Amsyar yang melihat adegan itu sudah hilang sabar. Dia menghampiri pintu utama dan terus menendang pintu itu.

"Amsyar! Jangan buat tindakan terburu."

"Habis kau nak tunggu Rish kena rogol baru nak ambik tindakan?" soal Amsyar berang.

"Amsyar, Qhusyairi what's going on?"

Amsyar dan Qhusyairi memandang ke arah Irfan yang menyoal.

"Manusia dekat dalam tu nak rogol isteri aku! Aku kena selamatkan isteri aku." Amsyar terus menendang kembali pintu itu sehingga pecah.

Setelah pintu itu pecah Amsyar terus meluru ke arah Roy. Dia terus menendang Roy sehingga terjatuh. Rish segera ditarik ke dalam pelukan.

"Wow hero dah tunjukkan diri?" Jeff yang sedari tadi duduk berdiam diri mula bersuara. Dia sudah lama tahu kewujudan Amsyar. Namun melihat Amsyar yang hanya datang bersama Qhusyairi dia hanya membiarkan sahaja.

Amsyar tidak mengendahkan kata-kata Jeff. Dia terus membuka ikatan tali ditangan dan kaki isterinya.

"Now go! Keluar dari sini." Amsyar menyuruh isterinya keluar.

"No! Bie macam mana? kita keluar sama-sama. Sayang tak kira." Rish menatap muka suaminya.

"I say go now! Go!"

"No! Kalau jadi apa-apa dekat bie macam mana?" Rish masih berdegil. Keadaan itu memberikan peluang untuk Roy dan Jeff bertindak.

Roy terus menarik Rish agar mengikut langkahnya ke pintu belakang untuk meloloskan diri manakala Jeff terus menendang Amsyar.

"Shit!" Amsyar terus bangkit dan ingin mengejar Roy. Tetapi Jeff pantas menghalang Amsyar dengan menumbuk muka Amsyar. Amsyar sudah terduduk semula.

Dia kemudian terus menerpa ke arah Jeff dan tumbukan terus hinggap ke perut Jeff. Kemudian dia terus menyentak perut Jeff dengan lutut. Terbongkok-bongkok Jeff menahan senak diperut.

Amsyar mengambil kesempatan dengan menumbuk Jeff berulang kali setelah pergerakan Jeff dikunci. Jeff yang sudah terkulai layu terus ditinggalkan dan dia terus mencari isterinya.

"Kau diam!" Roy berbisik pada Rish. Agak sukar sebenarnya dia ingin mengikat Rish semula. Tetapi sekuat mana pun Rish melawan tetap tidak mampu menandingi kudratnya sebagai seorang lelaki. Dia dan Rish kini di dalam stor dapur memandangkan terdapat Zack dan rakannya yang menjaga pintu belakang.

"Berserah diri! Anda telah dikepung." Terdengar suara Alif diluar rumah. Akhirnya pihak polis muncul juga.

"Sial. Suami kau memang jahanam." Roy memaki hamun Amsyar dihadapan muka Rish.

Roy memandang Rish dengan wajah tidak berpuas hati atas tindakan Amsyar. Dia terus menarik rambut Rish agar wanita itu mendonggak dan memandangnya.

"Hahaha.. Aku tak kisah lah kalau kejap lagi aku kena tangkap. Janji aku dapat hancurkan Amsyar. Aku akan hancurkan perasaan dia dulu. Sebelum aku hancurkan dia sebenar-benarnya." Bisikkan Roy itu menumbuhkan kerisauan di hati Rish.

"Kau nak buat apa huh?" soal Rish berani. Matanya memandang Roy dengan tajam.

"First aku nak rasa kau. Bila dia tengok isteri dia kena makan mesti dia sakit hati dan sedih kan? Masa tu mesti dia serabut mana nak selamatkan kau mana nak belasah aku.

So of course first dia belasah aku punya. Lepas tu dia tolong kau. Masa dia tolong kau nanti lah aku akan hapuskan dia. Hahaha.. Bijak tak aku?"

"Kau binatang! Jantan tak guna. Lepaskan aku!" Roy hanya tersengih. Usaha yang sia-sia.

"Lepaskan aku binatang! Dasar syaitan! Apa kau fikir perempuan ni tempat kau nak puaskan nafsu ke?" Rish memaki hamun Roy dengan suara yang kuat. Harapannya cuma satu. Dia mahu Amsyar mendengar suaranya.

Roy menarik rambut Rish. Dia melangkah keluar dari stor sambil menarik rambut Rish. Rish kemudian ditolak sehingga terbaring di atas meja. Pakaian Rish terus direntap sehingga koyak.

"Selamat tidur sayang." Roy tersengih sebelum menekup mulut dan hidung Rish menggunakan kain yang telah diletakkan cloroform.

Rish meronta agar dapat mengelak namun matanya sudah mula memberat dan dia terus tidak sedarkan diri.

"Sial." Amsyar menjerit kuat apabila melihat isterinya yang sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan yang mengaibkan.

"Marah?"

"Kau memang sial. Macam mana kau boleh kenal Jeff?" Mencerlung mata Amsyar memandang Roy.

"Jeff cousin aku. So aku ikut je plan dia memandangkan aku memang berdendam dengan kau." Roy menayangkan muka tidak bersalahnya. Tubuh Rish terus diraba bagi menaikkan kemarahan Amsyar.

"Sial jangan sentuh isteri aku!" Amsyar menerpa Roy lantas tumbukannya terus hinggap ke perut Roy. Dia terus menendang Roy setelah itu. Roy dibelasah sehingga lembik. Dia tidak memberikan peluang langsung untuk Roy melawan.

Rish terus dihampiri. Amsyar menanggalkan jaketnya dan terus menutup badan isterinya yang terdedah dengan memakaikan jaket tersebut ke tubuh Rish.

Tanpa Amsyar sedari Roy sudah bangkit sambil memegang pisau. Dia terus menerpa ke arah Amsyar dan menikam belakang Amsyar.

"Arghh.."

Terpancut darah Amsyar dengan lajunya. Amsyar terus rebah ke meja.Roy ingin menikam Amsyar sekali lagi. Namun tindakannya terhenti selepas satu tembakan tepat mengena bahunya. Pisau yang dipegang terus terlepas.

"Berlutut dan angkat tangan ke atas!" arah Alif buat Roy.

Roy berpusing dan menghadap Alif. Senyuman sinis diberikan kepada Alif. Roy terus menerpa Alif dan ingin merampas pistol dari Alif. Roy terpaksa bergelut dengan Alif untuk mendapatkan pistol itu walaupun tangannya terpaksa menahan sakit akibat tembakkan Alif.

Amsyar memandang wajah isterinya lama. Rish yang terbaring di sebelahnya dikucup dan dipeluk.

"I love you sayang. Bie sayangkan sayang sangat-sangat. Hanya sayang dalam hati bie." Amsyar membisikkan itu ke telinga Rish. Dia menarik nafas dengan payah. Matanya mula kabur sebelum semuanya menjadi gelap.

.
.
.
.

Hai sorry lama xupdate. Huhuhu.. So inilah hasilnya. Sorry klu xbest.. Dan yeah satu bab je lg.. Then tamattt. Jmput baca karya sis yang lain ye.. Syggggg korg.. Muahh..

Pssstt..jgn marah sis ye.. Dah ajal dia nk mati 😂

Aliya QairishaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora