"Sudah lama langsatnya condong, barulah kini batangnya rebah, sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah."

"Ewahh, nak menjual pantun ke? Hah kalau pihak disana nak berpantun pihak disini hendak membeli."

Langkah Rish terhenti. Amboi papa aku nie. Nak berjual beli pulak pantun dengan orang yang entah dari mana datangnya. Ish! Merapu tau papa nie! Rish ingin meneruskan langkah namun dia hanya berdiri dibalik tembok. Tak apa, kita bagi mereka tu jual beli pantun dulu. Sakan saje gamaknya papa aku nie nak berpantun.

"Tatang puan tatang cerana, tatang biduk Seri Rama, datang tuan datanglah nyawa, jemputlah duduk bersama-sama."

Rish menepuk dahinya. Aduh, fikir papa je nak berpantun mama pun sama. Ish lemas lah! Datang tuan datang la nyawa konon.. Puih! Ni bukan datang tuan datang la nyawa, ini datangnya buat aku hilang nyawa ada lah!

"Kalau gugur buah setandan, sampai ke tanah baru tergolek, kami bersyukur kepada tuhan, datang kami disambut baik."

Rish mengetapkan giginya. Tak payah nak bersyukur sangat. Kalian tunggu la kejap lagi. Geram pulak aku. Datang rumah orang pagi-pagi buta dah kenapa? Eh pagi lagi ke Rish? Rish mengerling ke arah jam yang elok tergantung di dinding. Pukul 12? Dah tengah hari ke? Aku bangun lambat la ni eh? Ish ish ish, apa nak jadi anak dara tidur sampai tengah hari?

"Perahu kolek ke hilir tanjung, sarat bermuat tali temali, salam tersusun sirih junjung, apa hajat sampai kemari?" soal Dato' Qairi kepada tetamunya.

Eh, eh papa ni. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu tanya pula. Hah kan aku pulak dah pantun kat belakang nie. 

"Cantik memanjat pohon ara, nampaknya cantik berseri laman, besar hajat kami tidak terkira, ingin memetik bunga di taman."

Deg.. Aku dah agak dah. Kalau tak tak adanya mama nak suruh aku pakai baju kurung paling lawa aku ada kalau tak ada apa-apa. Why mama? Why? Mama nak Rish jadi macam Sarah ke? Tiba-tiba hatinya diruntun sebak. No Rish, you can handle this! Ni Rish, bukan Sarah la.

"Ouh.. hah...."

"Papa tak payah la nak berpantun sangat. Lambat la," ucap Qhusyairi sekali gus memotong pantun yang ingin keluar dari mulut Dato' Qairi.

Bravo abang! bravo! Thanks sebab hentikan acara jual beli pantun nie. Naik berbulu telinga aku ni dengar. Silap hari bulan telinga aku serupa hutan pulak.

"Hahah. Ini la anak muda sekarang, apa nak jadi pun tak tahu. Pantun nie la adat orang melayu, tapi dikatakan melambatkan pula."

Qhusyairi mengaru-garukan kepalanya. Tak pasal kena sembur dengan mama.  Alahai mama, orang nak cepat ni. Nak pergi dating pun payah. Haish. Jam tangan dikerling berkali-kali. Qhusyairi memandang ke arah tetamu itu. Jelingan diberikan khas buat anak teruna si tetamu. 

"Hahaha, biasa la tu anak muda. Anak saya ni pun sama. Dari tadi cucuk-cucuk pinggang nie hah. Dia nak cepat-cepat ikat si dara."

Ewah. Entah datang dari mana, tahu-tahu nak ikat aku pulak. tak boleh jadi.. hehe, Let's go Qairisha! Rish mula keluar dari tempat persembunyiannya. Kaki di bawa melangkah ke ruang tamu. Ok, bukan direct ke ruang tamu, acah je biar orang kat ruang tamu nampak kelibat aku je. Mukanya diselindungkan dibalik kipas tangan yang di bawa turun dari bilik. Acah macam orang cina jap main tutup-tutup muka. Puihhh.

"Hah itu si anak dara lalu, Rish mari sini," panggil Datin Alisya. Rish melangkah ke arah penuh sopan dan santun. Qhusyairi sudah memandang pelik adiknya. Sejak bila minah nie jadi pemalu sangat ni? Nak tutup muka bagai.

"Hah Rish, ini ada orang nak meminang Rish. Rish nak terima tak? Kalau Rish dah ada pilihan mama tak akan paksa."

Gulp. Alahai Rish, kau dah salah paham ni. Mama tak paksa kau lah! Alahai.. Asal otak kau pendek sangat ni? Apa nak buat nie? Hmm.. It's okay Rish. Kau buat je apa yang kau dah rancang. Nanti pandai-pandai la hidup. 

"Hmm.Orang cakap kalau diam tu tanda setuju. Hah setuju ke Rish nak terima anak pakcik ni."

Fikir Rish. Fikir..

"Kalau anak pakcik boleh terima kekurangan saya, saya tak kesah. Saya ni bukannya cantik sangat. Muka buruk."

"Buruk apanya, cantik saje mak cik tengok gambar kamu. Anak mak cik ada tunjuk pagi tadi."

Pagi tadi? Bapak gelojoh. Pagi tadi baru bincang dengan mak ayah dia nak meminang aku? Walaweh, silap orang la.

"Baik lah.." Rish terus menurunkan kipas dari mukanya. 

"Astaghfirullah hal azim.." serentak orang yang ada di ruang tamu itu beristighfar dan mengucap pannjang.

" serentak orang yang ada di ruang tamu itu beristighfar dan mengucap pannjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya dah cakap muka saya buruk.. hmm.." 

"Lagi pun saya... hik..hik..hik.." Rish mengelupur tiba-tiba di atas lantai mengalahkan orang terkena sawan babi. Terkejut semua orang diruang tamu itu. Terbelalak mata sang teruna melihatnya.

"NUR ALIYA QAIRISHA!!!"

Gulp...

HAHAHAHAHAHAHA..Hai guyss..saya kembali.. ok ok selepas menimbang tarakan kembali.. dan membaca semua komen u guys.. ok la saya tak delete.. ye ye..sama-sama..saya tahu saya baik hati.. tapiiii.... u guys kena bersabar lebih lah. sbb saya akan update tersangat-sangat-sangatlahhh lambat.. harap diampun ye.. and for kak ain hahaha my sister ada cerita yg kak ain meroyan sampai suh dia pm sy jgn delete, jgn delete.. HAHAHAHA u make my day =)  for all my readers thanks sbb sukakan novel sy yg merapu + mcm sinetron ni, thanks sbb sokang sy dan sentiasa mengembirakan hati saya dengan komen jenaka awk semua. u guys pun selalu make my days dengan komen korg. hah komen la bnyk2 sy sudi baca. amat-amat-amat digalakkan utk awk semua komen..ok itu saje.. 

salam sayang,
aishah.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now