aku sekeh nanti baru tahu.

Shreett...

Badan aku terus tehumban ke depan. Nasib baik aku memakai tali pinggang keselamatan. Jika tidak sudah tentu aku sudah selamat terhempas ke dashboard. Dahi aku mula berkerut. Apasal mamat ni. Dah la break mengejut. Nasib aku tak ada apa-apa. Aku menoleh ke arahnya. Wajahnya aku pandang. What's going on? Kenapa muka dia memerah seperti menahan marah? Kenapa terasa seperti akan ada gunung berapi yang bakal meletus? Aku nak marah dia break mengejut pun tak jadi. Sungguh muka dia menggerunkan sesiapa yang melihat.

"Err.. bie.. Are you okay?"

"hmm.."

"Hmm? Hmm tu apa. Okay ke tak?"

"Kita nikah sekarang jugak!"

"HAH??"

"Saya cakap kita nikah sekarang!"

Aku terkelu dan membisu. Apa yang sedang berlaku ni? Kenapa dengan Amsyar? Kenapa dia macam marah lepas baca pesanan ringkas yang dia terima? Kenapa???

Haiii..sorry lama xupdate.. hehehe..nah utk korang. sorry klu boring dan hambar.. sis kekeringan idea act. jgn lupa comment dan vote ok.. spam sis dngn comment riang ria awak semua. sis rindu nk baca..ok byee..



Aliya QairishaWhere stories live. Discover now