Mendengarkan ucapan bapa mertuanya dihujung talian, Amsyar sudah kehilangan sabar.

"Shit! Kita kena serbu rumah diaorang sekarang juga! Aku yakin diaorang dalang semua yang terjadi ni."  Amsyar terus keluar daripada gudang itu.

"Ri aku rasa better kau ikut Amsyar. Pesan dekat dia jangan buat tindakkan terburu-buru. Tunggu sampai pihak polis datang." Qhusyairi hanya menganggukkan kepalanya. Dia segera berlari untuk memgejar Amsyar.

"Zack, Arif, Fazli dan Afiq korang berempat pun pergi ikut Amsyar cepat. Stick pada plan asal. Korang berempat jaga pintu belakang." Alif memberikan arahan.

"Aku dengan John nak join Amsyar." Alif memandang Irfan yang bersuara.

"Hmm baik. Korang pergi cepat. Benda lain nanti aku urus."

AMSYAR memecut keretanya selaju mungkin. Habis segala lampu isyarat dilanggar.

"Am agak-agaklah. Kau nak selamatkan Rish kan?  Kalau kau langgar semua lampu isyarat boleh bahayakan keselamatan, kau tahu tak? Siapa nak selamatkan Rish nanti kalau apa-apa terjadi dekat kau?"

Qhusyairi cuba bermain psikologi. Yelah daripada tadi dia suruh si Amsyar tu bawa kereta elok-elok tapi umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Amsyar mendengus sebelum dia mula memperlahankan sedikit had kelajuan keretanya.

Setelah hampir satu jam, akhirnya mereka sampai di tempat persembunyian Jeff. Mereka memarkir kereta mereka agak jauh daripada rumah persembunyian Jeff dan berjalan kaki menghampiri rumah tersebut.

"Masya Allah. Kau dah macam bawa F1 je tadi. Penat kitaorang follow belakang." Irfan berkata sambil meneguk air mineralnya.

"Aku tak ada masa nak bawa kereta macam kura-kura. Isteri aku dalam bahaya tu." Amsyar terus memerhati kawasan sekeliling. Boleh tahan besar juga rumah ni. Rumah yang dikelilingi dengan pokok-pokok tebal itu menyebabkan rumah itu kelihatan agak seram.

"Arif, Fazli dan Afiq follow aku. Kita pergi jaga pintu belakang." Arahan Zack terus dituruti. 

"Ingat Amsyar jangan buat tindakan terburu-buru. Kita tunggu Alif dengan squad dia." Pesanan Qhusyairi itu hanya dibalas dengan anggukan.

Amsyar berlegar-legar di halaman rumah itu. Terdapat satu tingkap yang berada di sisi rumah itu. Amsyar menekup mukanya ke tingkap itu untuk melihat keadaan di dalam rumah itu. Mujur sahaja tiada langsir. Qhusyairi yang memerhatikan Amsyar sedari tadi turut berbuat hal yang sama.

Membuntang mata Amsyar dan Qhusyairi. Melalui tingkap itu mereka dapat melihat ruang tamu rumah tersebut. Mereka terkejut melihat figura yang ada di atas sofa ruang tamu itu.

"Korang nak apa hah daripada aku? Tolonglah! Lepaskan aku!" Rish terus menjerit sebaik sahaja kain yang disumbat ke mulutnya dikeluarkan oleh Roy.

"Tak semudah itu sayang." Roy terus mengelus pipi Rish. Rish terus meludah wajah Roy.

"Kurang ajarkan kau perempuan." Roy terus menampar pipi Rish. Tubuh Rish ditindih kembali.

Rish meronta-ronta sekali lagi. Dia mengerakkan badannya ke kiri dan ke kanan agar dapat mengelakkan dirinya daripada terus ditindih oleh Roy. Kakinya yang lurus terus dibengkokkan dan lututnya terus menolak tubuh Roy sehingga terjatuh.

Rish terus duduk setelah dapat bangkit daripada pembaringan. Ikatan tali dikakinya cuba dirungkai namun Roy bertindak pantas dengan menarik rambut Rish.

"Kau fikir kau boleh lepas?" Roy sudah tergelak. Pipi Rish terus dikucup. Kemudian bibir Rish menjadi mangsa. Dia menggigit bibir bawah Rish sehingga berdarah.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now