"Apasal diam pulak. Tadi kemain aku tengok korang gelak," ujar Amsyar.

"Anak dara tak elok gelak-gelak sakan depan lelaki. Baik makan cepat. Jap lagi nak gerak kan?"kata Rish. Mereka semua menyambung makan dengan senyap. Hanya kedengaran gelak tawa dan suara kawan-kawan Amsyar termasuklah fans si Amsyar. Ok dah nampak gedik diaorg tuh. Fuh, macam ulat beluncas. Gatal! Selesai makan, mereka semua menyambung perjalanan mereka ke PD. Teruja Rish dengan pengalaman barunya. Best naik motor. Sejuk. Dapat udara semula jadi. Kalau tidur pun sedap. Tapi sedaya upaya Rish menahan matanya dari tertidur. Kang kalau tertidur mahu dia tergolek atas jalan lepas tu kena lenyek macam pisang. Akhirnya sampai juga di PD setelah hampir 3 jam dia membonceng dibelakang Amsyar. Naik kematu punggung dia.

"Ok guys dengar sini. Aku nak bahagikan tempat menginap. So listen carefully," kata Zul selaku orang yang bertanggungjawab menyediakan tempat penginapan. Setelah Zul menerangkan serba serbi tentang tempat penginapan mereka, mereka semua bergerak ke chalet. Satu chalet boleh dikongsi seramai 4-5 orang. Rish berkongsi dengan Mia, Nasuha dan Aishah memandangkan mereka sudah awal-awal meminta Rish berkongsi bilik dengan mereka dan Rish menerima dengan berbesar hati. Syukur lah ada juga yang sudi berkawan dengannya,jika tidak mahu dia terjun masuk laut gamaknya kalau jadi kera sumbang disitu. Tidak dapat dinafikan tiga sekawan itu agak friendly, ceria dan lucu, oleh itu Rish tidak terasa kekok mahupun janggal, malah lebih selesa berbual mesra dengan mereka.

"Ehem." Pantas Rish dan tiga sekawan itu menoleh ke belakang apabila mendengar dehaman(?)itu. Mia dan kawan-kawannya tersengih-sengih kearah Rish apabila melihat amsyar yang berada di belakang mereka.

"Kitaorg masuk dulu la Rish eh," kata Mia.

"Jangan lama sangat nak bermesra kat luar tu..hehehe," sakat Nasuha sebelum ketiga-tiga mereka berlari masuk ke dalam chalet mereka dengan gelak tawa yang kuat. Habis merah muka Rish menahan malu.

"Tangkap ikan guna jala, eh ada orang malu la." Amsyar tergelak apabila Rish membulatkan matanya sebaik sahaja dia menuturkan pantun itu.

"Pergi kedai jumpa nini, ada apa datang ni?" Rish menjeling Amsyar dengan perasaan yang geram sebaik sahaja membalas pantun Amsyar.

"Ikan kerapu dijual nyonya, amboooiii garangnyaa."

"Tak payah nak pantun sangat lah. Cakap je la awak nak apa," ujar Rish dengan perasaan geram yang masih bersisa. Tanpa meraka sedari budak tiga sekawan di dalam,sedang sakan menahan tawa apabila mendengar Amsyar dan Rish yang berbalas pantun dibalik pintu. Kurang asam budak tiga orang nie tau mengendap orang. Sah tak ada kerja.

"Aku just nak cakap hati-hati."

"Hati-hati for what?"soal Rish bersama kerutan di dahi.

"Hati-hati jelah. Orang cakap tuh cuba dengar. Kalau ada orang cakap bukan-bukan kau ignore je. Kalau diaorg sakiti kau, just let me know," ucap Amsyar dengan bersungguh. Kerutan di dahi Rish mula hilang. Dia sudah dapat tangkap apa yang Amsyar katakan.

"Don't worry. Saya dah besar lah. Btw Mia pun dah pesan suruh hati-hati dengan fans awak tuh."

"Good. Bagus Mia nie. Pandai jalankan tanggungjawab."

"What? Tanggungjawab apa?"soal Rish pelik.

"Aku minta Mia and the gang supaya jaga kau. Btw kau jangan salah taham dengan diaorg pulak. Diaorg memang friendly. Aku minta dia jaga kau pun baru je tadi," jelas Amsyar. Dia tidak mahu Rish salah anggap pada Mia dan kawan-kawannya. Rish hanya menganggungkan kepala.

"Ok. Tu je kan? Sekarang dipersilakan balik saya nak masuk nie. Nak rehat. Penat. Naik kematu tau punggung saya duduk lama sangat atas motor awak. Keras." Amsyar tersenyum mendengar celoteh Rish. Dia hanya mengelengkan kepala sebelum berlalu.

"Ek eleh mamat poyo nie. Blah macam tuh je? Tak de cakap bye?"gumam Rish perlahan.

"Eh aku dah kenapa? Giler ke nk dia cakap good bye bagai. Err.. Rish otak kau dah tak center ke?"bebel Rish sendirian. Cepat-cepat Mia and the gang berlari dari belakang pintu terus duduk diruang tamu apabila Rish mula melangkah masuk. Mereka terkemam-kemam menahan tawa dari meletus keluar dari mulut.

"Korang kenapa nie. Terkemam-kemam macam tahan ketawa je. Apa yang kelakar?"soal Rish dengan kerutan di dahi. Aduh asyik kerut dahi je lama-lama boleh jadi macam orang tua punya dahi dah. Serentak mereka bertiga mengelengkan kepala. Rish memandang mereka dengan pandangan pelik sebelum mengangkat bahu dan berlalu ke arah bilik.

Sorry to all my dear readers sbb lmbt update..nah sis update..sorry klu bosan dan hambar sbb idea tetiba hilang..sorry ehh.. P/s : kalau rasa mcm ada yang tk logik tuh korg logikkan juga la eh?hope you all enjoy it. Bebaaiii..

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now