49 - Contact.

17.2K 404 10
                                    

Vote 🌟 , Thank you. 


ZAFRAN POV


Letih jugak eh lepak ni? Haha maklumlah jarang lepak-lepak ni. So macam jakun plus letih sikit. Betapa takda life nya aku sebelum sebelum ni. Dalam kepala otak ni hanya ada ibu, ibu, ibu, office, model, Haura..

Zafran mencapai remote tv dan memilih channel 616. Tiba-tiba rasa seperti nak tengok cerita cartoon.

Advanture Time! yeahhh. Lama nya tak tengok. Rindu wuuu.

Lagipun baik tengok cartoon daripada tengok drama melayu yang jalan cerita asyik sama aje. Takde lah, bukan nak condemn ke apa ke, cuma cakap benda betul.



"Baaaaa"



"Allahh!"



"Hahaha abang. Jomlah tidur" Dirangkulnya leher Zafran yang sedang duduk di sofa dari belakang. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Zafran



"Taknak. Sayang sergah abang. Taknak kawan"


"Sorry. Lain kali buat lagi hehe. Dahlah jom tidur abaaaaaaang...." Dirangkulnya lagi leher Zafran.

Zafran hanya membeku.



"Takpelah abang. Saya naik dulu lah.. penat-penat aje tunggu orang tu sampai rumah pukul 12 hmm" Perlahan-lahan Haura merungkaikan pelukannya tadi.



"Eh dia pula yang touching. Yelah jomlah" Haura ditarik ke dalam pelukannya.


Yes taktik merajuk berkesan! Hehe


"Kata nak naik atas. Ni dah kenapa peluk-peluk ni?" Haura menolak perlahan-lahan tubuh Zafran.



"hehehe jommm" Terus sahaja tubuh itu dicempung ke atas. Terjerit-jerit Haura dibuatnya.



"Dahlah sayang ni bising aje menjerit-jerit macam tu. Nanti ibu bangun, sayang juga yang malu. Haaa." Zafran berkata sambil mencempung tubuh Haura yang ringan tu.



"Hehehe okay" Haura mengemaskan lagi tautan tangannya pada leher Zafran. Fuh takut sebenarnya bila kena dukung ni.





*******


Haura membuka matanya perlahan-lahan. Tapi... sekejap. Tak pakyah bukak lah. Awal lagi.

Diraba-rabanya ruang sebelahnya. Ada Zafran lagi. Okay maknanya memang awal lagi sebab Zafran pun masih tidur lagi.

Haura mengubah posisi tidurnya menghadap Zafran. Dia membuka matanya dan menatap wajah comel Zafran yang sedang lena dibuai mimpi.



"Comelnya abang ni" Diciumnya pipi Zafran. Dipeluk tubuh itu seerat yang mungkin.


"Ermm say-ang nak apa ni?" Soal Zafran yang tiba-tiba sahaja membuka mata. Dipandang wajah isterinya tanpa kelip. Tidurnya terganggu.

Dia peluk aku dari aku tidur tadi ke? omg 


"Takda apa lah abang. Tidur lahh. Saya cuma nak peluk aje" Haura menepuk-nepuk punggung Zafran. Macam nak bagi baby tidur pula.

Bunyi dengkuran halus menyapa telinga Haura. Amboi, kemain penat dia ni.

Tapi aku pulak yang tak boleh tidur. Hmm.

Perlahan-lahan dia merungkaikan pelukannya. Apabila Zafran seperti merengek sedikit, Haura buat benda yang sama dia buat tadi iaitu tepuk punggung. Kesian suami aku ni

Niat di hati nak mencapai phone sendiri. Tapi bila dia ternampak phone Zafran di tepi tu, terus dia mencapai phone Zafran. Iphone 6  yang Haura hadiahkan sempena  kejayaan dia mendapat satu tender besar dari India. Well dia kan isteri yang baik. Kena lah selalu support suami.

Walhal dia sendiri pakai phone biasa-biasa aja. Melayang ribuan ringgit juga lah.

Ohh ada password dah. Semalam takda pun? Tak bagitau password phone pun. Ohh pandai dah berahsia. Hmm apa ya? 

Dicuba satu persatu.


Birthday Zafran - salah.

Birthday ibu - salah.

Birthday dia - salah.

Grr takkan lah birthday Zura?

Haa ada lagi satu tarikh. Tarikh anniversary. Dengan lafaz Bismillah, Haura menekan keypad

 9 1 2 1 5


Yeayy berjaya. Benda first yang dah lama dia teringin sangat nak tau.Nama dia di dalam list contact. Nak tau sama ada Zafran tukar atau tidak nama yang dia pernah set kan dahulu ketika dia menjadi PA zafran di Xiulem. Adakah sudah ditukar? Atau sudah ada nama baru? Mana lah tau, letak nama sayang ke baby ke wifey ke hehehehe

Alahai berangan aje kan kau ni Haura?

Dicarinya satu persatu.

Scroll .. scroll..

Eh takda pun?

Takpalah boleh type number satu-satu di call log.

Ada....

Tapi.....


Haura cuba juga untuk tidak mengalirkan air mata tapi dia rasa bila-bila masa sahaja empangan air mata dia ni akan pecah.


Kenapa hal remeh temeh begini pun dia mahu sedih? Kenapa? Kenapa?


Dia rasa ada satu lagu yang memang kena tepat kat batang hidung dia.



Seringkali aku menduga
Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu
Rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Air mataku mengalir di pipi
Segala apa yang ku korbankan tuk dirimu



Imperfect WIFE ✔Where stories live. Discover now