84 - poor you little darling.

Start from the beginning
                                    


"Bagi aku 15 minit untuk bersiap. Kita bincang di luar" Sejurus selepas itu, pintu ditutup kembali tetapi dengan perlahan. Bukan seperti tadi.


"Hahaha poor you little darling..."


*******

"WHY you keep follow me? Ada apa-apa lagi ke yang you tak puas hati? Kenapa tak cakap tadi waktu discussion? Tan Sri pun dah tanya banyak kali, kan tadi" Naik rimas Zafran dibuatnya apabila Haleena dari tadi ikut sahaja kemana dia pergi. Dia tak sangka Haleena turut serta dalam meeting tu. Ingatkan dah taknak jumpa aku dah.


"I miss you" Leher Zafran cuba dirangkul tetapi Zafran lebih pantas bertindak dengan menolak gadis itu sehingga dia jatuh terlentang. Eh jap "gadis" ke? Ops ops ops.


"How dare you Zafran! I akan buat report pada pihak atasan tentang kelakuan you ni!" Haleena berlalu keluar dari bilik Zafran dengan menghentak-hentak kakinya. Hahaha dah macam budak kecil tak dapat patung sahaja gayanya. Tapi ni versi perempuan gedik nak mampus!


"Pihak atasan mana lagi yang dia nak buat aduan kalau aku lah boss kat sini. Haha bodohnya perempuan tu"


"Kamelia masuk kejap" Zafran memanggil Kamelia melalui interkom dan tidak sampai sepuluh saat, Kamelia sudah berada di hadapannya.


"Yes?"


"Arrange my lunch with my mum today. I miss her" Kamelia seperti teragak-agak mahu bertanya sesuatu. Sengaja Zafran memandang wajah kalut itu sehingga akhirnya gadis itu membuka mulut. Ugh finally. Kenapa lah dia takut sangat?


"Err your wife..." Oh patutlah.


"No. Just me and my mum. Thanks" Kamelia hanya mengangguk dan kemudiannya mencatat sesuatu pada Ipad sebelum berlalu keluar dari bilik Zafran. 



******

"HAURA sihat tak?" Soal ibu sebaik sahaja di duduk bertentangan dengan anaknya. Sudah terhidang beberapa jenis makanan ni atas meja itu. Awalnya order?


"Alaa ibu ni. Bukannya nak tanya anak ibu ni sihat ke tak... alih-alih Haura ja" Nada Zafran seperti merajuk.


"Haha merajuk eh? Yelaa kamu ibu dah nampak sihat wal'afiat depan ni buat apa ibu nak tanya? Ibu tanya yang jauh dari mata ja lah"


"Hmm yelah. Dia sihat ja. Bab..." Oh ya baru dia teringat yang dia sedang ada masalah dengan Haura. Buat apa dia nak kisahkah Haura? Nasib baik dia tidak terlepas daripada bercakap tentang baby mereka. Eh yeke tu baby dia? Hatinya mula ragu-ragu selepas tiga hari lepas dia mendengar perbualan Mama Roz dan Haura berkenaan Haris.


"Zafran. Ibu cakap dengan kamu, kamu mengelamun pula ish" Alolo ibu pula yang nak merajuk hehe.


"Sorry. Maafkan Zafran wahai ibu yang tercantik di dunia ni..." Tangan ibunya dicapai dan dikucup berkali-kali. Ni kalau orang taktau apa hubungan mereka ni, boleh jadi gossip besar. "Bekas model Xilem jalin hubungan sulit dengan wanita berumur" Tanpa sedar, Zafran ketawa sendiri.


"Ish gelak pula. Kamu ni angau sangat dengan Haura eh?" Serta merta senyuman di bibirnya mati apabila nama itu disebut oleh ibu.





******

"APA benda yang kau nak bagitau aku tentang Zafran tu?" soal Haura. Dia malas mahu berlama-lama di situ bersama Haris. Dahlah berdua sahaja. Memang boleh timbulkan fitnah.


"Err. Makan lah dulu. Ada banyak masa lagi" Haris seperti mencuba mengelat dan melengah-lengahkan masa


"Tak perlu. Can you straight to the point? Don't waste my time Haris"


"Kenapa kau berubah Haura? Kau lupa aku.. kau lupa kenangan kita" Haris mencuba untuk memegang tangan Haura. Mujur sahaja Haura cepat melarikan tangannya.


"You should ask yourself Haris. Kau yang berubah. Kau khianati aku dan sekarang kau tanya pada aku kenapa aku berubah. I'm the one who should ask you that question"


"Aku buat bersebab... aku sayang kau, cintakan kau. Takkan kau tak nampak selama ni? Kenapa dia juga yang kau kejar-kejarkan? Bukannya dia sayangkan kau pun. Kau tak sedar ke benda ni Haura?"


"Kau siapa nak judge dia? Aku lagi kenal dia. Dah setahun aku dengan dia. Kau takda hak nak masuk campur, Haris. Sekarang bagitau aku apa yang kau tahu tentang keadaan Zafran. Dia kat mana?" 

Tiba-tiba sahaja Haris ketawa besar sehingga beberapa orang mula memandang mereka berdua.


"Kau kata kau kenal dia tapi kenapa sekarang ni kau tanya aku keadaan dia? Kau lagi tahu dia jadi takkan kau taktau dia kat mana sekarang ni? Hahahahaha poor you little darling"

Haura tersentak. Bukan kerana semua kata-kata Haris yang menyakitkan hati itu tetapi ayat terakhirnya yang menggelarkan aku 'little darling...' jadi betulla tanggapan aku sebelum-sebelum ni. Nombor misteri itu adalah Haris! Ya, tidak salah lagi!


"Kenapa senyap? Betulkan apa yang aku kata?" Haris tersenyum sinis. Haura bingkas bangun. Dia mahu beredar dari situ. Bodohnya dia kerana mempercayai kata-kata lelaki itu tadi.

Haura terus melangkah. Dia tidak peduli pada mata-mata yang memandangnya kerana Haris yang terjerit-jerit memanggilnya. Peduli apa aku? Sudah terlupa seketika sakit yang aku alami. Sakit di hati lebih terasa kini. Berulang kali dipermainkan oleh kawan sendiri...





[1240words]

Sebenarnya kan kan kan kan kan. Dari pagi menghadap laptop non stop. Makan pun depan laptop. Berlambak kerja tapi still curi masa juga untuk update wattpad huhuhuhu. 























Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now