"Sengih apa tu sorang-sorang?"

Soalan Amsyar mengejutkan aku daripada lamunan panjangku.

"Hahahaha, sayang terbayang macam mana muka bie kalau jadi bibik."

"Huh? Jadi bibik?"

Aku tergelak melihat muka blur yang ditayangkan oleh Amsyar. Pipinya aku cubit manja.

"Haah, bibik. Bie kena jadi bibik sayang. Kemas rumah semua."

"Kenapa pula?"

"Cuba la bie tengok ruang tamu ni. Dah macam padang bola. Kalau bakal anak-anak kita main mainan dia, sepah sana sini, sayang tak larat tau nak kemas."

Amsyar tergelak. Hidung isterinya dicuit sayang.

"Kita ambik la bibik untuk kemas rumah kalau sayang tak larat. Apa susah?"

"NO!"

Berkerut dahi Amsyar melihat reaksi isterinya.

"Why?"

"Sayang nak bie yang jadi bibik. Bukan orang lain."

"Kenapa pula? Bie kan kerja."

"Lepas balik kerja bie jadi la bibik. Tolong sayang."

"Balik kerja of course bie nak rehat wahai sayangku. So sebagai solution why not kita hire maid je?"

"Tak nak!"

Berkerut dahi Amsyar. Pulak dah?

"Cuba bagi tau bie kenapa tak nak?" soal Amsyar sambil matanya memandang isterinya dengan pandangan yang redup sekali.

Rish mencebik sebelum berpeluk tubuh.

"First, sayang tak suka. Second, nanti bie tergoda dengan maid macam mana? Third, kalau maid tu goda bie pula macam mana? Kang ada juga yang masuk kubur sebab kena bunuh dengan sayang."

Amsyar tergelak kecil. Lucu isterinya yang seorang ni. Sampai ke situ pula dia fikir.

"Ada ke fikir sampai situ? Macam-macam la sayang ni." Amsyar mencubit pipi isterinya perlahan.

"Who know? Kita tak boleh jangka masa depan kan?"

Wajah cemberut Rish dipandang oleh Amsyar.

"Hey, listen here. I don't need anything, I just need you. Only you, my one and only precious wife." Amsyar memandang tepat mata isterinya. Wajah mulus isterinya diusap sayang.

Rish terus memeluk suaminya. Kepalanya disembamkan ke dada bidang Amsyar.

"I just..."

"Shhhh.. Don't say anything." Amsyar memotong percakapan isterinya. Kepala isterinya terus diusap.

"I love you husband. I don't want to lose you. Please stay with me until the end of my life."

"Hey." Amsyar meleraikan pelukan. Wajah Rish yang menunduk didonggakkan.

"Look at me and listen carefully. I love you more dear wife. Hidup bersama sayang sampai hujung nafas adalah impian bie. So, jangan pernah terfikir yang bie akan tinggalkan sayang ok? Jangan pernah ragu dengan bie, dengan cinta bie dan sayang bie untuk sayang, boleh?"

Rish memandang Amsyar. Dia kemudian tersenyum. Dia tahu suaminya menuturkan itu dengan ikhlas. Rish terus mengucup pipi suaminya dengan pantas.

"Alaaaa, sekejapnya kiss. Kiss lagi sekali." Amsyar mula merenggek.

"Tak nak!" kata Rish sambil menjelirkan lidah.

"Nak juga!"

"Werrkk.. " Rish terus berlari meninggalkan suaminya usai sahaja dia menjelirkan lidah.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now