"Nak apa?"soal Amsyar sejurus dia menjawab panggilan tersebut.

"Nak apa kau tanya? Dah tak reti masuk kerja ke apa?"

"Hey singa betina! Jangan semak boleh? Aku dah berhenti kerja lah! Tak payah nak call aku lagi. Aku bukan pekerja kau dah. Dah la bye?" Hambik kena sebijik. Orang cakap tak reti nak faham. Aku dah mesej abang dia si Yazid tu dah beritahu aku berhenti yang tak faham-faham tu apasal?

*************  

Rish termenung buat ke berapa kali pun tak tahu la. Dia memerlukan seseorang untuk meluah apa yang dia rasakan. Tapi dia nak luah pada siapa? Ain? Rina? Dia tak bersedia nak bercerita dengan dua orang sahabatnya itu. Siapa lagi yang dia ada untuk meluah perasaan? Qhusyairi? tak nak lah! Malu! Seketika dia teringatkan seseorang. Insan itu yang menjadi pendengar setia buatnya selain Sarah. Rish mengeluh. Nak cerita ke tidak? Nak cerita ke tidak? Hmm. Sampai bila kau nak macam ni Rish? Cuba buka minda kau Rish. Dia mama kau! Mama kau! Dia lebih faham kau dari orang lain,hati kecilnya mula berbisik.  Tidak! Aku belum bersedia. Aku belum bersedia! Namun ego cuba menyangkal. Kepala digeleng-gelengkan. Rish cuba mengusir kata hati yang mula berbisik halus. Dia takut dia akan tersungkur jatuh bila mendengar bisik hatinya itu.  Rish pantas bangkit dari sofa. Langkah diatur ke almari. Baju kurung biru muda dikeluarkan dan dipadankan dibadan. Selendang putih juga turut dikeluarkan. 

"Eh, Rish nak ke mana sayang?" lembut Datin Alisya bertanya. Terkejut dia melihat anak gadisnya turun dengan memakai baju kurung serta berselendang. Rish memandang lama wajah tua mamanya. Dia mengeluh. Datin Alisya yang mendengar keluhan Rish sudah mula bimbang. Sejak pergaduhan mereka tempoh hari Datin Alisya bimbang untuk membuat Rish marah. Dia tidak mahu kehilangan anak gadisnya lagi. Melihat riak sugul yang mula bertandang diwajah Datin Alisya, membuatkan Rish serba salah. Terus dia menghampiri mamanya. Tangan mamanya dicapai dan dikucup. Serta merta air matanya mengalir laju. Tangan ini. Tangan ini yang menyuap dia makan, tangan ini yang memandikannya semasa kecil, yang mendukungnya, yang memeluknya tika dia suka mahupun duka. Ya tuhan, apa yang aku dah buat selama ini? Mengapa dia buat insan yang melahirkannya , yang menyayanginya sepenuh hati ini terluka? Bodohnya aku ya Allah. Walau besar mana sekali pun salah mama, dia tetap ibu aku! Aku tak patut menghukum dia. Tergamam Datin Alisya melihat reaksi anaknya. Rasa sebak mula bertandang. Sudah lama Rish tidak mengucup tangan tuanya. Hati tuanya mula berlagu riang. Tubuh anaknya dipeluk erat. Rish mula teresak dan menangis dibahu mamanya. Dia rindukan mamanya. Betapa bodohnya dia membiarkan ego merasuk hatinya lantas menyeksa perasaan mamanya. 

"Rish minta ampun mama. Rish berdosa pada mama. Rish biadap dengan mama, Rish guriskan perasaan mama. Rish derhaka pada mama. Rish......." 

"Shh.. Sudah sayang. Mama pun dah lama maafkan Rish. Mama juga minta maaf atas semuanya." Ayat Rish dipotong mamanya.

"Tak! Mama tak salah. Rish yang salah. Patutnya Rish kena terima qada' dan qadar yang Allah lebih sayangkan Sarah dari Rish. Patutnya Rish sedar, sebagai manusia kita tak dapat nak melawan takdir. Bukan salahkan mama atas pemergian Sarah. Rish minta ampun mama. Rish minta ampun."

"Ye sayang, mama dah lama maafkan. Mama tahu anak mama ni baik. Rish tak berniat pun nak guriskan hati mama kan? Rish cuma bersedih atas pemergian Sarah, kakak kembar kamu." Datin Alisya lantas menyeka air mata yang jatuh berjujuran dipipi anak gadisnya.

"Terima kasih mama. Rish hargai sangat. Terima kasih sudi maafkan Rish."

"Sama-sama sayang. ni,soalan mama Rish tak jawab lagi. Rish nak ke mana sayang?" Rish pantas tersenyum. Sungguh dia rindu mamanya memanggilnya sebegitu. 

"Rish.. Rish nak melawat Sarah. Rish rindu Sarah." Datin Alisya mengusap-usap belakang tubuh Rish. Semangat cuba disalurkan buat si anak. 

"Mama faham perasaan Rish. Hati-hati bawa kereta ye sayang. Jangan lewat sangat. Balik lunch ye? Mama rindu nak makan sama-sama dengan Rish." Rish tersenyum. Dia menganggukkan kepala.

"Baik mama. Rish pergi dulu ye? Assalammualaikum." Rish mengucup pipi mamanya sebelum berlalu. Ya Allah, ya tuhanku, terima kasih kerana kau telah kembalikan anakku yang aku rindui selama ini. Terima kasih Allah. Aku bersyukur pada-Mu.

Hohohi..nah sy update..sorry lmbt..huhuhu..lps nie payah la kot nk update dh skolah kan, nk buat hw semua. Nk spm beb. Tkt gile. Eh dah ckp ke? Ke blom? Sorry ada masalah pelupa sikit. Rasanya yg ckp tu kat novel lagi satu klu xsilap. Pape je la..sorry bebel pnjng².. jgn lupa vote dann..penting.. komenn.. perlukan sgt2 komen you guysss.. thank kpd yh sudi vote dn comment. Love you❤
Good nite..

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now