72 - Haura. Bukan sayang.

18.5K 477 34
                                    

Vote 🌟 , Thank you! hehehe.  



HAURA bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Beg tangan dipegangnya sebelum berkata sesuatu pada ibu dengan suara yang berbisik

Ibu mengangguk dan menghantar Haura dengan pandangan matanya. Dia lihat ke sisinya pula. Zafran seperti teragak-agak mahu menahan Haura daripada bergerak menjauhi mereka berdua.



"Hau-" belum sempat Zafran memanggil Haura, ibu sudah menarik tangan Zafran dan menggeleng perlahan.

Haura terus berjalan.



"Tapi ibu, dia nak pergi. Kenapa ibu tak bagi Zafran halang dia?" Ibu menahan tawa daripada meletus. Kecewa betul muka Zafran!



"Kenapa ibu? Ibu gembira tengok Zafran sedih?" Pegangan tangan ibu diuraikan. Zafran duduk di tempat Haura. Ditenung wajah ibunya meminta jawapan.



"Hahahaha Zafran.. Zafran" Ibu sedaya upaya cuba untuk tak gelak tapi terlepas jua. Sakit perut der tahan gelak. Haa nak tahu tak? Tahan ketawa lebih susah daripada tahan menangis tau?



"Ibu, kenapa gelak macam tu? Apa yang lawaknya ibuuuuu" Zafran sudah mengongoi seperti budak kecil yang diambil lolipop darinya.



"She need to use the toilet lah sayang aduhai Zafran Zafran" Ibu mencubit pipi Zafran yang duduk di hadapannya.



"Kan dah malu. Tu lah lain kali tanya dulu. Ha alang alang kamu dah kat sini, kita lunch sini ja eh? Kamu takpa ke lunch dengan er Haura?"



"Kenapa tak boleh pula? She's my wife ibu" Ibu cuma mengangguk dan ibu melihat Haura yang sedang berjalan ke arah meja yang mereka duduki.



"Err excuse me that's my place" Ibu memberi pandangan pada Zafran supaya bangun.



"Hehe sorry sayang. Saya duduk sana, okay? Sayang okay ke kalau saya join your lunch date ni?" Zafran bangun dan menarik kerusi di sebelah ibu.

Haura mencebik. Baik tak payah tanya. Lagi satu, yang dia pandang aku macam dah berpuluh tahun tak jumpa tu kenapa? Apa masalah dia?

Disebabkan malas nak fikir, Haura memfokuskan pandangannya pada ibu sahaja. Zafran yang disebelah ibu, dibuat macam tak wujud saja.



"Ibu nak makan apa? Haura order kan. Alang-alang dia ada kat sini, ibu makan lah sekali dengan dia"

Okay sengaja guna dia. Takmau sebut nama dia. werk merajuk. Merajuk. Okay tiba tiba rasa nak muntah bila fikir yang aku nak merajuk dengan dia.


Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now